Thursday, October 21, 2010

Melayu hilang kuasa...

Ada segelintir melayu akan tersenyum sinis..
Ada segelintir melayu akan berkata..ishh tak mungkin, kita masih kuat..
Ada segelintir melayu akan berkata..haaa padan muka..ni semua salah UMNO
Ada segelintir melayu akan berkata..mujur aku bukan melayu, aku ni bangsa Islam!!
Ada segelintir melayu akan berkata..ahhh tu usaha trdesak Tun M utk dapatkan kembali sokongan org2 Melayu pada UMNO.

Melayu..ramai dah selesa!! dan tak ramai yg peka ngan keadaan sekeliling..lagi pun ramai yg makan gaji, baginya apa2 yg berlaku tidak ubah apa2 pun akan kehidupannya ( dia rasa).

PAS sebelum ni cuba meyakinkan yg PAS akan terus membela melayu dan tetap memelihara hak2 keistimewaan org2 Melayu..UMNO lah yg telah rosakkan Melayu. PKR dan DAP juga cuba memahamkan salah faham melayu pada hak2 keistimewaan dan perlembagaan..yg mana salah faham ni adalah brpunca dari UMNO.

Tun M yg telah banyak jasanya dan yg begitu luas pengalamannya tentang segala rentak dan tari politik tanah air, lebih mengenali DAP, MCA, GERAKAN..telah suarakan kerisauannya.
Adalah satu kesilapan dan kebodohan kita, tidak ambilnya sebagai satu nasihat dan panduan..

Pada aku, walaupun Tun M tidak brkata apa2 pun..apa yg berlaku sekarang ni begitu jelas dan terang.

Melayu bukannya akan hilang kuasa bila pembangkang memerintah..tapi SEKARANG ni pun melayu dah mula luntur kuasanya walaupun UMNO menerajui tampuk pemerintahan!! Berkuasa tapi tak berkuasa!!

Kenakalan, kebongkakan, kedegilan, pempin2 pembangkang memperkotak-katikkan, mempermain2kan, menjadikan gurau senda akan sistem pentadbiran, kata2 PM, pihak2 berkuasa spt PDRM, SPRM, SPR, tentera, sultan2 dan yg diPertuan Agong, perlembagaan,agama..walaupun amaran demi amaran diberi dan diperingatkan..mereka tahu semua amaran2 tu kosong dan tidak bertenaga dan tiada "roh"nya.

KDN, majlis2 agama, mahkamah, PDRM, SPRM, SPR menjadi takut2 dan terlalu brhati2..seolah2 benar apa yg digambarkan oleh pempin2 pembangkang!! rakyat jadi bertambah benci dan marah atas sikap kementerian dan badan2 trsebut.
Tiada apa2 tindakan atau tindakan "manja" dan penuh "kasih sayang" badan2 ni juga membuatkan rakyat bertambah meluat..TIADA KETEGASAN, TIADA KEDAULATAN UNDANG2 LAGI!!
Sikap "lembut" ni juga mengambarkan seolah2 badan ni membenarkan segala tohmahan yg telah dilemparkan kepada mereka!!

Ataupun..bukan kerana "berlembut", "berhati2"..tapi kemungkinan badan2 ni juga mungkin telah dikuasai dan dikongkong oleh pempin2 pembangkang!! Mereka akan terus sabotaj yg mana usaha ni akan terus melemahkan kerajaan dan imej kerajaan akan terus mencalar..Imej kerajaan ni adalah lemah dan tidak layak dan tak mampu lagi memerintah negara ni akan diyakini oleh rakyat!!

Lihat bagaimana "tegas"nya speaker2 dewan negeri2 yg dikuasai oleh pembangkang!! dan lihat betapa tegas pula speaker2 dewan negara dan negeri2 yg dikuasai oleh kerajaan!! Bezanya spt langit dan bumi!!

Jgn jadi spt kisah Anakku Sazali.." Ini semua salah bapak!! Apa Sazali lakukan semua bapak benarkan!! Jika bapak lakukan ni 20 tahun yg lalu, Sazali mungkin tidak jadi begini.."(bila bapak sazali bagi penampor)..(lebih kurangler skripnya, he he)

Jgn terantuk baru tengadah..Sediakan payung sebelum hujan..sayang anak tangan2kan!!

semua sistem hanya berjaya bila ada peraturan..ada penguatkuasaan dan ada ketaatan!!
Jalanraya, contohnya, semua bebas bawa keta atau kenderaan suka hati abah mereka..langgar segala peraturan..huru hara ler jadinya.

Islam agama yg syumul ni, keadilan yg sempurna pun jadi tak berguna langsung..jika tiada pengawasan, penguatkuasaan, dan tiada ketaatan!!

Jgn kerana nila setitik, susu sebelanga rosak binasa!! Hang Tuah buat keputusan membunuh Jebat, walaupun sahabat karibnya, agar selamat Kesultanan Melaka..Selamatnya Kesultanan Melaka, selamat juga rakyat Melaka..runtuhnya kesultanan Melaka, sehingga hari ni melaka tidak bersultan..empayar yg luas jadi seciput je!! Kedaulatan hilang, dan pastinya tidak kembali buat selama2nya.

Sekali runtuhnya kedaulatan melayu..maka runtuhlah buat selama2nya!! Buatlah keputusan yg betul dan berani!!

Tun M, walaupun ditekan dari segenap arah dalam negara dan luar negara walaupun dari kem2 UMNO sendiri!! Beliau telah buat keputusan yg berani..(walaupun keberangkalian kejayaannya diragui oleh pakar2)..pecat Anwar!! tambatkan RM..cekup Anwar ( desakan trlalu kuat sehingga membabitkan istitusi raja-menyebabkan Anwar dikeluarkan dari ISA- pada aku selayaknya Anwar diISAkan kerana usaha memperjudikan dan mengkhianati negara ni-juga kedaulatan Islam dan bangsa)..cuma Tun M tidak setegas Hang Tuah!! Tun M tidak ada Tun Perak bersama2nya..Anwar bebas dan terus mengamok membunuh (merosakkan) minda dan jiwa rakyat!! dan semakin bebas mengamok bila Tun Lah beri kebebasan yg sempurna pada Anwar!

No comments:

Post a Comment