Tuesday, July 12, 2011

Alahai Bersih 2.0....

Penulis ada menerima beberapa maklumat yang boleh diklafikasikan sebagai sahih mengenai perhimpunan Bersih 2.0 ini. Perhimpunan ini ternyata telah dimanupulasikan sepenuhnya oleh 'Pakatan Rakyat'. 'Bersih' yang kononnya dianggotai oleh seramai 62 buah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO sebenarnya telah didalangi oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Dimana perginya 62 buah pertubuhan tersebut? Kenapa hanya beberapa kerat sahaja pemimpin yang hanya sering membuat kenyataan semasa sidang media? Di mana Lim Kit Siang? Dia hadir semasa sidang media bersama Ambiga dan Al-Juburi. Ke mana dia menghilang selepas sidang media? Penulis juga difahamkan bahawa setiap peserta perhimpunan tersebut telah dibayar sehingga RM200 setiap seorang dan warga emas telah diperalatkan untuk menyertai perhimpunan ini.

Memang tidak dinafikan bahawa hak untuk berhimpun adalah seperti termaktub di dalam perlembagaan. Namum harus kita ingat bahawa bahawa pihak Kerajaan terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan dan Polis mempunyai hak mereka dalam memastikan bahawa setiap perhimpunan tidak mengganggu keselamatan rakyat yang lain. Tindakan peserta perhimpunan Bersih ini melaungkan 'Reformasi', 'Kerajaan Zalim' dan 'Polis Zalim' ternyata tidak dapat diterima kerana mereka sudah terpesong dari matlamat asalnya mereka yang KONONNYA berjuang menuntut sebuah pilihanraya yang lebih telus dan adil. Keadilan yang seperti mana lagi yang mereka mahu setelah mereka sendiri melihat bagaimana BN tersungkur di 5 buah negeri dan hilang majoriti 2/3 mereka.

Adalah dikira masuk akal sekiranya pilihanraya di negara kita ini tidak sempurna kerana tidak dinafikan bahawa masih terdapat beberapa penambaikan yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa. Namum sekiranya ada pihak mengambarkan bahawa sistem pilihanraya kita tidak bersih, itu hanya satu FITNAH semata-mata dan mainan politik murahan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin hilang kepercayaan rakyat.

No comments:

Post a Comment