Wednesday, July 27, 2011

Anwar dan Penulis Upahan…

Kalau dulu memang ramai yang selalu tertanya-tanya; ucapan Anwar memang sangat hebat. Waima dalam Negara. Luar Negara. Semuanya nampak tersusun dengan bahasa Inggeris yang orang kata ‘impeccable’. Ramai yang selalu nak tahu; siapa di belakang ucapan Anwar yang hebat-hebat ini? Anwar yang memang dikenali sangat rajin membaca – membuatkan ramai yang tida hairan bahawa dia mempunyai ‘kemahiran’ yang sedemikian. Kalau berucap pasal Islam – Anwar adalah orangnya. Lengkap dengan quotations. Lengkap dengan segala macam fakta yang hanya boleh diperoleh oleh seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi.
Sewaktu kecoh-kecoh dalam Sodomi 1. Muncul nama Munawar Anees yang berwajah manja dan banyak membantu Anwar. Hubungan Anwar dan Munawar memang luar biasa. Memang patut pun; kalau kebanyakan pemikiran Munawar diucapkan oleh Anwar. Mereka memang wajar menjadi intim. Kalau tidak susah nak capture pemikiran.
Munawar bukan setakat tulis ucapan Anwar. Banyak artikel antarabangsa yang ‘boost’ nama Anwar pun dibuat oleh Anees. Memang hebat. Fikrah Islami Munawar – walaupun tidak sangat dikenali di dunia Islam; sentiasa memancarkan pemikiran Anwar di peringkat antarabangsa. Gaji? Hmmm…kalau dah khidmat diperlukan oleh Bakal PM Malaysia (1998 onwards) takkanlah bayar dengan murah. Mestilah ‘lebat’. Itu belum masuk khidmat ‘nasihat’ dan special service yang lain. Mantap!



Hari ini, tugas Munawar Anees diambil alih oleh John Malott. Kalau Anwar ke Amerika – John Malott akan menjadi individu yang menyusun segala macam jadual dan sound bytes Anwar. Banyak tulisan memburukkan Malaysia hari ini – ditulis oleh Malott atas apa tujuan yang patut. Puji dan lambung Anwar adalah antara yang paling utama.
Malott – adalah seorang individu yang banyak membantu Anwar ketika ini. Dalam segala segi. Baik dalam hubungan media (Amerika dan Eropah) malahan dalam usaha meletakkan Malaysia di kalangan Negara yang rosak dan jahanam. Malott sendiri pernah lama ada di Malaysia – hakikatnya; Anwar lebih membawa ‘jiwa demokrasi’ yang dekat dengan Amerika.
Sebab itu, Malott baru-baru ini meminta PIMPINAN AMERIKA mengambil berat dan prihatin dengan apa yang berlaku di Malaysia. Kalau Amerika sedia untuk masuk campur dalam isu REVOLUSI di Negara Arab; Amerika juga mesti bersedia untuk mencampuri dan ambil berat mengenai Malaysia. Saranan Malott ini nampak seperti MENJEMPUT campur tangan asing yang lebih aktif di Amerika. Atas sebab apa? Demokrasi agaknya.
Kita perlu faham bahawa hubungan MALOTT-ANWAR ini bukan baru. Hubungan lama. Sahabat karib. Jangan hairan kalau Malott terus menyerang Malaysia – atas DASAR KASIH DAN SAYANGNYA kepada Anwar. Kita kena faham itu.

Pendekar Siber : Apa kata Anwar pula?.... 

Tuesday, July 26, 2011

Edisi Lengkap : 15 dalil Nik Aziz Tidak Layak Digelar Mursyidul Am PAS dan harus disingkirkan !

1. Arwarh Tok Guru Haji Lah ( Pondok Lubuk Tapah ) semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru pondok Berangan, bernama Haji Yaakob ( iaitu ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang ) supaya mengawasi Nik Aziz. Katanya ‘ mu tengok molek sikit ajiz ni dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru ’.
Memang benar perkara itu telah berlaku dan telah banyak perkataan dia menyesatkan orang ramai seperti mengatakan sanggup berkawan dengan syaitan, Tuhan gedebe, Tuhan mencarut dan sebagainya. Jelas bahawa Tok Guru pondok yang sangat dihormati seperti Tuan Guru Haji Lah ( Allahyarham) sendiri yang dikenali umum sebagai alim ulamak terbilang di Kelanta sendiri, tidak yakin dengan keilmuan Nik Aziz dan sudah nampak bagaimana dia akan merosakkan agama dengan menggunakan ilmu agamanya demi untuk kepentingan politik yang sedikit lagi sempit.



2. Semasa BN memerintah hanya patung Buddha yang berbaring sahaja yang dibina, tidak begitu besar atau tinggi menjulang hingga melebihi ketinggian mana-mana masjid di Kelantan. Namun Nik Aziz sepanjang 19 tahun berkuasa beliau telah membenarkan patung Buddha yang besar melebihi masjid di Tawang dan beberapa tempat lain lagi di Kelantan. Jelas sensiviti beliau terhadap agama tidak melambangkan dengan gelarannya sebagai Mursyidul Am PAS.

3. Nik Aziz juga telah bermurah hati menderma kepada Tokong Siam dengan memberi dana berjumlah RM60,000 dengan dibawa oleh Exco Kelantan iaitu Anuar Tan secara senyap. Pemberian kali pertama sebanyak RM30 ribu ringgit dan kali kedua sebanyak RM 30 ribu ringgit. Sedangkan Nik Aziz tidak pula bermurah hati untuk memberi dana yang besar kepada masjid-masjid bahkan beliau sendiri tidak pernah membina masjid sepanjang 19 tahun menjadi MB yang juga pada masa yang sama menjadi Mursyidul Am kepada PAS. Wat tersebut telah dirasmikan pada 12 Jun 2009
.



4. Pernah ketika melawat Pondok Berangan milik Tok Guru Hj Yaakob ( ayah Timbalan Menteri Besar Kelantan ) di Tumpat, yang bersebelahan dengan Wat Maiswankiri ( atau dikenali sebagai Ketik Tengah), Nik Aziz hanya menderma RM50 sahaja kepada pondok tersebut tetapi memberi RM1900 kepada wat Maiswankiri. Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang pondok yang membuka peti tabung selepas beliau meninggalkan pondok tersebut dan juga diceritakan oleh petugas Wat Maiswankiri. Ia adalah bukti kukuh bagaimana sikap Nik Aziz terhadap institusi agama berbanding ketika menyumbang kepada sebuah rumah ibadat masyarakat Siam. Jelas sekali bahawa demi kepentingan politik Nik Aziz sanggup melebihkan sumbangannya kepada sebuah Wat Siam dari member derma kepada sebuah pondok pengajian agama yang menjadi kilang melahirkan ulama rabbani. Sekali lagi beliau tidak layak digelar Mursyidul Am PAS atau dipanggil Tok Guru.


5. Ada juga info memberitahu bahawa anak saudara Nik Aziz yang belajar di Mesir terpaksa membuat kumpulan Nasyid bernama As Sof untuk membiayai pengajiannya. Bagaimana seorang Mursyidul Am bertaraf Menteri Besar yang mendapat gaji yang lumayan tidak pula memberi bantuan bulananan kepada anak saudaranya sendiri. Bukti bahawa Nik Aziz tidak fikirkan kebajikan rakyat hatta anak saudaranya sendiri dibiarkan sedemikian rupa. Apakah ini rupa sebenar Mursyidul Am PAS ?

6. Nik Aziz juga pernah ditentang hebat oleh seorang anak Tuan Guru Hj Abd Rahman ( Wakaf Bharu) bernama Hj Din ekoran fatwanya menghalalkan tupai dimakan dan mengatakan seluar pendek boleh dipakai oleh orang lelaki. Ekoran kes tersebut maka Hj Din anak kepada Tuan Guru Hj Abd Rahman sendiri telah pergi ke rumah beliau untuk berbahas dengan membawa kitab Faridah Faraid namun tidak dilayan oleh Nik Aziz. Perkara ini sudah diketahui oleh pelajar pondok bahkan oleh ahli PAS sendiri tetapi didiamkan kerana takut dikutuk oleh fanatik PAS yang lain yang sudah tentu tidak akan menerima kritikan 
sebegini kepada tok guru mereka. Sedangkan ia membuktikan Nik Aziz tidak layak menjadi seorang Mursyidul Am bagi sebuah parti politik yang ingin memperjuangkan Islam.


7. Selain itu, Nik Aziz juga gagal dalam mentarbiah adik beradik keluarga bininya ( Tuan Sabariah) kerana isu harta pusaka. Pergaduhan telah berlaku dalam keluarga Tuan Muda selepas kematiannya dan tidak wajarlah diperincikan di sini kisah tersebut. Cuma ia telah diketahui ramai dan ia menjadi bukti bahawa Nik Aziz gagal menjadi seorang ulama bertaraf Mursyidul Am kerana tidak dapat mendidik keluarganya sendiri dari pihak isterinya untuk menjadi seorang umat Islam yang baik. Tidak peliklah jika di Kelantan tempoh hari tidak sampai seminggu ada dua kes bayi dibuang di dua buah masjid di sana. Apakah ahli PAS akan terus menerima dan mempertahankan Mursyidul Am seperti beliau ?

8. Adik isteri beliau bernama Tuan Mat juga pernah ditahan ISA kerana menjadi tekong darat membawa masuk warga asing dari Bangladesh dan pernah ditahan ISA selama dua tahun. Pendedahan ini juga membuktikan bagaimana seorang Tok Guru bertaraf Mursyidul Am gagal dalam membawa perjuangan Islamnya untuk dihayati oleh keluarganya sendiri. Hingga Tuan Mat ini juga dapat membina rumah besar di tepi sungai Kemumin hasil dari kegiatan membawa warga asing masuk ke Malaysia. Tindakan yang tidak ubah sebagai pengkhianat bangsa ini didiamkan sahaja oleh Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan walhal ia bercanggah dengan agama dan undang-undang Negara kita. Apakah beliau masih relevan untuk terus menjadi Mursyidul Am PAS ? Ahli-ahli PAS perlu memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Elok jika semasa Mesyuarat Khas PAS tidak lama lagi, usul memecat Nik Aziz harus dibawa kepada perwakilan.



9. Pernah beliau juga menolak gambar-gambar digantung di rumah dan tidak akan menghadiri majlis yang dibuat di rumah yang ada gambar manusia digantung. Namun sekarang gambar beliau sendiri yang begitu besar telah dipamerkan di tepi jalan. Ini menandakan beliau sering berfatwa yang tidak diamalkan oleh dirinya sendiri. Inilah jenis Mursyidul Am yang disukai oleh geng Erdogan yang cakapnya tidak serupa bikin dan bersifat ‘halal untukku dan haram untukmu.’

10. Nik Aziz juga pernah mengatakan Akademi Fantasia sebagai setan. Namun mengalu-alukan kehadiran Mawi ke sana yang pernah menjadi Juara AF. Begitu juga beliau turut bertemu dengan artis-artis lain seperti Maya Karin, Siti Nurhaliza dan terbaru artis kumpulan rock bernama Amy Search. Pendek kata Nik Aziz menelan kata-kata beliau sendiri dan sering berubah mengikut masa dan ‘nafsu’ nya sendiri.



11. Nik Aziz juga pernah menolak menghadiri kenduri kahwin anak Dato Asri ( bekas Presiden PAS ) kerana tidak setuju dengan persembahan Orkes Suraya sedangkan ia sebuah kumpulan nasyid. Alasannya suara wanita adalah aurat. Malang sekali hari ini persembahan dikir barat wanita telah dibenarkan dan qariah Kelantan telah dianaktirikan dari menjadi wakil Kelantan untuk pertandingan Musabaqah Al Quran. Adakah ini Islam yang diamalkan oleh Mursyidul Am PAS selama ini selari dengan Islam yang sebenar ? Fikir-fikirkanlah wahai saudara/I sekelian.


12. Nik Aziz juga tidak pernah membuat sebarang majlis Maulidur Rasul sepanjang pemerintahannya dan mengatakan ia sebagai bidaah. Sedangkan majlis menyambut kelahiran Sultan Kelantan dan Hari Merdeka dibuat dengan gilang-gemilang sekali. Jelas bagi umat Islam ahli Sunnah Wal Jamaah tidak dapat menerima pemikiran ‘kaum muda’ ala wahabi ini. Kerana alas an beliau ialah Maulidur Rasul menyerupai perbuatan agama Yahudi dan Nasrani. Memang benarlah bahawa Nik Aziz tidak layak menjadi Mursyidul Am yang boleh membawa fahaman Sunnah yang sebenar.


13. Satu ketika dahulu isu kroni yang melibatkan perlantikan Menantu beliau menjadi Pengerusi Perbadanan Menteri Besar juga telah kecoh di Negara kita. Akhirnya beliau telah mengatakan ia turut diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Adakah ‘kroni’ yang dikatakan dibuat oleh Nabi itu sama dengan kroni yang kita faham. Jelas sekali nama baik Rasulullah telah dimain-mainkan oleh lidah bercabang Nik Aziz ini… Memang sesuailah jika ahli-ahli PAS di seluruh Negara perlu menolak Nik Aziz dari terus merosakkan PAS dengan fatwa karutnya sebagai Mursyidul Am PAS.


14. Sepanjang menjadi Menteri Besar Nik Aziz telah ‘berjaya’ membiarkan sebuah Tokong Besar dan Tinggi melebihi Masjid Tawang di Bachok. Beliau yang gigih berusaha untuk mendapat sokongan hebat masyarakat Siam di sana dengan pendirian politiknya yang begitu obsess untuk mendapat undi dari mereka. Namun ia satu lagi bukti bagaimana Nik Aziz telah bertindak keterlaluan hingga member kebenaran sebuah Tokong/ Wat Siam begitu besar dibina di Kelantan. BN tidak pernah bertindak seperti yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS ini dan sewajarnya Nik Aziz ini boleh digelar Mursyidul Am Siam sahaja oleh rakyat Kelantan.

15. Sepanjang menjadi MB juga Nik Aziz telah menjual Ladang Sungai Terah, Perdana Resort dan Hotel Perdana yang diasaskan oleh Kerajaan Kelantan pimpinan Barisan Nasional sebelum itu. Maka apakah lagi harapan rakyat Kelantan kepada beliau jika satu persatu aset Kerajaan Negeri Kelantan dijual kepada orang lain ?



Pendekar Siber : Tunggu maklumbalas dari orang-orang PAS....

GEMPAR!!!.... Lagi Gambar Separuh Bogel Di Miss Hard Rock Cafe Penang....

Lihatlah gambar-gambar sekitar Pertandingan Miss Hard Rock Cafe Penang 2011. Difahamkan hadiahnya lumayan jugak. 












Pemenang Miss Hard Rock Penang 2011 dapat hadiah wang tunai RM2000 beserta hadiah-hadiah lain. Cuma tidak dapat dipastikan sama ada hadiah dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada ka tadak.... hehehehhe...

Monday, July 25, 2011

GEMPAR!!!...Acara Separa Bogel Di Pulau Pinang....

Baru- baru ini telah diadakan Pertandingan Miss Hard Rock Cafe Penang. Memang hebat dan mendapat sambutan hangat dari segelintir rakyat PP yang tidak perlu bersusah payah untuk menyeberangi sempadan Siam untuk melihat pertandingan seperti ini.


Pulau Pinang dibawah pentadbiran ala 'Khalifah Umar Abdul Aziz' sememangnya hebat dengan kepelbagaian program yang dahulunya tidak pernah diadakan semasa pemerintahan BN. Puak-puak PAS apa cerita ya? Takkan tumpang sekaki kot. Komen-komen la apa yang patut.


Buat pertama kalinya ARAK disediakan semasa sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Pulau Pinang. Kalau setakat di Hard Rock Cafe ni apalah sangat. Malah penulis pernah melihat sebuah cafe di ibukota menyedia ARAK secara percuma semasa penulis hadir ke mini konsert sebuat kumpulan rock terkenal tanahair.


Nampaknya kepimpinan Lim Guan Eng semakin bebas melakukan apa saja selagi mereka berkuasa. Ternyata mereka tidak menyerang BN atau UMNO secara terus sebalik menggunakan 'anjing-anjing' belaan mereka yang terdiri dari orang-orang melayu untuk menyerang UMNO dan BN. Lihat saja perhimpunan Bersih 2.0. Dimanakah mereka puak-puak DAP ni? Yang ada cuma Tian Chua dan Chua Jui Meng dari PKR.....

Sunday, July 24, 2011

UMB Oh UMB....

Penulis terdetik untuk menulis mengenai pengalaman yang dialami penulis tidak lama dahulu setelah tercetusnya polemik di antara bloggers Pro BN dan Unit Media Baru (UMB) baru-baru ini. Penulis mula menceburi dunia blogging sejak dari tahun 2007 dan pada masa itu penulis mengakui bahawa dunia penulisan siber negara dikuasai oleh bloggers dari pembangkang. Banyak artikel-artikel yang dimuatkan di dalam blog mereka benar-benar menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Malah di laman myKMU.net. penulis melihat bahawa ramai ahli-ahli myKMU di sana secara terangan menghentam kerajaan BN pada masa itu dan seterusnya membawa kepada kekalahan terburuk BN dalam sejarah pilihanraya tanahair.

Selepas itu, penulis terdengar ura-ura penubuhan sebuah unit baru iaitu Unit Media Baru atau UMB yang bertujuan untuk menangkis serangan bloggers Pakatan Rakyat walaupun tidak dinafikan bahawa telah ada beberapa bloggers Pro BN yang telah lama berhempas-pulas untuk mempertahankan kebenaran. Penulis ada menghubungi Saudara Pengerusi UMB iaitu Saudara Tun Faisal yang pada mulanya penulis sangkakan beliau memang telah dianugerahkan dengan gelaran Tun.

Setelah beberapa lama cuba menghubungi beliau, tidak banyak perkara yang dapat membantu penulis malah beliau telah meminta penulis menghubungi Setiausaha UMB yang kebetulan bermastautin di sebuah negeri di utara tanahair. Seperti yang diperkatakan oleh penulis sebelum ini, ternyata SU UMB berkenaan juga tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada penulis untuk merealisasikan hasrat untuk memperjuang agama, bangsa dan negara.

Selepas gagal mendapatkan kerjasama dari orang-orang kuat UMB ini, akhirnya penulis mengambil inisiatif sendiri untuk menubuhkan UMB di tempat di mana penulis sedang bermastautin dan mendapat kerjasama serta perhatian yang sewajarnya dari pihak kepimpinan Bahagian berkenaan sehingga nama penulis telah dicalonkan untuk menghadari kursus anjuran UMB dengan kerjasama Jabatan A dan Jabatan B.

Kursus tersebut telah diadakan di sebuah pulau peranginan di utara tanahair dan terdapat beberapa bloggers yang penulis kenal seperti penantibangkit, pisau.net dan beberapa lagi yang penulis telah lupa nama mereka. Apa yang agak mengejutkan penulis adalah cara pengendalian kursus oleh pihak UMB. Mereka seolah-olah tidak bersedia untuk mengendalikan kursus tersebut dengan arahan-arahan yang bertindih dan berbeza-beza dari masa ke semasa.

Penulis juga difahamkan bahawa semua bloggers UMB pada masa itu bergerak sendiri tanpa mendapat sebarang peruntukan dari mana-mana pihak. Sekiranya benar, penulis ingin ucapkan tahniah kepada bloggers UMB semua. Tapi yang menghairankan penulis bagaimana semua bloggers UMB pada masa itu menggunakan netbook, broadband, baju dan beg dari jenama yang sama? Malah mereka mengenakan baju UMB yang berlainan warna setiap hari.

Antara ketetapan yang telah ditetapkan oleh UMB pada masa itu adalah para bloggers yang ingin menyertai UMB mesti menyediakan 3-5 artikel ke dalam blog masing-masing dan tidak dibenarkan sama sekali mengkritik ahli dan parti politik di bawah naungan UMB. Malah blogger perlu mengwujudkan blog yang baru di bawah naungan UMB walaupun blogger tersebut telah ada blog mereka sendiri sebelum ini.

Ini adalah ketetapan yang telah ditetapkan oleh UMB sendiri dan penulis agak keberatan untuk memenuhi ketetapan tersebut kerana jika tiada ruang untuk menegur kepimpinan atasan di blog, di mana lagi para bloggers boleh berbuat demikian. Tidak mungkin para blogger akan tampil berucap di perhimpunan tahunan kerana perkara ini telah berlaku kepada seorang blogger di mana beliau telah tidak dipanggil ke mana perhimpunan tahunan setelah berucap menegur sesetengah kepimpinan atasan semasa perhimpunan sebelum itu.

Setelah tamat kursus, penulis cuba menghubungi penganjur iaitu Jabatan A berkenaan kesinambungan daripada kursus yang telah diadakan namum amat mendukacitakan bahawa jabatan tersebut tidak memberikan sebarang respon. Penulis juga cuba menghubungi UMB dan seperti biasa juga tiada respon. Setelah ditegur oleh kepimpinan bahagian agar tidak mengkritik mana kepimpinan dan parti, akhirnya penulis mengambil keputusan untuk tidak lagi menulis di bawah naungan UMB. Penulis tidak meletakkan jawatan kerana tiada sebarang perlantikan secara formal dilakukan untuk jawatan UMB ini.

Setelah bergerak secara bersendirian tanpa naungan mana-mana organisasi, penulis berasakan bahawa penulis semakin bebas untuk menulis apa saja yang terlintas di hati dan fikiran penulis. Malah sebagai blogger yang bebas, penulis berkesempatan untuk mengenali beberapa rakan bloggers bebas seperti Papagomo, Parpukari, Flyingkick, GWM dan beberapa lagi nama yang tak sempat penulis senaraikan di sini.

Ternyata penulisan para bloggers bebas ini sangat berbisa dan tajam dari bloggers yang bernaung di bawah UMB. Malah penulisan bloggers Pro BN ini mendapat liputan dari wartawan Utusan, Saudara Zaini Hassan yang menyifatkan bahan-bahan di blog mereka ini sangat kuat. Saudara Zaini juga tidak dapat mengambarkan apa yang akan berlaku sekiranya bloggers Pro BN berpaling tadah!!!...

Berbalik kepada kursus yang pernah penulis hadiri tempohari, akhirnya penulis dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan B bahawa kursus tersebut adalah hasil inisiatif Jabatan beliau. Malah beliau berhasrat untuk membantu bloggers Pro BN di utara tanahair untuk terus berkarya demi untuk menegak keadilan dan menentang kebatilan.

Terima kasih Tuan Pengarah.... harap dapat diadakan mesyuarat dalam masa terdekat ini....

Saturday, July 23, 2011

Cincin Oh Cincin

YBhg Datin Seri Rosmah dikatakan membelanjakan RM24.4 juta hanya untuk membeli sebentuk cincin  seperti yang dilaporkan oleh kebanyakkan blogger-blogger Pakatan Rakyat.

Fitnah mereka kali ini benar-benar dilihat sebagai perkara yang telah berlaku apabila puak-puak PR ini menggunakan Pegawai Kastam sebagai kambing hitam untuk mengesahkan tentang laporan mengenai seorang Pegawai Kastam telah ditahan dan disiasatkan di atas salahlaku membocorkan maklumat Kastam kepada umum. Ada pihak mempercayai bahawa perkara ini benar-benar berlaku sehingga menggerakan hati penulis untuk menyiasat perkara ini.

Hasil siasatkan penulis menemui beberapa fakta iaitu Pegawai Kastam berkenaan yang dahulu pro kerajaan telah mula menyokong Pakatan Rakyat berdasarkan beberapa kenyataan yang telah beliau keluarkan. Beliau juga menyatakan bahawa beliau diugut untuk dilaporkan kepada pihak atasan sekiranya beliau tidak aktif membantu sebuah parti politik pro kerajaan dan juga menyatakan bahawa terdapat campurtangan pihak-pihak atasan yang mengganggu tugasan beliau semasa berkhidmat di Jabatan Kastam.

Penulis juga difahamkan bahawa pegawai tersebut juga kecewa disebabkan semua usaha beliau untuk mendapatkan pendapatan tambahan melalui peniagaan secara separuh masa menemui kegagalan dan hubungan kekeluargaan di kalangan keluarga beliau sering bermasalah.

Sekiranya penulis berkesempatan untuk menemui pegawai berkenaan, penulis ingin pegawai berkenaan bersumpah mengenai semua kenyataan yang telah beliau keluarkan adalah benar atau penulis tidak akan teragak-agak untuk melaporkan perkara ini kepada pihak Polis agar kenyataan beliau disiasat sepenuhnya.

Mengenai laporan mengenai cincin DS Rosmah yang dikatakan bernilai berjuta-juta (jumlah yang dinyatakan oleh blogger PR tidak sama dan berbeza di antara satu sama lain - nak menipu pun, berpakatlah elok-elok), penulis sifatkan bahawa itu adalah fitnah semata-mata. Ini adalah kerana setakat ini tiada laporan Polis telah dibuat mengenai laporan tersebut bagi memastikan perkara ini disiasat dan tiada pihak yang tampil membuat pengakuan sumpah mengenai cincin DS Rosmah itu.

Ternyata PR yang diterajui oleh Dato' Seri Anwar benar-benar terdesak untuk menggulingkan Kerajaan di bawah YAB Dato' Seri Najib dan pastinya lebih banyak lagi tohmahan dan propaganda yang bakal muncul selepas ini yang bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang juga dipilih oleh rakyat. Satu lagi agenda Bukan Melayu untuk melaga-lagakan Orang Melayu bagi memastikan Bukan Melayu menguasaikan sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu....

Monday, July 18, 2011

Al-Fatihah

Salam buat pembaca sekelian,

Penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah dan simpati penulis kepada keluarga Allaharhamah YB di atas pemergian beliau
jenazah  akan disembahyangkan pada jam 10.30 pagi di Masjid Al-Akram, Kg. Dato' Keramat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato' Keramat.

Sebagai orang Muslim, marilah bersama-sama kita sedekahkan bacaan al-fatihah buat beliau.
Semoga roh Allaharhamah dicucuri Rahmat-Nya dan ditempatkan di tempat orang-orang beriman. Amin.

Sumber : http://docpearl.blogspot.com/

Tuesday, July 12, 2011

Alahai Bersih 2.0....

Penulis ada menerima beberapa maklumat yang boleh diklafikasikan sebagai sahih mengenai perhimpunan Bersih 2.0 ini. Perhimpunan ini ternyata telah dimanupulasikan sepenuhnya oleh 'Pakatan Rakyat'. 'Bersih' yang kononnya dianggotai oleh seramai 62 buah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO sebenarnya telah didalangi oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Dimana perginya 62 buah pertubuhan tersebut? Kenapa hanya beberapa kerat sahaja pemimpin yang hanya sering membuat kenyataan semasa sidang media? Di mana Lim Kit Siang? Dia hadir semasa sidang media bersama Ambiga dan Al-Juburi. Ke mana dia menghilang selepas sidang media? Penulis juga difahamkan bahawa setiap peserta perhimpunan tersebut telah dibayar sehingga RM200 setiap seorang dan warga emas telah diperalatkan untuk menyertai perhimpunan ini.

Memang tidak dinafikan bahawa hak untuk berhimpun adalah seperti termaktub di dalam perlembagaan. Namum harus kita ingat bahawa bahawa pihak Kerajaan terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan dan Polis mempunyai hak mereka dalam memastikan bahawa setiap perhimpunan tidak mengganggu keselamatan rakyat yang lain. Tindakan peserta perhimpunan Bersih ini melaungkan 'Reformasi', 'Kerajaan Zalim' dan 'Polis Zalim' ternyata tidak dapat diterima kerana mereka sudah terpesong dari matlamat asalnya mereka yang KONONNYA berjuang menuntut sebuah pilihanraya yang lebih telus dan adil. Keadilan yang seperti mana lagi yang mereka mahu setelah mereka sendiri melihat bagaimana BN tersungkur di 5 buah negeri dan hilang majoriti 2/3 mereka.

Adalah dikira masuk akal sekiranya pilihanraya di negara kita ini tidak sempurna kerana tidak dinafikan bahawa masih terdapat beberapa penambaikan yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa. Namum sekiranya ada pihak mengambarkan bahawa sistem pilihanraya kita tidak bersih, itu hanya satu FITNAH semata-mata dan mainan politik murahan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin hilang kepercayaan rakyat.

Sunday, July 10, 2011

Hangat : Gambar-Gambar Di Perhimpunan Bersih 2.0

Kepada rakyat Malaysia yang ingin melihat gambar-gambar menarik semasa perhimpunan 'BERSIH 2.0' sila layari

https://picasaweb.google.com/104201905154669598873/Bersih2Rally090711?authkey=Gv1sRgCN2Bo8PKqdzNIQ#slideshow/5627240477511423330

Anda saksikan sendiri apa yang berlaku dan kesannya kepada negara.....

Friday, July 8, 2011

Perhimpunan Bersih 2.0

Mengenai Perhimpunan Bersih 2.0, penulis berpendapat bahawa dalam sistem demokrasi, mana-mana pihak boleh membuat apa saja cadangan atau tuntutan kepada kerajaan. Pada pandangan penulis itulah cuba yang dilakukan oleh Bersih yang telah mengemukakan lapan (8) tuntutan bagi penambahbaikan proses pilihanraya di negara ini.

Sama ada tuntutan itu wajar ataupun sebaliknya, itu soal lain. Begitu juga sama ada kerajaan patut menerima atau sebaliknya, itu bukan isu di sini. Persoalannya ialah Bersih berhak mengemukakan tuntutan tersebut. Itu sistem demokrasi yang diamalkan.

Adakah Bersih pertubuhan haram? Bersih bukanlah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Sebaliknya, ia adalah gabungan 62 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Secara bersama, mereka menamakan gabungan tersebut sebagai Bersih.

Gabungan 62 buah pertubuhan bukan kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Bersih" menyatakan secara terbuka mereka sedang melakukan mobilisasi untuk membawa penyokong-penyokong mereka turun melakukan demonstrasi di jalanan sebagai satu cara mengenegahkan tuntutan mereka. Inilah punca masalah.

Tidak dinafikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun. Namun pada masa yang sama, undang-undang juga memberikan hak kepada kerajaan (khususnya polis dan PBT) untuk menentukan sama ada perhimpunan itu bakal menimbulkan masalah kepada rakyat yang lain. Dengan maklumat yang ada, polis memutuskan perarakan di jalan raya dalam bentuk sedemikian boleh menimbulkan masalah dan menjadi ancaman kepada keselamatan. Maka, polis tidak membenarkan. Bukan setakat ini, Bersih juga tidak memohon permit untuk aktiviti sedemikian, walaupun badan-badan gabungannya ke sana-sini mempromosikan perhimpunan jalanan tersebut.

Bagi menyekat aktiviti sedemikian yang melanggar undang-undang dan boleh memberikan kesan kepada keselamatan negara, maka polis menahan dan menyoal-siasat mereka yang mempromosikan perhimpunan jalanan tersebut. Sesiapa saja yang melakukan promosi itu dalam bentuk tulisan (brosur, banner), perkataan (ucapan) atau gambar/imej (baju, logo), disiasat oleh polis.

Apabila ada permintaan dari Bersih untuk mengadap Yang Dipertuan Agong, maka baginda membenarkan. Ini membuktikan betapa baginda adalah penaung untuk semua rakyat - tanpa mengira agama atau bangsa. Selepas menghadap Yang Dipertuan Agong, Bersih bersetuju menerima tawaran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk berkumpul di dalam stadium. Penulis fikir tawaran itu adalah wajar kerana dengan cara ini penyokong Bersih dapat berkumpul (hak mereka) dan pada masa yang sama tidak menimbulkan masalah kepada orang lain.

Bagaimanapun, Bersih masih perlu memenuhi beberapa peraturan sebelum ia dibenarkan berbuat demikian. Antaranya ialah salah satu badan gabungan Bersih hendaklah membuat permohonan kepada pemilik stadium untuk menggunakan sesebuah stadium itu. Saya sebutkan "salah satu badan gabungan" kerana Bersih sendiri bukanlah persatuan, maka hanya persatuan yang sah saja boleh membuat permohonan itu. Pemilik stadium kemudiannya membuat keputusan sama ada membenarkan ia digunakan bagi tujuan itu atau pun sebaliknya.

Kedua, persatuan itu juga hendaklah memohon permit polis bagi mengadakan perhimpunan sedemikian. Penulis  fikir ini sepatutnya tidak menjadi masalah dengan syarat stadium yang hendak digunakan sesuai dengan jumlah kehadiran yang dijangkakan. Penulis difahamkan Bersih bercadang untuk membawa sekitar 80,000 orang penyokong ke perhimpunan itu. Sekiranya itulah jumlah, maka hanya ada dua saja stadium yang sesuai iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, atau pun Stadium Shah Alam. Selain itu, penulis tidak lihat ada stadium lain yang sesuai bagi menampung jumlah penyokong yang ramai dan kemudahan tempat meletak kereta yang mencukupi.

Maka, apabila kedua-dua perkara itu dilakukan, maka berhimpun dan bersyarahlah sepuas hati. Selagi apa yang disyarahkan itu tidak melanggar undang-undang negara, maka biarkanlah. Kalau ada yang bersifat hasutan atau boleh menimbulkan ancaman keselamatan, maka pihak berkuasa hendaklah bertindak tegas.

Nasihat penulis ialah ikutilah undang-undang negara, bekerjasamalah dengan pihak polis dalam mengatur perhimpunan ini dan ikut arahan pihak berkuasa (termasuk PBT). Usah keras kepala dan merasakan diri mengatasi undang-undang. Sesiapa yang melanggar undang-undang ini, disumbat ke dalam penjara. Negara berdaulat, ada undang-undang. Kalau tak suka undang-undang ini, buatlah pindaan di Parlimen. Selagi ada undang-undang, patuh.


Friday, July 1, 2011

Kisah Salah Seorang Orang Kuat Bersih 2.0 Bah 2

WAJIB BACA!! Terbongkar Sudah…. Anwar Ibrahim Sebenarnya Dalang Kes Khalwat Mat Sabu – Norma Di Hotel Perdana…??

Pada tanggal 31 Januari 1995, sekitar jam 2.40 pagi, Mat Sabu check in di Hotel Perdana ...Kota Bharu, bilik bernombor 121.
Selepas itu, pada jam 9.00 pagi, datang seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor bersama seorang lagi anggota polis meminta receptionist hotel menyerahkan senarai nama nama hotel guest yang telah check in.

Tindak tanduk pegawai polis tersebut dikira biasa seandainya mereka sudah mendapat sebarang maklumat [insider information] untuk bertindak terhadap seseorang!
Tidak lama selepas itu, muncul seorang wanita dalam lingkungan usia 30an dipercayai Norma, bertudung dengan memakai seluar berwarna hitam dan blouse masuk ke bilik 121 tempat Mat Sabu menginap….
 
Menurut penjelasan Mat Sabu selepas dicekup, pada waktu berlakunya kejadian, beliau telah tertinggal ubat dirumah salah seorang sahabatnya. Maka inilah alasan yang digunakan untuk justifikasikan kenapa Norma perlu datang ke bilik 121 untuk menghantarkan ubatnya yang “tertinggal..”
Tetapi persoalannya…, kenapakah Norma perlu pergi ke bilik 121 seorang diri..?
Tidakkah lebih wajar sekiranya Norma tinggalkan sahaja ubat itu di kaunter Receptionist atau pun Norma menggunakan In House Hotel Telephone minta Mat Sabu turun untuk mengambil ubatnya itu..?
 
Ketika serbuan dibuat oleh pihak polis, media, dan 7 orang pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan [JAHEIK], pintu bilik 121 diketuk tetapi hanya berjaya dibuka selepas 20 minit…! Apabila pintu dibuka, Mat Sabu hanya memakai tuala mandi berwarna hijau, Norma tidak memakai tudung dan keadaan katil didalam bilik itu agak berselerak….

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz menyatakan bahawa ini semua adalah perangkap yang dikenakan kepada Mat Sabu oleh seseorang yang sangat berpengaruh kerana sewaktu serbuan dibuat sudah ada krew TV3 dan Nik Aziz mempersoalkan bagaimana boleh krew TV3 itu turut sama dalam notis yang singkat..?

Mengikut rekod, apabila kes ini bawa ke Mahkamah Syariah Kota Bharu, ianya telah digugurkan atas sebab sebab teknikal…, kenyataan bercanggah oleh beberapa saksi JAHEIK mengenai nombor bilik hotel!
Dalam benak kepada Mat Sabu ketika itu beliau rasakan orang yang bertanggungjawab untuk aksi beliau ditangkap berkhalwat adalah Anwar Ibrahim….
 
Itulah sebabnya pada tahun 1997, Mat Sabu adalah diantara pemimpin PAS yang paling awal pergi ke pejabat Ummi Hafilda setelah tersebarnya kisah “Surat Ummi kepada Tun Mahathir” melaporkan mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim.
Malah sewaktu Mat Sabu bersama pemimpin PAS yang lain bertemu di pejabat Ummi di Danau Kota, Azizan juga turut sama hadir. Menurut cerita Ummi, pada waktu itu, Azizan telah melafazkan Sumpah Laknat….
 
Mat Sabu yakin dan percaya tingkah laku sebenar Anwar dan beliau telah menggunakan pertemuan di pejabat Ummi sebagai modal untuknya berceramah, malah ketika itulah Mat Sabu adalah satu satunya pemimpin PAS yang menggelar Anwar sebagai ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi…!! "
Keyakinan Mat Sabu terhadap salah laku seks Anwar turut dinyatakan olehnya sewaktu ditemuramah oleh Ahmad Lutfi Othman pada 14 Jun 1998 di pejabat Majalah TAMADDUN. [Lutfi adalah bekas Editor Majalah TAMADDUN, beliau sekarang adalah Editor-In-Chief HARAKAH].
 
Nah…, lihatlah sendiri! Betapa indahnya dunia dan sandiwara politik, bersungguh sungguh Mat Sabu ketika itu kunuuunnya mahu mencari kebenaran mengenai kelakuan sebenar Anwar… Malah boleh kita tafsirkan bahawa kesungguhan itu natijah daripada “dendam kesumat” Mat Sabu terhadap Anwar!
Sudah pasti Mat Sabu tidak akan memaafkan Anwar kerana kehadiran krew TV3 sewaktu serbuan di Hotel Perdana Kota Bharu memang wajar untuk dikaitkan dengan penguasaan "kerja tangan ghaib" Anwar. Pada zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sudah boleh dilihat penguasaan Anwar terhadap media tanahair khususnya TV3!
Mat Sabu pernah menyuarakan kebimbangan terhadap penonjolan Anwar yang beliau sifatkan lebih merbahaya dari Tun Mahathir mengikut telahan perspektif seorang musuh politik…!
 
Anwar’s viciousness was described by Mat Sabu as follows:
"We must not forget when wanting to topple Ghafar Baba, Quek Leng Chan and several other millionaires played their hands to bankroll the acquisition of NST and TV3 shares." "To me, although Anwar had yet to gain full control, he had already displayed his talent at being more 'ruthless' than the Prime Minister…we know how his children and relatives were involved in nepotism."
 
"Anwar’s public image was coddled by the media, who in turn was controlled by the number two (Anwar Ibrahim). It happened that at one time, if we were to watch TV3, sometimes the news on the Prime Minister was placed fourth in the bulletin’s running order, while that of the DPM was main story and headlined…...."
 
Malah, Mat Sabu pernah menyatakan beliau tidak yakin bahawa Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri yang baik..!
Menurut Mat Sabu, beliau percaya Anwar adalah manusia jenis yang sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan peribadinya…
Mat Sabu juga turut meramalkan, seandainya Anwar menjadi Perdana Menteri, mimbar Masjid Negara akan digunakan untuknya membaca khutbah agar seluruh negara akan mengatakan "Anwar adalah PM yang pertama membaca khutbah Jumaat...."


sumber : Medan Info Kita