Sunday, August 14, 2011

JAIS Dan Isu Serbu Gereja

Apabila berlaku isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) masing-masing di kalangan masyarakat Islam melenting menyalahkan istitusi-institusi yang melaksanakan hukum Islam seperti Jabatan Zakat, Baitumal malah Jabatan Agama Islam.

Isu yang sebenar tidak kita ‘address’ sebaliknya kita melalut menyalahkan pihak-pihak kita sendiri dan inilah yang ingin dilihat hasilnya oleh gerakan anti Islam.

Kita sesama kita sudah mula menuding jari dan mempersoalkan integriti jabatan-jabatan ini. Sesungguhnya perbalahan dalaman seperti ini adalah tidak sihat dan dibimbangi kelak akan menjadi "out of proportion".  Inilah yang sebenarnya hasil yang ingin diraih oleh golongan anti Islam ini. Mereka bertepuk sorak melihat gelagat kita. 



Berhubung isu siasatan JAIS, Jais seharusnya diberi masa secukupnya untuk mengemukakan lapuran mereka, jangan didesak dan diasak oleh sesiapa dengan tekanan yang tidak munasabah.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerajaan negeri difahamkan JAIS mengalami kesulitan mendapatkan keterangan daripada 12 individu Islam yang menyertai upacara 'Thanksgiving' di DUMC kerana telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing.

Mana mungkin puak yang 12 orang ini muncul memberi keterangan kerana implikasinya jika mereka didapati salah, apakah hukum orang yang murtad?

Mereka akan dilindungi dan peguam-peguam hebat mereka akan membela habis-habisan dan mahkamah akan digunakan sebagai pentas untuk menghina umat Islam.

Konklusinya, sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam kita hanya menjawab kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment