Saturday, October 9, 2010

APCO dan Malaysia : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sejak beberapa sebulan yg lalu, terdapat banyak suara-suara sumbang tentang APCO drpd kem pembangkang. Seperti mana isu2 yg sebelumnya, pembangkang sentiasa mempunyai alasan mengapa mereka membawa isu remeh ini.
Setelah gagal untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan penipuan dan tuduhan2 palsu (ditambah pula dgn masalah dalaman parti mereka), pihak pembangkang telah mencuba strategi baru untuk menyelamatkan apa yg tinggal. Strategi ini ialah untuk mengaitkan Malaysia dengan APCO WorldWide.


Siapa APCO WorldWide?
Perkara pertama yg perlu dilihat ialah, siapakah APCO dan apakah yg APCO buat dan bagaimana APCO ini berkaitan dengan kerajaan.
APCO Worldwide ialah sebuah syarikat konsultansi ternama di dunia. 7 daripada 10 syarikat global teratas yg disenaraikan oleh majalah Fortune telah melantik APCO sebagai konsultan mereka. Sebagai rakyat malaysia, kita sepatutnya berbangga kerana negara kita mempunyai kerjasama yg padu dgn syarikat yg masyhur, ternama dan profesional seperti APCO.

Akan tetapi, berapa ramai org2 PAS yg membaca majalah Fortune? Rasa2nya mereka lebih suka membaca majalah/buku yg berkenaan dgn kekuatan daya seksual lelaki sebagaimana yg selalu diiklankan dlm harakah ataupun cerita dongeng sepertimana yg terdapat dlm MToday.

Apa yg peranan APCO dlm kerajaan Malaysia?
Sejak Anwar Ibrahim dipecat drpd kerajaan pada 1997, beliau dan gerombolannya telah pergi ke serata dunia untuk bertemu pelobi2 yg berlainan kumpulan dan pemimpin dan menyebar berita palsu tentang tanah air kita, Malaysia. Ini telah berlaku selama bertahun2.

Rasanya cukup dengan mengatakan, selama 13 tahun imej negara kita telah dicemari oleh Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang. Ini telah menyebabkan Malaysia agak sukar berhubung atau menyampaikan maklumat dengan komuniti international dari aspek politik, ekonomik dan sosial. Ianya amat penting untuk pembangunan dan keselamatan negara.

Kita hanya tinggal sebelas tahun sahaja sebelum mencapai visi wawasan 2020 untuk mencapai tahap negara maju. Untuk mencapai matlamat sedemikian, kita memerlukan kerjasama dan pelaburan yg bukan sedikit daripada komuniti international. Di sinilah peranan APCO untuk mengembalikan dan membaik pulih imej Malaysia di luar negara.

Peranan APCO yg utama ialah untuk membina imej positif untuk Malaysia di luar negara. APCO tidak berperanan untuk membuat dasar2 polisi atau mempunyai kaitan dengan politik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment