Thursday, June 30, 2011

Kisah Salah Seorang Orang Kuat Bersih 2.0 Bah 1

Mengikut sesetengah pembawa hikayat, Anwar Ibrahim tidak pernah senang dengan Mat Sabu sejak hari-hari gemilangnya Yayasan Anda. Di zaman Wan Azizah masih anak dara lagi, bersekolah di satu sekolah tinggi (atas sikit dari sekolah menengah) di Lembah Pantai.

Sejak zaman Anwar Ibrahim dan Wan Ismail bapa Wan Azizah saling membaling telor angsa yang siap berjampi (oleh bomoh yang sama, percayalah) ke dalam kawasan pagar rumah masing-masing.

Mat Sabu menyertai ABIM pada tahun 1975 selepas dipecat dari ITM kerana tunjuk perasaan menentang Akta Universiti. Pada tahun 1978, Mat menyertai PAS. Pada tahun 1981, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada tahun 1982, ketika baru berumur 28 tahun, beliau letakkan jawatan sebuah syarikat swasta untuk bertanding dalam pilihanraya. Beliau menjadi calon PAS di Kepala Batas menentang Pak Lah dan juga di DUN Penanti.

Tahun sama beliau meninggalkan ABIM sebagai memprotes penyertaan presiden pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke dalam Umno.

Pada tahun 1983, Mat Sabu dilantik sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat hinggalah tahun 1985.

Dalam pilihanraya 1986 pula, Mat Sabu bertanding menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai pertandingan “dua seteru politik yang sukar didamaikan” pada ketika itu.

Kedinginan dalam pertalian Anwar dengan Mat Sabu sampai kemuncaknya bila di satu ketika Mat Sabu DITANGKAP BERKHALWAT DI KELANTAN.

Ketika itu, Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri, jawatan yang digila talaknya kini, telah menggunakan segala jentera media kerajaan, khususnya TV3, untuk mengaibkan Mat Sabu

Dalam bertindak balas, Mat Sabu telah mengadakan satu roadshow seluruh negara, dan di salah satu pidatonya itulah rakyat negara buat pertama kalinya mendengar ungkapan “Al Juburi” keluar dari mulut Mat Sabu.

Rujukan:
Mutiara Pulau Pinang
MohamadSabu.com

Wednesday, June 29, 2011

Kisah Mengenai Komunis Di Kemboja

Penulis ingin membawa satu kisah benar yang berlaku di bumi Kemboja satu ketika dahulu. Kisah ini diceritakan salah seorang peserta kursus di sebuah negeri di utara tanah air.

Di negara Kemboja, pihak komunis telah mengambil pendekatan yang berbeza pada awalnya untuk menakluki hati penduduk-penduduk di sebuah kampung. Pihak komunis melalui anggota-anggota mereka ini telah masuk ke rumah-rumah penduduk kampung yang bertujuan untuk mengambil semua bahan makanan untuk dibawa kembali ke tempat persembunyian mereka. Apa yang menarik, setiap kali mereka mengambil barang keperluan harian dari setiap rumah penduduk kampung, pihak komunis ini akan meletakkan sejumlah wang sebagai 'gantian' kepada bahan keperluan yang mereka ambil.

Para penduduk kampung menganggap bahawa ini adalah salah satu punca rezeki mereka dan terus membiarkan anggota-anggota komunis ini terus mengambil barang keperluan harian kerana setiap barang keperluan yang diambil akan digantikan dengan sejumlah wang. Perkara ini berlarutan untuk sekian lama sehingga para penduduk kampung bersepakat untuk mengadakan satu majlis keraian untuk meraikan anggota-anggota komunis ini.

Sebagai tanda terima kasih kepada anggota-anggota komunis ini, para penduduk telah mengadakan satu majlis keraian di sebuah dewan dengan menjemput seluruh warga anggota komunis untuk hadir ke majlis tersebut. Majlis itu mendapat sambutan yang amat baik dengan kehadiran para pemimpin dan ulama-ulama di sekitar kawasan berkenaan.

Setelah hampir selesai majlis tersebut, secara tiba-tiba semua pintu masuk dewan tersebut ditutup dan pihak komunis telah mengambil kesempatan untuk menembak mati semua penduduk kampung yang ada di dalam dewan tersebut. Tiada seorang pun dari kalangan penduduk kampung yang berada di dalam dewan tersebut dapat menyelamatkan diri. Malah semua pemimpin dan ulamak sekitar kampung berkenaan mati bergelimpangan dan kesan darah mereka masih boleh dilihat di dewan berkenaan sehingga ke hari ini.

Itulah muslihat paling licik golongan komunis ini dan tidak mustahil golongan yang berpemikiran seperti komunis di negara ini akan mengambil pendekatan dan kaedah yang sama seperti golongan komunis di Kemboja. Adakah kita sedar dan benar-benar faham tentang bahaya ancaman komunis ini?... Fikirkanlah....

Tuesday, June 28, 2011

Dalang Sebenar Di Sebalik Bersih 2.0

Perhimpunan Bersih 2.0 yang kononnya satu perhimpunan yang menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil adalah mainan politik kotor Anwar Al-Juburi (gelaran yang diberikan oleh Timbalan Presiden PAS). Malah baru-baru ini Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan rancangan perhimpunan haram pada 9 Julai ini jika Perdana Menteri memberi jaminan bahawa pilihan raya umum (PRU) akan dijalankan secara bersih dan adil. Anwar Ibrahim berkata, Anwar Ibrahim sanggup meminta pengerusi Bersih, Ambiga membatalkan hasrat itu ”esok juga” jika Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan jaminan tersebut.

Inilah buktinya bahawa beliau adalah peneraju utama, perancang untuk mewujudkan suasana tidak tenteram dan aman dalan negara kita. Mereka bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap segala kepincangan yang mereka lakukan selain penerimaan rakyat terhadap transformasi yang dibuat Datuk Seri Najib yang membela dan mendahulukan rakyat. Anwar al-Juburi juga berharap bahawa perhimpunan bersih ini setidak-tidaknya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap pengadilan kes liwat Saiful Bukhari yang bakal diadakan beberapa hari selepas perhimpunan itu.

Jangan lupa Anwar Ibrahim hampir memusnahkan negara dahulu apabila beriya-iya mahu melaksanakan preskripsi IMF dalam menangani krisis kewangan dan ekonomi 1998. Bayang apa akan jadi jika Anwar berjaya; kita akan jadi hamba IMF selama-lamanya. Persoalannya, adakah pihak asing tersebut mempunyai apap-apa "bukti" atau "bahan" untuk memeras Anwar, sehingga dia sanggup tunduk kepada telunjuk negara Barat dan IMF dengan prsekripsi yang boleh memperhambakan Malaysia kepada telunjuk asing?

Alhamdulillah Tun Dr. Mahathir bertindak pantas memintas dan mencantas Anwar; dan negara kita bukan sahaja terselamat, malah masih punya maruah dan harga diri kerana kita berjaya menyelesaikan masalah kita mengikut cara kita sendiri, tanpa bergantung atau tunduk kepada sesiapa.

Tuesday, June 21, 2011

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Penulis ingan mengajak tuan-tuan dan puan-puan merenung semula kemelut politik tanahair kita untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat golongan bukan melayu dengan secara terbuka dan sangat berani mempertikaikan apa saja yang berkaitan dan dikaitkan dengan orang melayu. Mereka ini sengaja mengapi-api sentimen anti-melayu dan apabila terdapat golongan orang melayu bangkit mempertahankan hak mereka, maka mereka ini dilabelkan sebagai pelampau bangsa atau 'racist'. Siapa yang sebenarnya 'racist'? Jawapan itu ada pada tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Cuba lihat semula Perlembangaan Persekutuan yang menyatakan tentang hak-hak keistimewaan orang-orang melayu.
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.
Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5)Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda. menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.

Namun telah temaktub bahawa,
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Ini bermaksud bangsa bukan melayu bebas menggunakan bahasa mereka masing selain dari urusan rasmi sebebas-bebasnya. Tiada sebarang halangan mahupun sekatan dikenakan kepada bangsa bukan melayu terhadap penggunaan bahasa mereka sendiri. Namun harus diingatkan kepada mereka-mereka ini bahawa salah satu syarat untuk menjadi warganegara Malaysia adalah berkebolehan bertutur dalam bahasa melayu. 

Penulis pernah bertanyakan sesuatu pada seorang warga emas berbangsa Cina di kawasan Bagan, Pulau Pinang tentang satu soalan. Apa yang amat mengejutkan penulis adalah reaksi warga emas tersebut yang mengelengkan kepala dan bertutur di dalam bahasa cina. Terdetik pada masa itu di hati penulis mempersoalkan adakah beliau layak untuk menjadi warganegara Malaysia... WALLAHUALAM...

Monday, June 13, 2011

Dr Asri: Umno nampak hipokrit kecam konsep negara kebajikan PAS

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.
 
Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.
 
“Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.
 
“Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
 
“Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS,” kata beliau.
 
Tenaga akademik ini mengulas perkembangan kritikan ke atas PAS sejak pada Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan.
 
Dalam komen balasnya semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah selari dengan kehendak Islam.
 
Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.
 
Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.
 
Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.
Ini pandangan kedua Asri mengenai pendirian PAS yang menyentuh konsep negara berkebajikan.
 
Sabtu lalu, beliau menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan “kemajuan memberangsangkan” memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.
 
Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.
 
Kata Asri, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.
 
Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk ‘negara Islam’, isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.
 
Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama ‘negara Islam’ itu semata-mata.
 
“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.
 
“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya.
 
Dalam ulasan terbaru ini, Asri berkata, pendirian Umno seolah-olah menunjukkan bahawa “keadaan sudah terbalik” memandangkan parti itu ditolak ke belakang manakala PAS pula kelihatan dan menunjukkan sikap keterbukaan.
 
“PAS kini nampak lebih terbuka macam Umno dalam tahun 1980-an, patut Umno lebih mengalu-alukan perubahan sikap PAS... dulu mereka yang hentam ulama PAS, kononnya PAS ini fanatik... sekarang sudah terbalik keadaan,” kata Asri lagi.
 
“Sekarang PAS sudah berubah, Umno pula menentang. Saya pun tidak tahu apa yang Umno buat, saya rasa Umno sudah silap perhitungan,” katanya lagi.

Sunday, June 12, 2011

DAP perkenalkan pilihanraya masjid untuk umat Islam P.Pinang

Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh negeri mulai tahun ini akan dijalankan melalui proses ‘pilihan raya’ - perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Jika dilaksanakan sepenuhnya, ‘pilihan raya masjid’ itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu.


Difahamkan, ketetapan baru itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dihadiri Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim baru-baru ini.


Bagaimanapun, persoalan timbul sama ada keputusan penting itu mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini atau sebaliknya.


Perkembangan tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan banyak pihak yang melihat kaedah itu akan menyebabkan institusi masjid diresapi unsur-unsur kepartian sehingga mengundang perpecahan serius dalam kalangan kariah masjid.


Kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri ini, baru-baru ini.

Saturday, June 11, 2011

Fakta mengenai keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) sepanjang pemberontakan mereka dari tahun 1948 hingga 1989


Fakta mengenai keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) sepanjang pemberontakan mereka dari tahun 1948 hingga 1989:

1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British mengisytiharkan darurat.

2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.

3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.

4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.

6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di Pulau Pinang pada April 1969.

7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan komunis.

8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.

9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.

10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat. 

Kekejaman komunis terhadap anggota polis Cawangan Khas (SB):

11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973. 

12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.

13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.

14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.

16. 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.

17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.

19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.

P/s : Penulis teringat pada cerita patriotik Bukit Kepong. Al-Fatihah buat semua pejuang Agama, Bangsa dan Negara.