Saturday, October 9, 2010

Kisah Lim Guan Eng Dan Nik Ali

Suasana politik tahahair menjadi panas apabila berlakunya pertikam lidah di antara Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Ini berlaku apabila Lim Guan Eng mengkritik Nik Ali secara terbuka dan penjawat awam tersebut bertindak membuat kenyataan terbuka juga sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sebenarnya bukanlah orang pertama membuat kenyataan terbuka mengkritik seorang penjawat awam. Sebelum ini pun sudah banyak kenyataan sedemikian, termasuklah dari pemimpin Barisan Nasional.

Masalahnya adalah sebagai penjawat awam, mereka tidak boleh menjawab kenyataan pemimpin politik secara terbuka walaupun penjawat awam tersebut berada di pihak yang benar. Sama ada itu peraturan atau tradisi, itu soal lain. Apa yang pasti ialah apabila mereka menjawab, pasti mereka akan dikenakan tindakan.

Tidak seperti mana-mana ahli politik, mereka ini bebas mengkritik sesiapa saja termasuklah penjawat awam yang mereka ini tahu bahawa penjawat awam ini tidak boleh mempertahankan diri atau menjawab pertuduhan yang dilemparkan. Bak kata pepatah, ' Baling batu, sembunyi tangan.'

Tiba masanya satu mekanisma dirangka dan diperkenalkan bagi memberikan perlindungan kepada semua penjawat awam agar mereka ini tidak terus diperkotak-katikan oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab ini. Penjawat awam tidak boleh terus dibiarkan berjuang di medan perang dengan tangan mereka diikat ke belakang. Keadilan wajar diberikan kepada pendawat awam agar segara perancangan untuk kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya.


No comments:

Post a Comment