Wednesday, May 2, 2012

Anwar Beri ‘A+’ Kepada Ambiga


Dalam mesyuarat post mortem PKR di rumah Anwar semalam, Anwar tidak habis-habis tersenyum. Anwar sangat gembira dengan apa yang telah berlaku sepanjang Bersih 3.0. ‘Good momentum’. Kata Anwar. Sekarang ini, arahan Anwar adalah sangat mudah – ‘sustain the issue’ until election. Agenda sustaining ini memang kepakaran kumpulan komunikasi Anwar. Tengok bagaimana mereka serang NFC secara mingguan. Akhirannya, melingkup.
Sekarang ini, agenda penting komunikasi PKR adalah memastikan POST BERSIH 3.0 akan menyediakan momentum yang lebih baik kepada PKR. Soal keganasan memang diakui akan ‘menganggu sedikit’ kepada usaha menarik undi. Tapi fokus akan ditumpukan kepada keganasan Polis dan penipuan pilihanraya.
Anwar sudahpun bertanya kepada Azmin mengenai kerusi selamat yang boleh ditandingi oleh Ambiga. Azmin tidak ada jawapan, kecuali mengatakan ianya mestilah urban seat. Selangor dan Wilayah akan menjadi tumpuan. Secara keseluruhannya, Anwar berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Ambiga. Jumlah yang ramai sekaligus memberikan bukti bahawa rakyat sudah bersedia untuk menukar kerajaan.
Apa game-plan POST BERSIH 3.0?
Melambat-lambatkan usaha SURUHANJAYA untuk mengkaji Bersih. Anwar memang mahu ianya dilaksanakan secara perlahan, bagi memastikan bahan untuk PRU akan sentiasa panas dan laku di kalangan pengundi;
Ambiga perlu menyesuaikan kenyataan akhbarnya selepas ini dengan pimpinan parti Pakatan Rakyat (PR). Kenyataan Ambiga hari ini jadi bukti – ianya selari dengan kenyataan Lim Kit Siang;
Fokus kepada keganasan Polis dan wartawan yang dipukul; Pengumpulan footage keganasan Polis akan diusahakan oleh The Malaysian Insider – kelolaan Jahabar Sadiq; PAS akan fokus kepada SPR (beri tempoh 30 hari untuk Pengerusi dan Timb Pengerusi SPR meletakkan jawatan); AMK akan tumpu kepada siri ceramah POST-BERSIH 3.0.
Serangan terhadap MDN diperkuatkan;

Pengumpulan bukti Polis terlibat sebagai pencetus huru hara sedang disiapkan; Video youtube mengenai Bersih akan dilakukan oleh DAP (melalui sebuah syarikat bernama Evybody); Dana tambahan untuk serangan media akan diusahakan melalui dana Selangorku Bersih. RM1.2 juta boleh diusahakan. Anwar akan bercakap dengan MB Selangor. Semua platform media baru akan digunakan untuk menyerang kerajaan.
Sementara Anwar beri ‘A+’ kepada Ambiga; apa markah kita nak beri kepada Menteri Dalam Negeri?
Anda berikan markah…

No comments:

Post a Comment