Wednesday, August 10, 2011

Siapa YB Dato' Dr Hasan Ali : Bahagian 1

Dr. Hasan Ali mengasaskan sebuah entiti dinamakan Sabha Group, yang beroperasi daripada Bangsar Baru (depan Menara UOA sekarang). Melalui entiti ini, Dr, Hasan Ali memperkenalkan "kem motivasi" yang biasanya dibuat di kem Sabha di Ulu Langat. Beliau lah orangnya yang mempopularkan "kem motivasi". Berduyun-duyun ibubapa khususnya menghantar anak-anak mereka ke "summer camp" Dr. Hasan Ali. Ramai ibu-bapa menangis melihat perubahan anak mereka dalam hanya beberapa hari sahaja menghadiri kem tersebut.

Dikemuncak kegemilangan beliau, Dr. Hasan Ali dipanggil menjadi moderator satu program yang dipanggil "Forum Perdana Ehwal Islam". Program ini adalah forum yang dihadiri panel 2-3 orang ulama' atau ustadz yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 pada tiap malam Juma'at. Program ini sudah menjadi begitu hambar sehingga orang naik meluat menengoknya. Ia memberi persepsi buruk kepada uslub da'wah Islam.

Namun apabila Dr. Hasan Ali mengambil alih, beliau menukar format dan membuat re-branding kepada program ini. Diselitkan dengan unsur-unsur lawak bersahaja, dan mengupas isu semasa yang menjadi bualan umat dan orang ramai. Dibariskannya gabungan ulama' dan profesional, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum itu. Tiba-tiba program "Forum Perdana Ehwal Islam" meletup, menjadi program top hits dengan rating yang begitu tinggi. Nama "Dr. Hasan Ali-motivasi-Forum perdana" adalah sinonim. Tiba-tiba ramai yang meniru cara Dr. Hasan Ali. Muncullah pelbagai kem motivasi dan forum perdana macam cendawan tumboh merata-rata.

Diwaktu kemuncak kegemilangan Dr. Hasan Ali, tiba-tiba berlaku peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 02 Sept 1998. Orang Melayu Islam berpecah. Ramai yang menjadi terpinga-pinga. Dan ramai yang marahkan Tun Mahathir dan UMNO. Tetapi pada masa itu tiada alternatif lain bagi orang Melayu. Untuk menyertai PAS jauh sekali, kerana PAS pada masa itu adalah parti yang dilihat jumud dengan golongan penceramah yang syok sendiri, ceramah maki hamun dan kata mengata, fitnah memfitnah dan asyik menyalahkan orang lain.

Dalam keadaan itu, maka kepimpinan PAS masa itu menghantar beberapa misi berjumpa Dr. Hasan Ali untuk memujuk beliau menyertai PAS. Ringkas cerita, setelah beberapa usaha memujuk beliau berjalan, akhirnya Dr. Hasan Ali menerima pelawaan menyertai PAS.



Pendekar Siber : Ikut bahagian seterusnya selepas ini...

No comments:

Post a Comment