Friday, October 15, 2010

Isu Duit Judi

Isu ini mula mendapat tempat apabila pendedahan tentang sumber untuk dana program basmi kemiskinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibongkar oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Seri Reezel Merican Naina Merican tempoh hari.

Penulis melihat isu ini dipergunakan sepenuhnya oleh DAP terutamanya Ketua Menteri Guan Eng dalam usahanya secara tidak langsung untuk melaga-lagakan parti melayu dan orang melayu. Isu lidah biawak Guan Eng terus tenggelam bersama-sama isu ini.

Guan Eng, pada mula menafikan bahawa dana program basmi kemiskinan anjuran kerajaan adalah sumber dari Penang Turf Club tetapi menukar pengakuannya dan mengakui bahawa sumber dana program basmi kemiskinan sememangnya adalah dari Penang Turf Club. Lebih malang lagi, apabila dia mengakui bahawa dia sendiri akhirnya tidak tahu bahawa sumber tersebut adalah hasil wang judi.

Umat melayu Pulau Pinang terus dibohongi sewenang-wenangnya oleh ultra-kiasu ini dan memang sesuailah gelaran yang diberikan oleh para blogger-blogger kepada ultra-kiasu ini - LIM GUAN ENG - KETUA MENTERI PALING CELAKA DALAM SEJARAH.

No comments:

Post a Comment