Thursday, February 24, 2011

Bangsa Minoriti Yang Kurang Ajar!!....

Sebuah pertubuhan yang mewakili kaum minoriti di negara ini sudah semakin melampau dan kurang ajar. Malah ada pihak cuba menangguk di air keruh untuk mengujudkan kekecohan dan kekacauan dalam negara dengan meniru cara rusuhan perkauman 13 Mei 1969. Malah ada yang cuba menyamakannya dengan rusuhan dan kekacauan yang berlaku di Tunisia, Mesir, dan lain-lain negara di Timur Tengah.

Demikian menurut laporan yang disiarkan dilaman web pro-Anwar dan pro-pembangkang, www.humanrightspartymalaysia.com, www.malaysianmirror.com dan www.malaysiantoday.com yang menyiarkan rancangan demonstarsi revolusi tersebut dan surat W. Moorthy kepada pimpinan Pakatan pembangkang Anwar Ibrahim, Kit Siang & Ustad Hj. Hadi Awang untuk menyertai himpunan dan demonstrasi bantahan besar-besaran pada 27 Februari 2011 depan.

Isu yang cuba untuk dibangkitkan oleh pertubuhan yang tak sedar diri adalah berkenaan novel Interlok yang dikatakan mengandungi rujukan kepada satu kasta didalam masyarakat India iaitu "kasta pariah".  Tidakkah mereka tahu bahawa novel "Interlok" ditulis oleh Datuk Abdullah Hussain dan diterbitkan pada tahun 1971 oleh penerbit Angkatan Baru. Ianya sudah menjadi bahan bacaan lebih 40 tahun!! Belum pernah terdengar apa-apa komplen atau rungutan sepanjang 40 tahun itu. Mengapa sekarang? Dan yang peliknya, ada diantara mereka tidak pernah membaca pun novel tersebut!! Tetapi membuat bantahan dan rusuhan secara emosional dan membabi-buta tanpa tahu hujung pangkal cerita.

Sekiranya dihalusi coretan Datuk Abdullah di dalam novel tersebut,  masyarakat Melayu juga dikritik pedas oleh beliau didalam novel tersebut. Tak pernah pulak dengar orang Melayu nak mengamuk. Kerana apa yang ditulis oleh Datuk Abdullah adalah hakikat sejarah, dan cara kehidupan yang diamalkan masa lalu. Gunanya adalah supaya kita mengambul iktibar dari sejarah. Kerana bangsa yang tidak mahu mengakui sejarahnya sendiri adalah bangsa yang sudah mati!

Mereka perlu tahu bahawa Anugerah Sasterawan Negara telah diberikan kepada Datuk Abdullah dan panel Anugerah Sastera pada masa itu dipengerusikan OLEH YAB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, TIMBALAN PERDANA MENTERI pada masa itu. Kenapa pertubuhan yang tak sedar diri merujuk kepada DS ANWAR IBRAHIM berkenaan perkara ini.

Ingatlah wahai umat Islam! Ingatlah wahai bangsa Melayu! Janganlah keghairahan kita untuk berpolitik sehingga menggadai agama, bangsa dan tanah air kita! Janganlah politiking melampau yang kita amalkan sekarang menjadi bahan peruntuh watan kita! Janganlah menjadi politikus kalkatus, yang terpedaya dengan kilauan cahaya pembunuh, yang akhirnya memusnahkan kita sendiri. Ketepikanlah perbezaan fahaman, buanglah perbezaan politik, campaklah pertikaian sesama kita.

ALLAHUAKHBAR!!!.... 

Monday, February 14, 2011

Kisah Benar Di Bumi Mesir...

Tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang memperlekehkan usaha menyelamat dan pemindahan ini, malah yang lebih teruk dan parah, ada segelintir mala'un yang cuba nak mempolitikkan musibah kemanusiaan yang menimpa rakyat Malaysia ini. Terdengar disana suara-suara sumbang yang memutarbelitkan cerita konon operasi menyelamat ini bersifat memilih, ada yang dianaktirikan kononnya (terutama mereka yang didakwa menyokong pihak tertentu); dan ada juga yang membawa cerita para pelajar dan warga dikenakan bayaran oleh Kerajaan untuk tambang dan kos menyelamat dan pemindahan ini! Begitulah segelintir pak jangoat yang tidak habis-habis nak berpolitik. Hatta dalam soal nyawa dan keselamatan rakyat pun nak main politik juga!! Memang musibat haibat mereka ini!

Penulis mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir yang telah berjaya melaksanakan operasi menyelamat dan memindah pelajar dan warganegara Malaysia yang terperangkap dalam kemelut rusuhan di Mesir. Kgigihan dan komitmen mereka yang tidak kenal penat lelah sangatlah dihargai.

Pada hakikatnya kesemua pelajar dan warganegara Malaysia yang secara sukarela mahu diselamatkan dan pulang ke negara telah selamat dikeluarkan dari bumi Mesir, tidak kira apa fahaman politik atau latarbelakang mereka. Lebih 11,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pemindahan ini. Yang tinggal pun adalah mereka yang memang telah membuat keputusan sendiri mahu terus tinggal di Mesir; samada dari kalangan pelajar (terutamanya pelajar perubatan yang menduduki peperiksaan) dan warga Malaysia yang berkahwin dengan rakyat tempatan. Itupun jumlahnya tidak sampai 300 orang. Yang lainnya semua telah dikeluarkan dan diselamatkan.

Wednesday, February 9, 2011

Antara Dua Darjat...

YAB Datuk Nik Aziz tidak berubah,dia tidak pernah menukarkan pakaiannya,kupiah lebai dan baju Melayu bersamping kain pelekat (bukan songket), dia tetap memberikan taskirah dan mengajar agama kepada orang kampung . Maka itu rakyat Kelantan tetap merasakan Nik Aziz sebagai salah seorang dari mereka, setaraf dengan mereka. Maka itu mereka mahu mengekalkan kerajaan mereka, kerajaan rakyat.

Rakyat tetap menghormati Nik Aziz sekalipun tidak berpakaian mahal atau mempunyai banyak motokar atau rumah seperti mahligai. Rakyat menghormatinya kerana dia tetap guru agama,guru pondok atau kerana ilmu agamanya. Samaada benar atau tidak ajarannya tidak diambil kira kerana dia berjaya membuatkan rakyat percaya kepadanya dengan kesederhanaanya dan kejujurannya, tidak hipokrit dan tidak berpura pura.

Kebanyakan pemimpin UMNO terutama di Kelantan sebelum pun menjadi wakil rakyat, hanya diperingkat Ketua Bahagian pun sudah mempunyai rumah lebih besar dari Tok Guru, menunjukan cita rasa dan gaya hidup yang tinggi yang berbeza dengan rakyat biasa, setelah menjadi wakil rakyat lagi banyak perubahan identiti berlaku dan apabila menjadi menteri menunjukan kekayaan yang melimpah limpah. Di Kedah baru menjadi menjadi Menteri Besar BN pun sudah naik private jet.

Perdana Menteri Najib cuba jadi rakyat biasa, turun padang minum teh tarik bersama rakyat di kedai India di Brikfield walaupun masih kelihatan agak janggal tetapi kita mesti angkat topi kepada usahanya ini. Seperti bapanya juga Najib berimejkan orang bangsawan tetapi Tun Razak dapat memahami masalah dan kehendak rakyat dengan tepat.

Maka itu bapanya dapat membrikan ubat yang mujarab dan sesuai dengan penyakit yang dihadapi oleh rakyat. Allahyarham menembak dengan tepat terhadap musuh rakyat dan membina Malaysia yang harmoni dan stabil. Bakat ini ada pada Najib dan baru mulai menyerlah. Beri masa kepadanya.

Persoalannya sekarang adakah golongan pemimpin UMNO mampu mengubah dari gaya hidup mewah ke kehidupan yang sederhana sesuai dengan kehendak rakyat? Persoalan itu bakal terjawab setelah selesainya PRU13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.... 

Tuesday, February 8, 2011

Bangkitlah Wahai PEMUDA UMNO!!!....

BN telah menang dengan majoriti yang lebih besar pada PRK DUN Tenang. Disebalik kemenangan besar ini, terselindung satu senario yang sangat membimbangkan di kalangan jentera BN/UMNO. Di kala Pakatan Rakyat sedang mengadakan ceramah di DUN Tenang, kelihatan muncul sekumpulan pemuda UMNO berhampiran dengan tapak ceramah tersebut.

Di seberang lorong tempat Guan Eng dijadualkan berceramah, berdiri sekumpulan tidak lebih 12 orang Pemuda UMNO dengan lengkap beruniform Pemuda UMNO dan Pemuda BN. Mereka ke situ bukan untuk mendengar ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tetapi untuk menzahirkan protes mereka terhadap kedatangan Guan Eng ke kawasan Melayu.

Beberapa ketika sebelum Guan Eng tiba, beberapa ketua mereka dilihat sedang berunding dengan pihak polis yang melingkungi mereka. Tindakan polis melingkungi mereka bukanlah bagi menghalang mereka mara ke hadapan sebaliknya bagi menjaga keselamatan mereka. Bahkan jika polis tidak berbuat demikian, pasti mereka akan lintang pungkang berkeliaran lari bila melihat sekumpulan tidak lebih tiga puluh orang berkopiah merenung mereka.

Bermula dengan nyayian lagu-lagu patriotik dan berakhir dengan zikir dan selawat, mereka tidak membawa sebarang impak melainkan hanya untuk diri mereka sahaja. Akhirnya Lim Guan Eng, mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi hadir sama di dalam ceramahnya. Malah apabila mereka ini diajak untuk berada di saf yang paling depan dengan harapan untuk menyanggah sebarang putar belit penceremah, tidak seorang pun berani berbuat sedemikian.

Apakah Pemuda UMNO tidak boleh berjuang jika tidak memakai logo UMNO dan BN di dadanya? Apakah perjuangan mereka semata-mata untuk UMNO dan BN dan bukan untuk rakyat? Bukankah rakyat didahulukan?

Thursday, February 3, 2011

Dulu Mereka Pertikai Tetapi Sekarang....

Dulu ada satu golongan BANGSAT di negara ini yang sering mempertikaikan laungan azan yang dilaungkan 5 kali sehari dari mana-mana institusi seperti surau dan masjid. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan pihak yang mempertikai laungan azan umpama mengisytiharkan perang secara terbuka terhadap Islam. Menurut beliau, tindakan itu juga membawa makna mereka turut mempertikai Islam dan ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh umat Islam. Jelasnya, azan merupakan salah satu aspek dalam ibadah

Apa yang sangat menarik mengenai golongan ini adalah apabila terdapat sebilangan kontraktor dari golongan BANGSAT ini telah berjaya memperoleh kontrak-kontrak membaiki masjid-masjid yang telah mereka pertikaikan tentang laungan azan itu. Senario ini berlaku di negeri di sebelah utara tanahair yang mana kerajaan negerinya sering melaungkan slogan integriti dan akauntabiliti.

Golongan BANGSAT ini dilihat mampu untuk melakukan apa saja termasuk memperkotak-katikkan Agama Islam sewenang-wenangnya apabila diberikan kuasa. Apakah golongan Melayu beragama Islam hanya mampu melihat dan tidak melakukan apa-apa? Atau orang Melayu terlalu ingin menjaya hati golongan BANGSAT ini sehingga sanggup membelakangkan Agama Islam demi mengejar cita-cita mereka sendiri? Terpulanglah pada orang Melayu itu sendiri...