Friday, December 9, 2011

FITNAH!!! : Milo Suam Kata UMNO PP Hadiahkan Tahi Manusia

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Seorang blogger bangang Pakatan Rakyat, MILOSUAM telah MENFITNAH UMNO Negeri Pulau Pinang dengan menulis dalam blognya menyatakan bahawa UMNO PP telah menghadiahkan TAHI MANUSIA kepada warga kerja Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Ini lah kerja puak PAKATAN RAKYAT walaupun dengan sesuka hati melabelkan UMNO dan BN dengan perkataan 'HARAMJADAH' namum sekarang terbukti siapa yang sebenarnya 'HARAMJADAH'!!!! Si Mamu Ghani tu tidak mewakili UMNO malah tidak pernah mewakili UMNO di dalam setiap tindakan yang beliau ambil. Beliau hanya mewakili Persatuan Perniaga KOMTAR dan juga beberapa buah NGO di sekitar Pulau Mutiara ini. 


Malah barangan yang dihantar hanya merupakan replika najis manusia dan juga kek hari lahir bersempena dengan ulang tahun Ketua Menteri lidah bercabang Lim Guan Eng.... Kek tu tak pula MILOSUAM cerita dalam blog dia plak. PAKATAN RAKYAT sudah tiada isu yang nak dibangkitkan. Rakyat Pulau Pinang sudah muak dengan Kerajaan Negeri dan hanya menunggu masa untuk menTALKINkan Kerajaan DAP ini.


Sila lihat posting blogger bangang ini di http://milosuam.blogspot.com/2011/12/umno-penang-hadiahkan-tahi-manusia.html.  Menentang dengan fakta KONON!!!! Tukar la.... MENENTANG DENGAN AUTA : MILOSUAM....


Pendekar Siber : LGE pun dok kalut kempen kenapa BN harus dinafikan majoriti 2/3 dan perlu dihalang dari merampas kembali Kerajaan Negeri Pulau Pinang.... dah mula kalut dah mangkok ayun ni.... bodo punya olang...

Wednesday, December 7, 2011

LAGI PANAS!!! Bahagian Akhir : Lagi Bukti BN Boleh Rampas Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, sambungan dari posting terdahulu.


Harapan orang Melayu


Orang Melayu Pulau Pinang mengharapkan sebuah Kerajaan Negeri yang membela nasib dan masa depan orang Melayu dengan lebih mendekati mereka dan prihatin atas segala masalah mereka. Orang Melayu Pulau Pinang juga mahukan bantuan secara terus kerana mereka tidak suka kepada persaingan. Jika boleh salurkan bantuan secara terus bukan berlumba-lumba dengan bangsa lain. Di samping itu, mereka juga mahukan bantuan "one off" dalam bentuk tunai dan keperluan harian kerana itu lebih menyebabkan mereka yakin kepada kepimpinan kerajaan Negeri. Dan Orang Melayu Pulau Pinang mahukan agar kerajaan Negeri tidak bersikap "bias" dan mengamalkan diskriminasi dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan serta mahukan tokoh atau calon yang boleh duduk bersembang, turun ke bawah "down to earth" dan boleh sedia mendengar segala keluhan dan masalah mereka.


Pemimpin UMNO dilihat memilik kualiti yang diperlukan oleh Orang Melayu Pulau Pinang berbanding dengan parti-parti kompenen lain dalam Barisan Nasional dan juga Kerajaan Negeri DAP (Cina). Namun usaha ini perlu konsisten dan tidak hanya tertumpu pada musim pilihanraya sahaja kerana pengundi sudah semakin bijak menilai dan berani memilih mana-mana parti atau menolak mana-mana parti berdasarkan pemerhatian mereka.


*Laporan "Kajian persepsi dan tanggapan pengundi Melayu terhadap Kerajaan Negeri PR DAP Pulau Pinang" ini disediakan oleh Panel Penyelidikan ILHAM CENTRE. Kajian ini dijalankan pada 7 hingga 9 Oktober 2011, ke atas 720 responden pengundi Melayu berdaftar, meliputi semua daerah mengundi/UPU Parlimen N41: Kepala Batas, N42: Tasek Gelugor & DUN N38: Bayan Lepas.*


Pendekar Siber : Harap-harap pemimpin UMNO PP tidak tidoq lena dan terus bersedia mengambil kesempatan yang terhidang ini bagi membukti bahawa BN benar-benar membela nasib Orang Melayu Pulau Pinang.

Sunday, December 4, 2011

Gambar Banjir Teruk Di Bandar Kajang





KAJANG – Kegiatan sindiket mengorek pasir secara haram dan pembangunan tidak terancang dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada banjir kilat luar biasa yang berlaku di bandar Kajang kelmarin.


Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara, Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, kedua-dua faktor itu mempercepatkan berlakunya banjir selain faktor hujan lebat.


“Pembangunan dan aktiviti manusia (korek pasir) boleh menjejaskan sistem pengaliran air dan bahan-bahan konkrit seperti jalan dan bangunan akan menyebabkan berlaku gangguan aliran sungai seterusnya mempercepatkan banjir,” ujarnya ketika dihubungi semalam.








Pendekar Siber : Siapa yang korek pasir di Selangor sekarang?!!!!....

Thursday, December 1, 2011

LAGI PANAS!!! : Kisah Dari Salah Seorang Ahli Skuad Bolasepak Harimau Muda

Shida Harmi Nafi, Akan Saman Dalang Fitnah


KUALA LUMPUR – Gadis yang dikaitkan sebagai kekasih gelap Apex, Shida Harmi, tampil membuat penafian berhubung dakwaan bahawa dia bertanggungjawab menyebarkan gambar mesra dirinya dan penjaga gol skuad Harimau Muda itu baru-baru ini.

Selain itu, Shida turut menegaskan bahawa dia dan ibubapanya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dalang yang menyebarkan fitnah tersebut sekiranya keadaan bertambah parah memburukkan dirinya dan Apex.

“Bukan saya yang hantar gambar tu dan bukan dari Apex..datang dari pihak ketiga.

“Buat apa saya nak menjatuhkan Apex sedangkan kami masih berkawan? Kalau saya nak jatuhkan Apex dari dulu lagi saya boleh buat.

“Yang buat tu adalah kawan rapat Apex dulu..yang ada menyimpan barang-barang peribadi Apex..

“Maybe akan ambil tindakan selanjutnya lah, sama ada akan saman pihak terbabit atau kitorang akan bawa ke tengah la perkara ni,” kata Shida ketika di wawancara oleh pemilik laman blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, di sini hari ini.

Menurut Shida lagi, dia memohon maaf atas ketelanjurannya bergambar dengan posisi yang agak kontroversi sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap Apex dan dirinya.

“Saya ingin meminta maaf dengan keadaan gambar-gambar saya dengan Apex dan saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa gambar tersebut tidak datang dari saya ataupun dari Apex sendiri,” katanya lagi.

Gambar-gambar Shida Harmi dan Apex telah dikirimkan kepada blog-blog hiburan terkenal oleh seseorang yang menggunakan nama samaran ‘Nurul Hidayah’ bersama dua ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang kononnya mengugut penjaga gol skuad Harimau Muda itu untuk mendedahkan perilaku buruknya di khalayak ramai.

Ekoran itu, Apex dan Shida Harmi dikecam beberapa pihak yang terpengaruh dengan sebaran palsu tersebut dan menimbulkan spekulasi nakal yang menjejaskan nama baik mereka.


Pendekar Siber : Semoga kisah ini tidak mengganggu persiapan skuad Harimau Muda...