Saturday, October 9, 2010

Tanah Balik Pulau Untuk Universiti Kaum Cina

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Syed Amerruddin Syed Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata, pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.

Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini. Difahamkan, tanah di kedua-dua kawasan terlibat terdiri daripada kebun buahan-buahan yang mempunyai pemilik dan membabitkan kira-kira 10 buah rumah.

Hasrat DAP mahu Pulau Pinang menuju Singapura ke 2 semakin menjadi kenyataan.
Balik Pulau yang merupakan sebuah daerah ala kampung seperti di Kedah kini bakal menjadi bandar Cina jika dibina universiti dari Singapura . Bukan hanya setakat staf IPT ini berada di Balik Pulau tetapi ribuan pelajar Cina juga akan tinggal di sana.

2 comments: