Saturday, July 23, 2011

Cincin Oh Cincin

YBhg Datin Seri Rosmah dikatakan membelanjakan RM24.4 juta hanya untuk membeli sebentuk cincin  seperti yang dilaporkan oleh kebanyakkan blogger-blogger Pakatan Rakyat.

Fitnah mereka kali ini benar-benar dilihat sebagai perkara yang telah berlaku apabila puak-puak PR ini menggunakan Pegawai Kastam sebagai kambing hitam untuk mengesahkan tentang laporan mengenai seorang Pegawai Kastam telah ditahan dan disiasatkan di atas salahlaku membocorkan maklumat Kastam kepada umum. Ada pihak mempercayai bahawa perkara ini benar-benar berlaku sehingga menggerakan hati penulis untuk menyiasat perkara ini.

Hasil siasatkan penulis menemui beberapa fakta iaitu Pegawai Kastam berkenaan yang dahulu pro kerajaan telah mula menyokong Pakatan Rakyat berdasarkan beberapa kenyataan yang telah beliau keluarkan. Beliau juga menyatakan bahawa beliau diugut untuk dilaporkan kepada pihak atasan sekiranya beliau tidak aktif membantu sebuah parti politik pro kerajaan dan juga menyatakan bahawa terdapat campurtangan pihak-pihak atasan yang mengganggu tugasan beliau semasa berkhidmat di Jabatan Kastam.

Penulis juga difahamkan bahawa pegawai tersebut juga kecewa disebabkan semua usaha beliau untuk mendapatkan pendapatan tambahan melalui peniagaan secara separuh masa menemui kegagalan dan hubungan kekeluargaan di kalangan keluarga beliau sering bermasalah.

Sekiranya penulis berkesempatan untuk menemui pegawai berkenaan, penulis ingin pegawai berkenaan bersumpah mengenai semua kenyataan yang telah beliau keluarkan adalah benar atau penulis tidak akan teragak-agak untuk melaporkan perkara ini kepada pihak Polis agar kenyataan beliau disiasat sepenuhnya.

Mengenai laporan mengenai cincin DS Rosmah yang dikatakan bernilai berjuta-juta (jumlah yang dinyatakan oleh blogger PR tidak sama dan berbeza di antara satu sama lain - nak menipu pun, berpakatlah elok-elok), penulis sifatkan bahawa itu adalah fitnah semata-mata. Ini adalah kerana setakat ini tiada laporan Polis telah dibuat mengenai laporan tersebut bagi memastikan perkara ini disiasat dan tiada pihak yang tampil membuat pengakuan sumpah mengenai cincin DS Rosmah itu.

Ternyata PR yang diterajui oleh Dato' Seri Anwar benar-benar terdesak untuk menggulingkan Kerajaan di bawah YAB Dato' Seri Najib dan pastinya lebih banyak lagi tohmahan dan propaganda yang bakal muncul selepas ini yang bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang juga dipilih oleh rakyat. Satu lagi agenda Bukan Melayu untuk melaga-lagakan Orang Melayu bagi memastikan Bukan Melayu menguasaikan sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu....

No comments:

Post a Comment