Thursday, May 12, 2011

RM 559,767.10 Buat Belanja Untuk Lawatan ke 60 Buah Negara


Isu terlampau banyak lawatan ke luar negara oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun 2011 merupakan isu panas yang pasti hendak diketahui oleh rakyat P.Pinang

. Semasa sidang DUN berkenaan , jawapan bertulis oleh Guan Eng ialah

" Bagi tahun 2010 sebanyak RM 559,767.10 telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk 60 lawatan ke luar negara. Antara tujuan tersebut ialah lawatan kerja , misi pelaburan , penyertaan program atau persidangan , lawatan rasmi dan misi penggalakan pelancongan oleh semua Exco dan ADUN .



Antara negara-negara yang dilawati adalah Taiwan , Korea Selatan , Hong Kong , Indonesia , Jerman , Australia , China , Rusia , Thailand , Kenya , Mexico , Filipina , Macau , Pakistan , UAE , Eropah , Switzerland , India dan Cambodia "

Fuyooo ! ... sampai 60 buah negara diserbu Guan Eng dan konco-konconya dengan guna duit rakyat iaitu lebih RM 1/2 juta ringgit .


Bila Adun BN Sungai Dua Dato Jasmin Mohamed bertanya apa hasilnya dapat daripada lawatan-lawatan ini , konco-konco Guan Eng cuba mencelah dan seperti dijangka akan menjawab hasilnya negeri PP telah dapat pelaburan tertinggi di iaitu RM 12 Billion pada 2010 .

Begitu dangkal sekali jawapan puak-puak ultra kiasu ini dan mudah ditempelak oleh Dato Jasmin yang berkata takkan baru buat lawatan terus masuk pelaburan dengan cepat pada tahun itu juga. Lebih bangang lagi bila tak boleh jawab ada yang pertikai pulak lawatan Rosmah ke Turki sekarang ini .

Persoalannya , kalau benar mereka berjaya tarik pelaburan pada lawatan itu .. agak hairan juga tiada pun negara US dalam destinasi mereka . Negeri PP seperti yang kita semua tahu adalah negeri elektronik sehingga digelark Lembah Silikon kerana banyak kilang -kilang gergasi dari US seperti DELL , AMD , Intel dan lain - lain melabur di sini .

Melihat kepada senarai destinasi Ketua Menteri pun pada 2010 , negara China merupakan destinasi paling kerap dilawati beliau . Antara tempat terbabit ialah Shenzen , Hong Kong , dan Xiamen . Negara lain yang dilawati adalah Korea Selatan , Taiwan , Singapura , Jerman dan Australia .

Hairan juga mengapa Ketua Menteri berminat mencari pelaburan di China ? .... Mungkin boleh balik tanah Tongsan kot jumpa adik beradik LIM di sana ..

P/s : Penulis pun teringin la nak jadi Ketua Menteri... boleh makan angin FREE...

1 comment:

  1. nak ikut jugak kalau penulis pi makan angin free...keh3...

    1/2 juta duit rakyat guna utk pi holiday...kurang ajar guan eng

    ReplyDelete