Monday, May 23, 2011

Apa Sudah Jadi...

Penulis agak sibuk beberapa hari ini dan waktu agak terhad untuk menulis di blog ini. Namum di dalam kesibukan melayari kehidupan seharian, penulis menerima SMS dari sahabat sekampung penulis yang meminta penulis menelefon semula beliau. Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan seharian dan sms tersebut diterima pada masa yang terlalu dekat dengan waktu maghrib, penulis hanya dapat menelefon sahabat penulis selepas waktu isyak. Sahabat penulis ini bukan calang-calang orangnya. Walaupun baru menganggotai sebuah Parti yang kononnya Parti Islam, sahabat penulis ini telah diberi kepercayaan untuk menganggotai Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung di bawah Kerajaan Negeri yang diketuai oleh sebuah Parti yang mirip kepada sebuah Parti Komunis.

Di dalam perbualan tersebut, sahabat penulis mengadu tentang penyalahgunaan bantuan JKM oleh salah seorang penduduk kampung yang tinggal sekampung dengan penulis. Dengan nada yang agak marah, beliau mempertikaikan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Dan dalam masa yang sama, sahabat penulis ini juga mengadu ada di kalangan penduduk kampung berkenaan tidak mendapat bantuan dan perhatian yang sewajarnya. Beliau juga mempertikaikan peranan UMNO di dalam usaha untuk menangani perkara ini dan memberitahu penulis bahawa sekiranya UMNO tidak memberikan perhatian yang sewajarnya, pihak Parti yang kononnya Islam akan tampil membantu di dalam hal ini.


Penulis telah menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah di luar pengetahuan dan bidang kuasa penulis memandangkan penulis bukannya ahli UMNO di kawasan berkenaan. Penulis menyokong sebarang usaha ke arah kebaikan dan kesejanteraan rakyat tanpa perlu menunding jari mencari salah & silap orang lain. Ahli JKKKN ini masih berpemikiran yang sempit dan masih berfikir serta bertindak seperti Pembangkang. Mungkin mereka lupa bahawa mereka sedang memerintah kerajaan negeri.

Sekiranya mereka ini masih berfikir dan bertindak seperti ini, yang rugi hanya rakyat yang telah memberikan undi kepada mereka pada PRU12 dahulu. Adakah pengundi mendapat balasan setimpal dengan undi serta kepercayaan yang telah mereka berikan?... 

Wahai rakyat Pulau Pinang, bukalah mata dan tengoklah apa yang Kerajaan Negeri telah buat sepanjang pemerintahan mereka selama ini... Depuk dada, tanya selera....

No comments:

Post a Comment