Thursday, May 10, 2012

PANAS : Lagi Kisah Tentang Nurul Izzah...




Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Apa yang wajar kita berikan perhatian adalah KOMITMEN Nurul Izzah mengenai reform dan perubahan. Memang komited. Kesungguhan Izzah ini kita nampak jelas sehingga dia sendiri mengakui bahawa peranan Anwar sewaktu dalam kerajaan adalah BEBAN POLITIK kepada Pakatan Rakyat. Izzah akui ini. Izzah terpaksa menerima hakikat, tidak mudah untuk Pakatan Rakyat untuk WHITEWASH (cuci) segala masalah dan penipuan yang Anwar buat sewaktu dalam kerajaan.


Bagi mereka yang lahir di bawah zaman Mahathir-Anwar; pasti maklum bahawa Anwar bukanlah seorang HIGH PERFORMANCE MINISTER. Tidak. Dia High Performance dalam bidang lain. Dalam bidang yang tidak memerlukan kebijaksanaan akal dan pemikiran.


Nurul Izzah mengakui bahawa Pakatan Rakyat terpaksa membawa sama BEBAN POLITIK kerana Anwar yang tidak perform semasa dalam kerajaan. Ini adalah fakta yang disampaikan sendiri oleh Izzah di dalam wacana tersebut.


Banyak benda menyaksikan Anwar tidak melaksanakan amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan seperti yang selalu diungkap oleh Anwar di dalam ceramah dan sebagainya.


Agaknya, Nurul Izzah sempat membaca buku ‘Notes to the Prime Minister’ karangan TS Nor Yakcop yang secara jelas mengatakan Anwar tidak kompeten dan salah menasihati Perdana Menteri dalam banyak perkara. Jangan kita lupa, TS Nor diarah oleh Jabatan Perdana Menteri untuk terbang ke Buenos Aires, Argentina bagi menerangkan kepada Tun Mahathir mengenai kesilapan Anwar yang terlalu menjadi hamba kepada Washinton Consensus.


Bagus dan amat bijak buat Izzah mengakui perkara yang begini. Tidak guna Izzah mempertahan Anwar yang diakui sebagai pengkhianat Negara kerana tunduk kepada desakan IMF dalam mengurus krisis ekonomi. Izzah pasti boleh pergi jauh jika sanggup keluar daripada BAYANG Anwar yang buruk dan gelap.


Yang pasti, untuk Izzah mempunyai keberanian mengakui perkara ini, bahawa ANWAR adalah BEBAN kepada Pakatan Rakyat wajar dipuji.


Pendekar Siber : Baik hang pencen ja dari dunia politik dan luangkan masa dengan keluarga serta anak-anak.

Lepas Azmin,Giliran Nurul Izzah Bakal Didedahkan?...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Dunia politik tahahair sekali digegarkan dengan pendedahan salahlaku seorang ahli politik iaitu YB Nurul Izzah Anwar. Pendedahan awal oleh beberapa orang blogger tersohor ini bakal menceritakan kisah yang berlaku sebelum beliau melangsungkan perkahwinan beliau lagi.


Sekiranya pendedahan ini benar, maka layaklah beliau disamakan dengan bapa beliau yang memang sudah terkenal dengan skandal sex, rasuah dan salahguna kuasa. Para blogger telah bersetuju untuk mendedahkan skandal ini sejurusnya selepas terbubarnya parlimen bagi tujuan PRU13.


Persoalannya sekarang adakah UMNO akan terus dipersalahkan dengan pendedahan skandal ini? Atau skandal ini adalah berpunca dari pihak PKR?... Kita tunggu pendedahan dari para blogger selepas ini...


Pendekar Siner : Bapak Borek, Anak Rintik?... Kita tunggu dan lihat nanti....

Wednesday, May 9, 2012

SKANDAL SEKS AZMIN, UMMI HAFILDA YAKIN 99.9% ITU IMEJ ABANGNYA!


Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.


Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya. “Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.


Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.


Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat. Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.


Ummi berkata, Azmin telah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.


Azmin yang juga Anggota Parlimen kawasan Gombak, dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata, imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang pilihan raya umum ke-13,


Pendekar Siber : Azmin mesti saman Ummi Hafilda jika itu tidak benar...

Monday, May 7, 2012

Ketibaan Bapa Segala Konspirasi Yahudi Di Bumi Malaysia

Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur. 

Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.

Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan.

Goldman Sachs adalah individu yang disyaki menaja perang Israel-Palestin pada 2008 lalu. Kesemua konspirasi-konspirasi teoris barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, Jeff Rinse dan lain-lain bersetuju sebulat suara bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agennya Goldman Sachs Group. Kini bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC).

Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd. Mengatakan,

“It’s good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market.”

Pendekar Siber : Kerajaan Malaysia perlu lebih berhati-hati kerana penyokong  kuat Anwar Ibrahim telah mula menapak di bumi Malaysia ini.




Saturday, May 5, 2012

Kisah Sebenar Sebalik Gambar Sex Mirip Azmin Ali




Anwar memang terkenal tegas dengan keputusan. Memandangkan banyak serangan peribadi yang dikenakan kepada Azmin, banyak undangan ceramah Pasca Bersih 3.0 diserahkan kepada individu lain. Malahan, satu program ceramah besar-besaran bersama PAS dan DAP di Kelantan juga, nama Azmin digugurkan daripada senarai penceramah.


Anwar mahu Azmin diam, dan berfikir tentang strategi menangani fitnah. Untuk Azmin Ali, kira-kiranya ini FITNAH 3.0 jugalah. Fitnah pertama kononnya, Shamsidar dijadikan modal Azmin untuk dekat dengan Anwar. Fitnah 2.0 – kedudukan DNA anak sulung Azmin. Dan kali ini, kena pula dengan rakaman peribadi. Aduhai.


Nampaknya, hayat politik Azmin di dalam PKR semakin mendatangkan cemburu di kalangan rakan-rakan pimpinan. Stail Azmin memang keras. Tegas. Macho. Tetapi apabila terkena tempias dengan pelbagai isu, nampaknya Azmin juga ‘crack’ dan mula menyendiri. Malahan, ada kalangan rakan rapat yang mengatakan Azmin sudah mula menjadi penagih tegar ‘anti depression’. Rakan-rakan PKR harap Azmin pandailah jaga diri. Jangan terlalu tertekan. Ini perkara biasa dalam politik. Azmin pun tahu game ini.


Menyerang Azmin adalah juga menyerang ‘nerve centre’ kepada PKR. Azmin memang mempunyai clout dalam banyak perkara di dalam PKR. Hutang piutang HQ, pengurusan parti, rayuan derma Cabang dan ranting, peruntukan kewangan peribadi Anwar – semuanya memang di dalam pengetahuan Azmin. Semua ini hanya melahirkan rasa cemburu yang bukan sedikit oleh rakan-rakan dalam PKR. Mereka anggap Azmin sebagai penasihat Anwar nombor wahid – sekaligus musuh utama kepada ramai Ketua Cabang.


Sejak kes peribadi Azmin tersebar; ramai Ketua Cabang yang dahulunya bersama Azmin – sudah meratap hiba, memujuk hati MB Selangor. Dengan dana Selangorku yang masih banyak, Ketua Cabang melihat MB adalah punca kuasa baru di dalam PKR. Secara perlahan, Azmin sendiri maklum dan faham bahawa dia semakin keseorangan dalam berhadapan dengan ‘gambar intim’nya dengan wanita muda. Azmin bernasib baik jika Pak Sheikh mahu mempertahankannya. Kalau tidak, Gandingan Khalid-Zaid Ibrahim akan melanyak Azmin sepuasnya.


Pendekar Siber : Good luck bro! Lu senang…lupa kawan-kawan. Sekarang, lu tengok siapa kawan lu.

Friday, May 4, 2012

Al-Fatihah....


KOTA DAMANSARA : Pelakon dan pelawak terkenal, Husni Mohd Rawi @ Bob Kuman telah meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara jam 4.38 petang 3 Mei 2012. Kematian artis komedi terbabit telah disahkan oleh jururawat peribadi yang menjaganya sejak 15 April lalu.

Jenazah Bob dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara sebelum dibawa ke rumah keluarga arwah di 1769 Kampung Sega Tengah 71200 Rantau, Negeri Sembilan.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sega Tengah jam 10.00 pagi tadi.

Al-Fatihah…

Wednesday, May 2, 2012

Anwar Beri ‘A+’ Kepada Ambiga


Dalam mesyuarat post mortem PKR di rumah Anwar semalam, Anwar tidak habis-habis tersenyum. Anwar sangat gembira dengan apa yang telah berlaku sepanjang Bersih 3.0. ‘Good momentum’. Kata Anwar. Sekarang ini, arahan Anwar adalah sangat mudah – ‘sustain the issue’ until election. Agenda sustaining ini memang kepakaran kumpulan komunikasi Anwar. Tengok bagaimana mereka serang NFC secara mingguan. Akhirannya, melingkup.
Sekarang ini, agenda penting komunikasi PKR adalah memastikan POST BERSIH 3.0 akan menyediakan momentum yang lebih baik kepada PKR. Soal keganasan memang diakui akan ‘menganggu sedikit’ kepada usaha menarik undi. Tapi fokus akan ditumpukan kepada keganasan Polis dan penipuan pilihanraya.
Anwar sudahpun bertanya kepada Azmin mengenai kerusi selamat yang boleh ditandingi oleh Ambiga. Azmin tidak ada jawapan, kecuali mengatakan ianya mestilah urban seat. Selangor dan Wilayah akan menjadi tumpuan. Secara keseluruhannya, Anwar berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Ambiga. Jumlah yang ramai sekaligus memberikan bukti bahawa rakyat sudah bersedia untuk menukar kerajaan.
Apa game-plan POST BERSIH 3.0?
Melambat-lambatkan usaha SURUHANJAYA untuk mengkaji Bersih. Anwar memang mahu ianya dilaksanakan secara perlahan, bagi memastikan bahan untuk PRU akan sentiasa panas dan laku di kalangan pengundi;
Ambiga perlu menyesuaikan kenyataan akhbarnya selepas ini dengan pimpinan parti Pakatan Rakyat (PR). Kenyataan Ambiga hari ini jadi bukti – ianya selari dengan kenyataan Lim Kit Siang;
Fokus kepada keganasan Polis dan wartawan yang dipukul; Pengumpulan footage keganasan Polis akan diusahakan oleh The Malaysian Insider – kelolaan Jahabar Sadiq; PAS akan fokus kepada SPR (beri tempoh 30 hari untuk Pengerusi dan Timb Pengerusi SPR meletakkan jawatan); AMK akan tumpu kepada siri ceramah POST-BERSIH 3.0.
Serangan terhadap MDN diperkuatkan;

Pengumpulan bukti Polis terlibat sebagai pencetus huru hara sedang disiapkan; Video youtube mengenai Bersih akan dilakukan oleh DAP (melalui sebuah syarikat bernama Evybody); Dana tambahan untuk serangan media akan diusahakan melalui dana Selangorku Bersih. RM1.2 juta boleh diusahakan. Anwar akan bercakap dengan MB Selangor. Semua platform media baru akan digunakan untuk menyerang kerajaan.
Sementara Anwar beri ‘A+’ kepada Ambiga; apa markah kita nak beri kepada Menteri Dalam Negeri?
Anda berikan markah…