Monday, October 10, 2011

Tembelang DAP Akhirnya Terserlah Jua...

Salam 1 Malaysia,


Sebelum ini penulis mengakui bahawa agar sukar untuk penulis mencari kelemahan dan watak sebenar sebuah parti pembangkang yang lihat begitu konsisten dan mempunyai intergriti di kalangan parti-parti pembangkang yang sedia ada. Sekiranya dibandingkan dengan PKR dan PAS yang semakin haru biru dan tidak konsisten di dalam memperjuangkan hak rakyat dan idealogi parti masing-masing, DAP dilihat konsisten dan berintergriti. Ini adalah kerana kelicikan para pemimpin DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng di dalam berbicara dan berdolak-dalik terhadap isu-isu yang berbangkit.


Malah ada beberapa rakan-rakan penulis merungut bahawa menghadapi DAP adalah lebih sukar dari menghentam PKR dan PAS yang dilihat semakin lemah dengan permasalahan dalaman parti masing-masing. Namum sejak akhir-akhir ini, DAP tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti yang konsisten dan berintergriti yang disebabkan oleh beberapa keputusan dan tindakan yang dilihat seperti ingin mempertahankan sebahagian besar pemimpinnya yang BERBANGSA CINA DAN BERAGAMA KRISTIAN.



Beberapa pihak terus mempersoalkan keputusan DAP menarik balik penggantungan selama enam bulan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan kerana mengeluarkan kenyataan biadab di laman sosial Facebook berhubung Jalur Gemilang.
Rata-rata mereka berpendapat, keputusan itu menyerlahkan sikap sebenar DAP yang double standard selain menganggapnya sebagai tindakan terdesak parti itu untuk menyelamatkan kedudukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri digesa mengambil tindakan tegas ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya yang memburukkan Johor dalam satu majlis di luar negara baru-baru ini.

Inilah amalan politik rasis yang menjadi amalan turun temurun DAP dan ianya akan terus dilakukan secara sulit supaya rakyat jelata tidak mengetahui tentang amalan mereka ini. Rakyat Malaysia terutamanya orang melayu WAJIB tolak amalan seperti ini sekiranya tidak mahu nasib pribumi di Malaysia menerima nasib yang sama seperti kaum pribumi di Australia dan New Zealand. Tidak mustahil apa yang telah berlaku kepada kaum pribumi di sana akan berlaku kepada kaum pribumi di tanahair kita yang tercinta ini.

Renungkanlah....

No comments:

Post a Comment