Sunday, August 7, 2011

Satu Lagi Kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Pada mulanya penulis bercadang untuk berehat dari menulis di blog ini bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini.


Namun penulis berkesempatan untuk meninjau keadaan di sekitar Pulau Pinang dengan menaiki pengangkutan awam yang telah lama penulis tidak berkesempatan untuk berbuat sedemikian.


Setelah meletakkan kereta di kawasan terminal feri di Butterworth, penulis berjalan kaki untuk menaiki feri ke Pulau Mutiara. Ianya mengimbau kenangan silam memandang penulis pernah bersekolah di sebuah sekolah di Jalan Masjid Negeri sekitar tahun 1990-an dahulu.


Namum apa yang menarik perhatian penulis apabila penulis terlihat sebuah bas percuma Rapid Penang yang terpampang CAT Shuttle Bus pada layar LED bas tersebut. Ternyata ini adalah satu pembohongan kerana perkhidmatan ini digambarkan seolah-olah adalah hasil dari polisi yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan YAB Tuan Lim Guan Eng. Penulis masih ingat bahawa perkhidmatan bas percuma ini telah lama diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau MPPP sekitar tahun 2001 semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan Barisan Nasional dan telah diambil alih oleh Transit Link tidak lama selepas itu.


Kemudiannya perkhidmatan ini diteruskan oleh Rapid Penang dan dengan selambanya dinamakan sebagai CAT Shuttle Bus yang menggambarkan bahawa perkhidmatan bas percuma tersebut wujud hasil dari polisi dan amalan CAT oleh pimpinan YAB Tuan Lim Guan Eng. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Apa sudah jadi dengan Kerajaan Negeri ini? Sudah tiada modal untuk dijadikan umpan politik agaknya. Apa kaitan bas percuma dengan polisi CAT kerajaan negeri sekarang ini?


Akhirnya setelah puas meronda-ronda di sekitar Pulau Mutiara ini, penulis akhirnya mengambil keputusan untuk terus pulang ke Tanah Besar sambil terfikir apakah selepas ini Kerajaan Negeri akan mempropagandakan bahawa pembinaan Jambatan Pulau Pinang adalah juga hasil dari konsep CAT yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri yang sedia ada.


Pendekar Siber : Ada banyak lagi pendedahan yang akan dibongkar selepas ini...

No comments:

Post a Comment