Penulis terdetik untuk menulis mengenai pengalaman yang dialami penulis tidak lama dahulu setelah tercetusnya polemik di antara bloggers Pro BN dan Unit Media Baru (UMB) baru-baru ini. Penulis mula menceburi dunia blogging sejak dari tahun 2007 dan pada masa itu penulis mengakui bahawa dunia penulisan siber negara dikuasai oleh bloggers dari pembangkang. Banyak artikel-artikel yang dimuatkan di dalam blog mereka benar-benar menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Malah di laman myKMU.net. penulis melihat bahawa ramai ahli-ahli myKMU di sana secara terangan menghentam kerajaan BN pada masa itu dan seterusnya membawa kepada kekalahan terburuk BN dalam sejarah pilihanraya tanahair.
Selepas itu, penulis terdengar ura-ura penubuhan sebuah unit baru iaitu Unit Media Baru atau UMB yang bertujuan untuk menangkis serangan bloggers Pakatan Rakyat walaupun tidak dinafikan bahawa telah ada beberapa bloggers Pro BN yang telah lama berhempas-pulas untuk mempertahankan kebenaran. Penulis ada menghubungi Saudara Pengerusi UMB iaitu Saudara Tun Faisal yang pada mulanya penulis sangkakan beliau memang telah dianugerahkan dengan gelaran Tun.
Setelah beberapa lama cuba menghubungi beliau, tidak banyak perkara yang dapat membantu penulis malah beliau telah meminta penulis menghubungi Setiausaha UMB yang kebetulan bermastautin di sebuah negeri di utara tanahair. Seperti yang diperkatakan oleh penulis sebelum ini, ternyata SU UMB berkenaan juga tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada penulis untuk merealisasikan hasrat untuk memperjuang agama, bangsa dan negara.
Selepas gagal mendapatkan kerjasama dari orang-orang kuat UMB ini, akhirnya penulis mengambil inisiatif sendiri untuk menubuhkan UMB di tempat di mana penulis sedang bermastautin dan mendapat kerjasama serta perhatian yang sewajarnya dari pihak kepimpinan Bahagian berkenaan sehingga nama penulis telah dicalonkan untuk menghadari kursus anjuran UMB dengan kerjasama Jabatan A dan Jabatan B.
Kursus tersebut telah diadakan di sebuah pulau peranginan di utara tanahair dan terdapat beberapa bloggers yang penulis kenal seperti penantibangkit, pisau.net dan beberapa lagi yang penulis telah lupa nama mereka. Apa yang agak mengejutkan penulis adalah cara pengendalian kursus oleh pihak UMB. Mereka seolah-olah tidak bersedia untuk mengendalikan kursus tersebut dengan arahan-arahan yang bertindih dan berbeza-beza dari masa ke semasa.
Penulis juga difahamkan bahawa semua bloggers UMB pada masa itu bergerak sendiri tanpa mendapat sebarang peruntukan dari mana-mana pihak. Sekiranya benar, penulis ingin ucapkan tahniah kepada bloggers UMB semua. Tapi yang menghairankan penulis bagaimana semua bloggers UMB pada masa itu menggunakan netbook, broadband, baju dan beg dari jenama yang sama? Malah mereka mengenakan baju UMB yang berlainan warna setiap hari.
Antara ketetapan yang telah ditetapkan oleh UMB pada masa itu adalah para bloggers yang ingin menyertai UMB mesti menyediakan 3-5 artikel ke dalam blog masing-masing dan tidak dibenarkan sama sekali mengkritik ahli dan parti politik di bawah naungan UMB. Malah blogger perlu mengwujudkan blog yang baru di bawah naungan UMB walaupun blogger tersebut telah ada blog mereka sendiri sebelum ini.
Ini adalah ketetapan yang telah ditetapkan oleh UMB sendiri dan penulis agak keberatan untuk memenuhi ketetapan tersebut kerana jika tiada ruang untuk menegur kepimpinan atasan di blog, di mana lagi para bloggers boleh berbuat demikian. Tidak mungkin para blogger akan tampil berucap di perhimpunan tahunan kerana perkara ini telah berlaku kepada seorang blogger di mana beliau telah tidak dipanggil ke mana perhimpunan tahunan setelah berucap menegur sesetengah kepimpinan atasan semasa perhimpunan sebelum itu.
Setelah tamat kursus, penulis cuba menghubungi penganjur iaitu Jabatan A berkenaan kesinambungan daripada kursus yang telah diadakan namum amat mendukacitakan bahawa jabatan tersebut tidak memberikan sebarang respon. Penulis juga cuba menghubungi UMB dan seperti biasa juga tiada respon. Setelah ditegur oleh kepimpinan bahagian agar tidak mengkritik mana kepimpinan dan parti, akhirnya penulis mengambil keputusan untuk tidak lagi menulis di bawah naungan UMB. Penulis tidak meletakkan jawatan kerana tiada sebarang perlantikan secara formal dilakukan untuk jawatan UMB ini.
Setelah bergerak secara bersendirian tanpa naungan mana-mana organisasi, penulis berasakan bahawa penulis semakin bebas untuk menulis apa saja yang terlintas di hati dan fikiran penulis. Malah sebagai blogger yang bebas, penulis berkesempatan untuk mengenali beberapa rakan bloggers bebas seperti Papagomo, Parpukari, Flyingkick, GWM dan beberapa lagi nama yang tak sempat penulis senaraikan di sini.
Ternyata penulisan para bloggers bebas ini sangat berbisa dan tajam dari bloggers yang bernaung di bawah UMB. Malah penulisan bloggers Pro BN ini mendapat liputan dari wartawan Utusan, Saudara Zaini Hassan yang menyifatkan bahan-bahan di blog mereka ini sangat kuat. Saudara Zaini juga tidak dapat mengambarkan apa yang akan berlaku sekiranya bloggers Pro BN berpaling tadah!!!...
Berbalik kepada kursus yang pernah penulis hadiri tempohari, akhirnya penulis dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan B bahawa kursus tersebut adalah hasil inisiatif Jabatan beliau. Malah beliau berhasrat untuk membantu bloggers Pro BN di utara tanahair untuk terus berkarya demi untuk menegak keadilan dan menentang kebatilan.
Terima kasih Tuan Pengarah.... harap dapat diadakan mesyuarat dalam masa terdekat ini....
salam bro, itulah hakikatnya yang berlaku. kawan antara terawal dalam penubuhan UMB ni waktu tu di Putrajaya bersama rakan GAP, Parpu Kari dan lain lain.
ReplyDeleteseorang demi seorang keluar dari UMN kerana benda sebegini sebagaimana yang saudara katakan. kita ingin berjuang dan tidak bermain politik tinggi sepertiman Tun Fuckzal tapi bila makin lama dilihat Tun Fuckzal main game dengan kita semua.
parpu kari yang mula mula keluar malah Gomo lah orang yang Backup Tun Fuckzal bagai nak gila waktu itu.
tapi makin lama makin melampau bila banyak hal tun Fuckzal lakukan sehingga menyebabkan otai otai blogger keluar dan tidak bernaung dibawah UMB.
kita tidak tolak UMB tetapi kita tolak Tun Fuckzal kerana beliau mengejar Glamour lebih dari perjuangan.
salam bro,
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi komen di blog yang tak seberapa ni... sebagai seorang yang terpelajar, penulis tidak dapat menerima apa yang diperkatakan oleh Tun Faisal... bukan niat penulis untuk memihak kepada sesiapa... jauh sekali untuk mengaibkan sesiapapun...
hanya sekadar meluahkan rasa hati dan bercerita mengenai pengalaman yang pernah penulis lalui...
menerusi penulis tuan lah, telah mencetuskan beberapa idea yg boleh kita laksanakan untuk menguburkan Pakatan Rakyat...
mungkin kita boleh berjumpa n berbincang dengan perkara ni... kalau dengan UMB... hmmm... jgn harap lah...
Teruskan perjuanganmu wahai sahabatku!!!....