Wednesday, December 7, 2011

LAGI PANAS!!! Bahagian Akhir : Lagi Bukti BN Boleh Rampas Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, sambungan dari posting terdahulu.


Harapan orang Melayu


Orang Melayu Pulau Pinang mengharapkan sebuah Kerajaan Negeri yang membela nasib dan masa depan orang Melayu dengan lebih mendekati mereka dan prihatin atas segala masalah mereka. Orang Melayu Pulau Pinang juga mahukan bantuan secara terus kerana mereka tidak suka kepada persaingan. Jika boleh salurkan bantuan secara terus bukan berlumba-lumba dengan bangsa lain. Di samping itu, mereka juga mahukan bantuan "one off" dalam bentuk tunai dan keperluan harian kerana itu lebih menyebabkan mereka yakin kepada kepimpinan kerajaan Negeri. Dan Orang Melayu Pulau Pinang mahukan agar kerajaan Negeri tidak bersikap "bias" dan mengamalkan diskriminasi dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan serta mahukan tokoh atau calon yang boleh duduk bersembang, turun ke bawah "down to earth" dan boleh sedia mendengar segala keluhan dan masalah mereka.


Pemimpin UMNO dilihat memilik kualiti yang diperlukan oleh Orang Melayu Pulau Pinang berbanding dengan parti-parti kompenen lain dalam Barisan Nasional dan juga Kerajaan Negeri DAP (Cina). Namun usaha ini perlu konsisten dan tidak hanya tertumpu pada musim pilihanraya sahaja kerana pengundi sudah semakin bijak menilai dan berani memilih mana-mana parti atau menolak mana-mana parti berdasarkan pemerhatian mereka.


*Laporan "Kajian persepsi dan tanggapan pengundi Melayu terhadap Kerajaan Negeri PR DAP Pulau Pinang" ini disediakan oleh Panel Penyelidikan ILHAM CENTRE. Kajian ini dijalankan pada 7 hingga 9 Oktober 2011, ke atas 720 responden pengundi Melayu berdaftar, meliputi semua daerah mengundi/UPU Parlimen N41: Kepala Batas, N42: Tasek Gelugor & DUN N38: Bayan Lepas.*


Pendekar Siber : Harap-harap pemimpin UMNO PP tidak tidoq lena dan terus bersedia mengambil kesempatan yang terhidang ini bagi membukti bahawa BN benar-benar membela nasib Orang Melayu Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment