Wednesday, August 10, 2011

Siapa YB Dato' Dr Hasan Ali : Bahagian 2

Dengan kemasukan Dr Hasan Ali, tiba-tiba PAS mendapat nafas baru. Dr. Hasan Ali dikompang keliling negara. PAS yang selama ini dilihat parti pak ustaz tiba-tiba mendapat wajah baru - wajah profesional. Kemasukan Dr. Hasan Ali membuka ruang baru kapada PAS bila ramai para profesional dan golongan iktisad menyertai PAS. PAS melihat gelombang baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Gema takbeer makin kuat mencecah pintu langit. Orang yang paling kecewa pada masa itu ialah Tun Dr. Mahathir yang melabel Dr. Hasan sebagai "ungrateful". 

Ujian pertama Dr. Hasan Ali ialah pilihanraya 1999, hampir setahun selepas Anwar dipecat. Buat pertama kali dalam sejarah negara, Dr. Hasan Ali memenangi dua kerusi serentak dalam satu pilihanraya umum, Parlimen dan DUN. Tidak pernah berlaku seorang calun menang kedua-dua kerusi yang terletak di dua negeri berlainan dan berjauhan. Dr. Hasan Ali mencipta sejarah, memenangi kerusi DUN Durian Burung dalam Parlimen Tanjung Karang, Selangor. Dan beliau juga memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar, Perak. Dan kedua-duanya adalah kubu kuat UMNO. Maka bertambah gemilang kedudukan Dr. Hasan Ali, sehingga tanpa sebarang keraguan beliau diminta menduduki kerusi Naib Presiden PAS, jawatan yang beliau menang dengan undi terbanyak.

Salah satu sumbangan terbesar Dr. Hasan Ali ialah dengan tertubuhnya Kompleks PAS Selangor di Tg. Karang. Dengan usaha beliau sendiri, mengumpul dana dan lain-lain, Dr. Hasan Ali berjaya membina sebuah kompleks untuk PAS yang besar dalam negeri Selangor, diwaktu UMNO dibawah Khir Toyo begitu berkuasa sehingga lupa diri di Selangor. Kompleks yang dinamakan KOMPAS. Kompleks PAS Selangor berdiri megah dibumi Selangor, lebih besar dan multifungsi daripada Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar.


Dr. Hasan Ali satu-satunya pimpinan PAS yang mengadakan siri kuliah dirumah. Dr. Hasan Ali mengadakan program tafaqquh fiddeen, program da'wah yang diadakan dianjung rumah beliau yang terletak berhadapan dengan Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Ramai tokoh ulama', professional dan iktisad dipanggil menyampaikan kuliah. Sambutannya sangat menggalakkan. Ramai yang hadir sehingga sesak rumah dibuatnya, ada yang datang dari jauh semata-mata mahu bersama dalam program tersebut. 

Dr. Hasan Ali sangat istiqomah dalam perjuangan Islam. Samada program motivasi, kem kecemerlangan diri atau keluarga, summer camp, forum perdana dan banyak lagi; satu mesej jelas yang beliau akan sampaikan ialah tentang keindahan Islam, kehebatan Islam, keunggulan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul. Tidak terbatas kepada hukum hakam halal haram sahaja, sebaliknya satu aplikasi kehidupan yang sangat relevan dan boleh dipraktikkan yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat; samada peringkat individu, kanak-kanak, remaja, dewasa, suami isteri dan lain-lain. Banyak buku dan hasil tulisan beliau yang diterbitkan dan dipasarkan yang mendapat sambutan luar biasa. Kaset ceramah beliau laku macam goreng pisang panas. Ceramah beliau dihadiri ribuan orang. Namun, Dr. Hasan Ali tetap seorang insan yang sangat merendah diri, cakap penuh hikmah dan nasihat, tidak pernah mendabik dada membangga diri. Dr. Hasan Ali muncul sebagai "the real walking Muslim". 


Pendekar Siber : Ikut bahagian seterusnya selepas ini...

No comments:

Post a Comment