Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,
Sudah lama penulis tidak menulis di dalam blog ini. Ini tidak bermaksud bahawa tiada isu terbaru melanda negeri Pulau Pinang ini. Kekangan masa dan komitmen lain yang menyebabkan penulis tidak dapat menulis di dalam blog ini yang mana penulis hanya seorang blogger jalanan yang tidak mengharapkan sebarang habuan kecuali mengharapkan agar negara aman dan damai.
Penulis menziarahi jenazah sepupu penulis di sebuah kampung di Bayan Lepas dan penulis berkesempatan untuk berbual dengan beberapa orang saudara penulis yang telah lama tinggal di bahagian pulau negeri Pulau Pinang ini. Saudara penulis ini sepanjang pengetahuan penulis tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik atau menyokong mana-mana parti politik.
Beliau menyatakan kekesalannya ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas pembohongan terhadap pemberian elaun kepada Sekolah Agama Rakyat di negeri ini. Melalui risalah yang sering dihantar terus ke peti surat beliau, Kerajaan Negeri sering kali menyatakan bahawa sejumlah peruntukkan besar telah diagihkan kepada SAR. Namun apa yang amat mendukacitakan saudara penulis ini adalah apabila beliau hadir untuk mendaftarkan anak beliau ke salah sebuah SAR di negeri ini, beliau berkesempatan untuk mendapatkan penjelasan dari seorang guru di SAR tersebut.
Beliau amat terkejut mendengar penjelasan dari guru tersebut yang menyatakan bahawa semua perbelanjaan yang melibatkan SAR adalah datang dari Kerajaan Persekutuan iaitu melalui JAKIM dan bukannya melalui Kerajaan Negeri seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka melalui risalah yang sering dihantar terus ke peti surat. Penulis juga pernah berkesempatan untuk melihat risalah-risalah tersebut dan berasa curiga dengan angka-angka yang ditunjukkan di dalam risalah berkenaan.
Ini adalah satu budaya baru Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang secara konsisten dan terang-terangan membohongi rakyat negeri Pulau Pinang dengan harapan agar seluruh rakyat negeri ini mempercayai segala fitnah dan pembohongan secara konsisten dari mereka.
Pendekar Siber : Dah sampai masa untuk kita 'talkinkan' Kerajaan Negeri DAP' ni... Lagi lama lagi banyak dok merapu... ranjau la lebih... sibuk dok kata orang lain 'HARAMJADAH'....
No comments:
Post a Comment