Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, sambungan dari posting terdahulu.
Keyakinan Pengundi Melayu
Tahap keyakinan para pengundi Melayu Pulau Pinang masih boleh dipersoalkan kerana majoriti pengundi tidak yakin BN (UMNO & Gerakan) boleh merampas kuasa dari DAP. Ini kerana pada pandangan mereka perpecahan dalaman Gerakan dan ketiadaan Pak Lah (Mantan Perdana Menteri) di dalam kepimpinan UMNO pusat telah menggelapkan harapan BN untuk kembali memerintah Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, untuk undi Calon Melayu PAS & PKR, majoriti pengundi 40 tahun ke atas (40 –80 tahun) tidak akan memberikan undi kepada calon PAS & PKR atas dasar setia pada parti UMNO dan atas sentimen Melayu. Namun pengundi Muda masih terbuka dengan melihat kepada perkembangan isu dan calon yang disegani serta berkaliber.
Fenomena ini berlaku disebabkan para pengundi sukar menentukan pilihan terbaik buat mereka memandangkan para pengundi melihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memihak kepada kaum Cina dan pada masa yang sama kemelut yang melanda GERAKAN yang memperlihatkan rakyat Pulau Pinang menolak sama sekali bekas Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga merupakan Presiden GERAKAN. UMNO pula dilihat masih tercari-cari pemimpin yang setaraf atau sehebat Pak Lah.
Selepas ini : Harapan Pengundi Melayu Pulau Pinang.
Pendekar Siber : UMNO Pulau Pinang perlu melakukan sesuatu yang luar biasa bagi menarik semula sokongan orang Melayu Pulau Pinang terutamanya para pengundi muda demi memastikan nasib orang Melayu Pulau Pinang terus terbela.
No comments:
Post a Comment