Sunday, December 4, 2011

Gambar Banjir Teruk Di Bandar Kajang





KAJANG – Kegiatan sindiket mengorek pasir secara haram dan pembangunan tidak terancang dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada banjir kilat luar biasa yang berlaku di bandar Kajang kelmarin.


Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara, Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, kedua-dua faktor itu mempercepatkan berlakunya banjir selain faktor hujan lebat.


“Pembangunan dan aktiviti manusia (korek pasir) boleh menjejaskan sistem pengaliran air dan bahan-bahan konkrit seperti jalan dan bangunan akan menyebabkan berlaku gangguan aliran sungai seterusnya mempercepatkan banjir,” ujarnya ketika dihubungi semalam.








Pendekar Siber : Siapa yang korek pasir di Selangor sekarang?!!!!....

No comments:

Post a Comment