Tuesday, February 8, 2011

Bangkitlah Wahai PEMUDA UMNO!!!....

BN telah menang dengan majoriti yang lebih besar pada PRK DUN Tenang. Disebalik kemenangan besar ini, terselindung satu senario yang sangat membimbangkan di kalangan jentera BN/UMNO. Di kala Pakatan Rakyat sedang mengadakan ceramah di DUN Tenang, kelihatan muncul sekumpulan pemuda UMNO berhampiran dengan tapak ceramah tersebut.

Di seberang lorong tempat Guan Eng dijadualkan berceramah, berdiri sekumpulan tidak lebih 12 orang Pemuda UMNO dengan lengkap beruniform Pemuda UMNO dan Pemuda BN. Mereka ke situ bukan untuk mendengar ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tetapi untuk menzahirkan protes mereka terhadap kedatangan Guan Eng ke kawasan Melayu.

Beberapa ketika sebelum Guan Eng tiba, beberapa ketua mereka dilihat sedang berunding dengan pihak polis yang melingkungi mereka. Tindakan polis melingkungi mereka bukanlah bagi menghalang mereka mara ke hadapan sebaliknya bagi menjaga keselamatan mereka. Bahkan jika polis tidak berbuat demikian, pasti mereka akan lintang pungkang berkeliaran lari bila melihat sekumpulan tidak lebih tiga puluh orang berkopiah merenung mereka.

Bermula dengan nyayian lagu-lagu patriotik dan berakhir dengan zikir dan selawat, mereka tidak membawa sebarang impak melainkan hanya untuk diri mereka sahaja. Akhirnya Lim Guan Eng, mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi hadir sama di dalam ceramahnya. Malah apabila mereka ini diajak untuk berada di saf yang paling depan dengan harapan untuk menyanggah sebarang putar belit penceremah, tidak seorang pun berani berbuat sedemikian.

Apakah Pemuda UMNO tidak boleh berjuang jika tidak memakai logo UMNO dan BN di dadanya? Apakah perjuangan mereka semata-mata untuk UMNO dan BN dan bukan untuk rakyat? Bukankah rakyat didahulukan?

No comments:

Post a Comment