Tuesday, March 13, 2012

Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?

ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu. Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini.


Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi? Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Melayu nanti? Penulis lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu kini makin kritikal.


Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara. Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.


Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa.


Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan. Penulis bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina.


Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih, mereka terus kaya dan berkuasa. Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi 'kouta khas' bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali.


Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?


Pendekar Siber : Melayu merintih di bumi sendiri - Lagu Warisan...

Tuesday, March 6, 2012

LAGI HANGAT : NGO YANG MENYOKONG PKR...






Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibayar oleh Amerika Syarikat (AS), bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang dilihat tidak sebulu dengan kehendak mereka.


Menurut Dr Mahathir, tindakan AS di Asia Barat jelas menunjukkan bukti bahawa kuasa barat berkenaan sedang berusaha untuk menukar pemerintahan pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka, dan melantik individu lain bagi membolehkan AS memperalatkan negara berkenaan.


"Campurtangan AS dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia.


NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika," katanya merujuk kepada penangkapan 10 rakyat AS di Mesir yang dipercayai ahli daripada beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada Mesir.


Di antara mereka yang ditangkap adalah ahli kepada National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI) dan Freedom House, dan kesemua mereka menurut Newsweek telah “memperolehi dana daripada AS”.


"Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat).


Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan "regime change" supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat," katanya di dalam blog "Chedet".


Jelas Dr Mahathir lagi, apabila Anwar mula berkuasa sebagai perdana menteri, segala tuntutan NGO berkenaaan akan dihalalkan dan berkemungkinan juga Ketua Umum PKR itu akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.


"Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, AS tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu," katanya lagi.


Tambah beliau, rakyat seharusnya bertindak bijak dengan menolak mana-mana pihak yang ditaja AS bagi mengelakkan negara dikongkong dan dijajah oleh mereka yang cuba menukar kerajaan secara haram.


"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?" soalnya dan menambah terpulng kepada rakyat untuk membuat pilihan.


"Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel), sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat, tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar kerajaan," katanya dalam entri blognya yang bertajuk "Peperangan Mesir Melawan NGO".


Pendekar Siber : Kita wajar menolak sebarang campur tangan asing ke atas negara kita ini...

HANGAT : Kisah Benar Dari Ibupejabat PKR...

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,


Ibupejabat PKR semalam senyap sunyi bila menerima panggilan telefon daripada ISLAMABAD. Di kalangan pegawai tertinggi ibupejabat, penjawat jawatan parti diminta masuk ke dalam meeting dan mendengar beberapa arahan terbaru langsung dari Pakistan. Sebelum itu, Anwar memberikan sedikit gambaran tentang apa yang berlaku di sana, apa yang telah dicakap, siapa yang telah ditemui – dan semua ini perlu di spin oleh kalangan penggerak sosial media PKR. Nik Nazmi tunduk dan membuat catatan


Selepas itu, Anwar menyebutkan tentang beberapa perkara.


1. Tindakan cubaan menyuap pihak hotel di Kuantan disentuh oleh Anwar dengan panjang lebar. Pihak ibupejabat sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak membuat tawaran secara terbuka begitu. Kita tidak tahu siapa musuh yang berada di kalangan pekerja hotel.


2. Arahan Anwar agar PKR Pahang melakukan usaha ‘damage control’ di kawasan sekitar Kuantan. Kejayaan Himpunan Hijau sedikit sebanyak terganggu oleh insiden Ustaz Badrul Amin. Ini kita kena akui, kata Anwar.


3. Jangan ulang kesilapan bodoh – salah bangunan di Singapura (kes NFC). Dalam pada kita mencari kelemahan dan penipuan orang, jangan membuka pekung dan masalah sendiri. Pastikan info. Selidik maklumat. Semua mesti ‘water-tight’. Jangan main serkap jarang. Rafizi tunduk dan mohon maaf melalui talian. Nyatakan bahawa dia menerima email oleh seorang rakan di PAP mengenai perkara itu. Sewajarnyanya double check info sebelum membuat sidang akhbar. Anwar sangat tegas bab ini. Integriti kes NFC tidak boleh diambil sambil lewa. Ini BULLET utama PKR untuk pilihanraya, tegas Anwar.


4. Saifuddin Nasution – rujuk dan check semula tarikh surat Tun kepada Israel. Selidik secara terperinci. Bandingkan dengan dokumen yang kita ada. Apakah benar isi surat seperti yang telah ditulis oleh Tun.


5. Saifuddin Nasution – atur mesyuarat bersama Phahrolazi (Kedah) dan beberapa orang lain di dalam PAS Kedah. Tertutup. Anwar mahu memainkan peranan membantu menyelesaikan masalah dalam PAS Kedah. Sekadar menjalankan permintaan TG Nik Aziz.


6. Minta ABIM buat kenyataan mengenai politik ganas UMNO/BN.


Talian dihentikan. Semua bersurai kecuali Nik Nazmi, Rafizi, Radin dan Saifuddin. Tak tahu apa yang dibincangkan. Nada yang digunakan Anwar memang tinggi dan sangat kecewa.


Sumber : http://gelagatanwar.wordpress.com/


Pendekar Siber : Al-Juburie sudah makin terdesak dan mula main politik kotor demi kelangsungan politik dia...

Monday, March 5, 2012

Permainan Baru Pakatan Rakyat : Menyamakan Asia Rare Earth Dengan Lynas...

TUN Dr. Mahathir pernah membuat kejutan pada awal 2011 apabila menolak cadangan pembinaan kilang Lynas di Malaysia.  Menurut Tun Mahathir, negara pernah mempunyai pengalaman buruk untuk melupuskan sisa radioaktif yang dihasilkan lombong bijih timah Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak.Penyudahannya, kesemua sisa radioaktif tersebut terpaksa ditanam mengikut prosedur tertentu bagi mengelakkannya menjejaskan masyarakat setempat.


Kesempatan dari kenyataan Tun Mahathir itu digunakan sepenuhnya oleh parti pembangkang yang mendalangi NGO-NGO yang ditubuhkan untuk menentang pembinaan kilang Lynas bagi menguatkan hujah kenapa kilang tersebut tidak boleh dibina di Malaysia.
Disini pun sudah jelas hipkorit pembangkang, lupalah mereka dulu juga yang galak mengutuk Tun Mahathir  dengan pelbagai macam gelaran, tapi bila ada kenyataan beliau yang boleh digunakan untuk menyokong fitnah mereka mengenai Lynas ini, mereka tidak segan silu untuk menggunakannya.  Malah penulis berani mengatakan, kalau tidak kerana Tun Mahathir buka mulut mengenai soal ARE, sampai ke sudah tidak akan ada sesiapa pun yang tahu mengenainya.


Bagaimanapun, lidah puak-puak pembangkang yang ligat memutar kenyataan Tun Mahathir mengenai ARE itu, kembali membelit ke dalam setelah Tun Mahathir menarik semula kenyataan awalnya itu dan memberi sokongan kepada pembinaan kilang Lynas.  Untuk menutup malu, pihak pembangkang mengaitkan perubahan pendirian ini dengan jawatan anak lelaki bongsu beliau, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri MITI (yang bertanggungjawab menguruskan kemasukan pelaburan asing, tidak terkecuali Lynas).
Sebetulnya Tun Mahathir telah diberikan taklimat dari agensi-agensi berkaitan yang mengesahkan bahawa kilang Lynas menggunakan bahan mentah yang jauh berbeza dari yang digunakan oleh ARE yang menyebabkan pencemaran radioaktif itu.  Monazit yang digunakan ARE mengandungi kesan radioaktif yang jauh lebih tinggi (37 kali) dari bahan mentah (bukan Monazit) yang digunakan Lynas. Sisa-sisa yang dihasilkan ARE juga adalah 60 kali lebih tinggi kesan radiasinya dibandingkan dengan Lynas.


Itu menunjukkan kilang Lynas tidak menghasilkan kesan bahaya yang sama dengan ARE yang menjadi punca bantahan awal Tun Dr. Mahathir terhadap Lynas.  Tun Mahathir juga seperti manusia biasa yang lain, boleh terkhilaf dalam membuat kenyataan tapi yang membezakan beliau dengan pembangkang ialah keberanian beliau menarik semula kenyataan itu setelah menerima penerangan yang sepatutnya.


Penduduk Gebeng dan Balok yang penulis temui juga pernah menyatakan kehairanan mereka kenapa tapak kilang Lynas itu perlu ditambak sebelum pembinaan bermula.  Menurut mereka, tanah tapak kilang tersebut bukannya tapak paya atau laut sehingga perlu ditambak.  Tapi setelah diterangkan oleh pihak pengurusan Lynas yang tujuan penambakan itu adalah bagi membolehkan kilang Lynas didirikan lebih tinggi dari punca mata air (2m) untuk mengelak risiko pencemaran, barulah penduduk tersebut faham.


Fakta ini membuktikan bahawa kilang Lynas mengambil langkah-langkah keselamatan yang jauh lebih tinggi dari standard biasa yang digunapakai dalam kod pembinaan di negara ini.  Semuanya demi memastikan keselamatan rakyat akan lebih terjamin walaupun langkah dan peraturan sedia ada sudah memadai. Jelasnya kilang Lynas tidak mengancam kesihatan sesiapa kerana langkah-langkah sewajarnya telah diambil bagi memastikan rakyat dilindungi dari bahaya radiasi yang sebenarnya tidak wujud pun.  Ia hanya wujud dalam imaginasi pembangkang demi memastikan agenda pihak asing yang membiayai kempen ini berjaya.


Justeru rakyat Gebeng, Balok dan Kuantan seharusnya menjarakkan diri dari  menghadiri perhimpunan Himpunan Hijau 2.0 ini kerana sudah jelas kilang L ynas tidak ada risiko kesihata akibat radioaktif yang dihebahkan pembangkang.  Tajuk Himpunan Hijau 2.0 itu hanyalah sebagai daya penarik sahaja,  tujuan sebenarnya ialah untuk mengutuk kerajaan Barisan Nasional.


Sumber : http://mynewshub.my/2012/02/23/lynas-berbeza-dengan-asian-rare-earth-are/


Pendekar Siber : Pakatan Rakyat serupa Pakatan Haramjadah. Dah tadak isu depa nak tibai Barisan Nasional... Bodo piang!!!....