Thursday, August 18, 2011

Isu Larangan Menggunakan Pembesar Suara

Rakyat Pulau Pinang akhirnya berkesempatan untuk melihat dan mendengar penjelasan mengenai isu larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum masuknya waktu Subuh. Penulis masih teringat semasa penulis masih bersekolah di sebuah sekolah di Jalan Mesjid Negeri sekitar tahun 1990-an, penulis sering mendengar bacaan ayat suci yang penulis percaya dilaungkan dari Masjid Negeri berhampiran asrama tempat tinggal penulis.


Ternyata suasana pada waktu sangat syahdu dan membangkitkan rasa keinsafan kepada sesiapa yang mendengarnya termasuk penulis sendiri. Namum agak menghairakan kenapa baru sekarang setelah hampir 21 tahun, tiba-tiba larangan tersebut dikeluarkan. Kenapa larangan tersebut tidak dikeluarkan 21 tahun yang lalu? Apa kaitan larangan tersebut dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang?


Bukan niat penulis untuk mempertikaikan mana-mana pihak. Namum sebagai Hamba Allah yang dibesarkan dalam agama Islam sejak dari kecil dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu tentang Islam, penulis berasa penulis berhak untuk menyatakan sedikit pandangan tentang isu ini.


Penulis agak musykil kerana di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh YBhg Dato' SS Mufti semasa memperjelaskan tentang isu ini di satu sidang media, Dato' SS Mufti telah menyatakan secara lisan bahawa beliau adalah merupakan Ketua Agama bagi Negeri Pulau Pinang. Ini amat bertentang dengan Enakmen Negeri yang menyatakan bahawa Ketua Agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang adalah YDP Agong. Malah satu ketetapan mengenai pemilihan Jawatankuasa Qaryah Masjid Melalui Pilihanraya tidak dapat diadakan tidak lama dahulu kerana tidak mendapat perkenan Tuanku.


Dato' SS Mufti juga menyatakan bahawa kepada sesiapa yang tidak mengikuti larangan ini, maka tanggunglah dosa di akhirat nanti. Persoalannya adalah apakah larangan Rasullah SAW (seperti yang dimaksudkan oleh Dato' SS Mufti) hanya ditujukan khas untuk Negeri Pulau Pinang sahaja? Bagaimana dengan negeri-negeri lain di Malaysia? Penulis mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan dapat mengadakan musyawarah tergempar bagi menangani isu ini kerana ketidakseragaman ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia.


Dato' SS Mufti secara terbuka menyatakan kekesalan di atas kenyataan yang tidak profesional dari pihak-pihak yang berkenaan termasuk menuduh Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat pertuduhan secara melulu. Penulis difahamkan bahawa Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan telah menasihatkan agar Jawatankuasa Fatwa Negeri tidak mengambil tindakan secara melulu berkaitan dengan isu ini. Apakah Dato' SS Mufti menyatakan bahawa Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan tidak profesional?


Agak menghairakan apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri hanya memetik satu hadis Nabi sahaja dalam mengeluarkan nasihat hukum dan menyarakan agar umat Islam melihat laman web islamweb.net. Apakah orang-orang kampung yang sedang membaca Al-Quran berkesempatan untuk melihat laman web tersebut? Atau Dato' SS Mufti telah terperangkap dengan mainan politik DAP?...


Pendekar Siber : Semoga kita dijauhkan dari mainan politik halus DAP... Amin...

No comments:

Post a Comment