Akhirnya skuad Harimau Muda tewas 2 kali berturut-turut di gelanggang sendiri. Ini adalah harga yang perlu dibayar oleh skuad Harimau Muda di atas kejayaan meraih pingat emas acara bolasepak di Sukan SEA 2011. Faktor keletihan menjadi punca utama kekalahan skuad ini walaupun cuba dinafikan oleh Ketua Jurulatih, Ong Kim Swee.
Penulis tidak berniat untuk menyalahkan jurulatih kerana beliau perlu berfikiran dan bertindak secara positif bagi memastikan skuad bimbingan terus bertahan dan tidak menyerah kalah begitu sahaja. Malah faktor kecederaan bertali arus yang menimpa para pemain juga menyumbang kepada faktor kekalahan. Bersaing di tahap tertinggi bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi skuad Harimau Muda ini.
Di dalam perlawanan menentang Syria, ternyata faktor keletihan menjadi penghalang kepada skuad negara kerana terpaksa beraksi setelah tamat final bolasepak Sukan SEA 2011 di samping skuad Syria ternyata menggunakan kelebihan fizikal para pemain mereka untuk bersaing pada perlawanan tersebut. Namun skuad Harimau Muda telah berjaya membuktikan bahawa mereka bukannya skuad belasahan yang boleh dipandang ringan dalam kumpulan kelayakan ke Sukan Olimpik 2012.
Faktor kecederaan bertali arus yang menimpa skuad Harimau Muda telah menyaksikan kita sekali lagi tewas tipis kepada Bahrain yang mana mutu permainan boleh dikatakan setaraf. Bayangkan beberapa pemain yang cedera tidak dapat diganti hanya disebab skuad negara tiada lagi pemain yang boleh digantikan. Apapun perjalanan masih lagi jauh dan penulis yakin skuad ini boleh pergi jauh kerana inilah skuad yang paling kental serta positif di dalam menghadapi rintangan yang melanda.
Sewajarnya selepas menguasai pentas Asia Tenggara, elok sekiranya skuad ini menumpukan segenap usaha di dalam mencapai status kuasa bolasepak Asia seperti yang pernah kita kecapi dahulu,
AYUH HARIMAU MUDA!!!... TERUSKAN KEMARAANMU!!!!!...
Pendekar Siber : Alangkah baguih kalau semua ahli politik Malaysia positif dan matang seperti skuad Harimau Muda.
SALAM BRO ... BLOG SAUDARA SUDAH DIPAUTKAN KEPADA BLOG GWM, MAAF ATAS KELEWATAN ... BUSY DAA! WASALAM
ReplyDelete