Monday, October 17, 2011

GEMPAR!!!.... Program Selamat Tinggal PAS Sedang Berleluasa Di Negeri Pulau Pinang...

Salam 1 Malaysia,


Penulis telah mendapatkan pengesahan dari beberapa sahabat penulis yang mengesahkan bahawa tempias program Selamat Tinggal PAS (STP) sedang melanda di beberapa kawasan di DUN Penaga baru-baru ini. Walaupun program STP ini dijalankan secara 'underground', namum jumlah bekas ahli PAS yang menyertai program ini amat mengejutkan penulis. Dengan jumlah peserta STP yang boleh mengisi sebuah bas persiaran pada setiap program yang dijalankan, mereka ingin seakan-akan telah lama memendam rasa kurang senang dan tidak puas hati terhadap kepimpinan mereka terutamanya di peringkat negeri.


Ini tidak mengejutkan penulis kerana ternyata PAS Negeri Pulau Pinang boleh dikategorikan sebagai 'Gila Meroyan' dan 'Syok Sendiri' apabila menganjurkan sebarang aktiviti di negeri Pulau Mutiara ini. Mereka seolah-olah telah berjaya menawan Pulau Mutiara yang pada hakikatnya mereka hanya menang 1 kerusi sahaja dan berangan-angan untuk pegang jawatan exco bagi potfolio Hal Ehwal Agama Islam di Pulau Pinang. PAS negeri tidak mampu untuk meletakkan calon mereka di kawasan DUN yang ditandingi oleh BN yang diwakili oleh UMNO kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan menang.


Ini membuktikan bahawa perjuangan PAS Pulau Pinang masih tidak diterima di bumi Pulau Mutiara walaupun negara telah merdeka selama 54 tahun. Mereka perlu sedar bahawa kemenangan 'Pakatan Rakyat' pada PRU12 yang lalu adalah disebabkan bahawa rakyat kurang senang dengan beberapa polisi Kerajaan BN pada masa itu dan bukannya hasil dari kekuatan dan kehebatan PAS Pulau Pinang itu sendiri.


PAS Pulau Pinang lebih menonjol sebagai Anjing Peliharaan DAP apabila hanya menjadi pak turut dan menyokong secara membuta tuli segala ketetapan DAP demi hasrat untuk memperolehi kuasa politik yang sudah sekian lama diidam-idamkan. Penulis berkesempatan untuk bertanya kepada bekas ahli PAS tentang keputusan beliau untuk meninggalkan PAS. Beliau menyatakan bahawa antara sebab beliau mengucapkan selamat tinggal kepada PAS adalah kerana budaya menyisihkan penduduk kampung yang bukan ahli PAS yang telah lama diamalkan oleh mereka. Inilah budaya yang kononnya mencerminkan BUDAYA ISLAM PAS yang sebenarnya LANGSUNG TIDAK ISLAMIK. Rakyat perlu menolak budaya politik sempit yang telah diamalkan oleh PAS....


Pendekar Siber : UMNO Bahagian masih dok 'rileks padang kota'....

No comments:

Post a Comment