TUN Dr. Mahathir pernah membuat kejutan pada awal 2011 apabila menolak cadangan pembinaan kilang Lynas di Malaysia. Menurut Tun Mahathir, negara pernah mempunyai pengalaman buruk untuk melupuskan sisa radioaktif yang dihasilkan lombong bijih timah Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak.Penyudahannya, kesemua sisa radioaktif tersebut terpaksa ditanam mengikut prosedur tertentu bagi mengelakkannya menjejaskan masyarakat setempat.
Kesempatan dari kenyataan Tun Mahathir itu digunakan sepenuhnya oleh parti pembangkang yang mendalangi NGO-NGO yang ditubuhkan untuk menentang pembinaan kilang Lynas bagi menguatkan hujah kenapa kilang tersebut tidak boleh dibina di Malaysia.
Disini pun sudah jelas hipkorit pembangkang, lupalah mereka dulu juga yang galak mengutuk Tun Mahathir dengan pelbagai macam gelaran, tapi bila ada kenyataan beliau yang boleh digunakan untuk menyokong fitnah mereka mengenai Lynas ini, mereka tidak segan silu untuk menggunakannya. Malah penulis berani mengatakan, kalau tidak kerana Tun Mahathir buka mulut mengenai soal ARE, sampai ke sudah tidak akan ada sesiapa pun yang tahu mengenainya.
Bagaimanapun, lidah puak-puak pembangkang yang ligat memutar kenyataan Tun Mahathir mengenai ARE itu, kembali membelit ke dalam setelah Tun Mahathir menarik semula kenyataan awalnya itu dan memberi sokongan kepada pembinaan kilang Lynas. Untuk menutup malu, pihak pembangkang mengaitkan perubahan pendirian ini dengan jawatan anak lelaki bongsu beliau, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri MITI (yang bertanggungjawab menguruskan kemasukan pelaburan asing, tidak terkecuali Lynas).
Sebetulnya Tun Mahathir telah diberikan taklimat dari agensi-agensi berkaitan yang mengesahkan bahawa kilang Lynas menggunakan bahan mentah yang jauh berbeza dari yang digunakan oleh ARE yang menyebabkan pencemaran radioaktif itu. Monazit yang digunakan ARE mengandungi kesan radioaktif yang jauh lebih tinggi (37 kali) dari bahan mentah (bukan Monazit) yang digunakan Lynas. Sisa-sisa yang dihasilkan ARE juga adalah 60 kali lebih tinggi kesan radiasinya dibandingkan dengan Lynas.
Itu menunjukkan kilang Lynas tidak menghasilkan kesan bahaya yang sama dengan ARE yang menjadi punca bantahan awal Tun Dr. Mahathir terhadap Lynas. Tun Mahathir juga seperti manusia biasa yang lain, boleh terkhilaf dalam membuat kenyataan tapi yang membezakan beliau dengan pembangkang ialah keberanian beliau menarik semula kenyataan itu setelah menerima penerangan yang sepatutnya.
Penduduk Gebeng dan Balok yang penulis temui juga pernah menyatakan kehairanan mereka kenapa tapak kilang Lynas itu perlu ditambak sebelum pembinaan bermula. Menurut mereka, tanah tapak kilang tersebut bukannya tapak paya atau laut sehingga perlu ditambak. Tapi setelah diterangkan oleh pihak pengurusan Lynas yang tujuan penambakan itu adalah bagi membolehkan kilang Lynas didirikan lebih tinggi dari punca mata air (2m) untuk mengelak risiko pencemaran, barulah penduduk tersebut faham.
Fakta ini membuktikan bahawa kilang Lynas mengambil langkah-langkah keselamatan yang jauh lebih tinggi dari standard biasa yang digunapakai dalam kod pembinaan di negara ini. Semuanya demi memastikan keselamatan rakyat akan lebih terjamin walaupun langkah dan peraturan sedia ada sudah memadai. Jelasnya kilang Lynas tidak mengancam kesihatan sesiapa kerana langkah-langkah sewajarnya telah diambil bagi memastikan rakyat dilindungi dari bahaya radiasi yang sebenarnya tidak wujud pun. Ia hanya wujud dalam imaginasi pembangkang demi memastikan agenda pihak asing yang membiayai kempen ini berjaya.
Justeru rakyat Gebeng, Balok dan Kuantan seharusnya menjarakkan diri dari menghadiri perhimpunan Himpunan Hijau 2.0 ini kerana sudah jelas kilang L ynas tidak ada risiko kesihata akibat radioaktif yang dihebahkan pembangkang. Tajuk Himpunan Hijau 2.0 itu hanyalah sebagai daya penarik sahaja, tujuan sebenarnya ialah untuk mengutuk kerajaan Barisan Nasional.
Sumber : http://mynewshub.my/2012/02/23/lynas-berbeza-dengan-asian-rare-earth-are/
Pendekar Siber : Pakatan Rakyat serupa Pakatan Haramjadah. Dah tadak isu depa nak tibai Barisan Nasional... Bodo piang!!!....
No comments:
Post a Comment