Friday, May 11, 2012

Apa Sudah Jadi Dengan Papa Nurul Izzah?...






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Anwar sudahpun mengerahkan Jawatankuasa Strategik dan Manifesto PKR bermesyuarat dalam tempoh yang terdekat, untuk melihat semula impak dan kesan pemberian RM15k kepada setiap warga FELDA oleh PM Najib. Anwar nak tahu kesannya. Anwar cukup jelas bahawa selama ini PR mempunyai advantage untuk berdepan dengan warga FELDA. Dengan pelbagai kes yang ada di dalam mahkamah, dicampuri pula dengan isu FGVH – Anwar cukup yakin, hampir 600,000 undi FELDA akan jatuh kepada Pakatan Rakyat.


Anwar sudah buat kerja lama. PKR juga sudah membuat usaha yang pelbagai dalam memastikan warga FELDA akan memberikan sokongan padu kepada warga FELDA. Anwar sebenarnya sudahpun membuat draf untuk memberikan ‘deal’ baru kepada warga FELDA. Ini termasuklah usaha pembatalan FGVH sekiranya mereka layak pergi ke PUTRAJAYA dan memimpin Malaysia.


Nampaknya semua yang sudah dirancang sudah berterabur. Pada asalnya, Anwar mendapat tahu bahawa Najib hanya akan umumkan saguhati sejumlah RM5k untuk semua keluarga peneroka. RM5k pada Anwar adalah angka yang masih boleh dilawan.


Namun apabila mendapat tahu pemberian mencecah angka RM15k, Anwar jadi cemas. Anwar menaruh harapan agar PR mempunyai impak di kawasan FELDA. Anwar harap sangat.


Dengan hampir 600,000 pengundi warga FELDA – nampaknya situasi akan menjadi lebih sukar. Anwar mengakui hakikat ini. Najib punya advantage yang sangat besar.


Rafizi sudahpun diarah duduk berbincang dengan Tony Pua bagi merangka ‘new deal’ kepada warga FELDA dalam masa yang terdekat ini. Antara yang mahu dilihat:-


Agenda merosakkan agenda FGVH tidak berlaku seperti diharapkan.
Tawaran perumahan baru kepada peneroka (berapa impak kewangan?);
Apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada warga FELDA sekiranya Anwar berjaya ke Putrajaya;
Mencari data-data baru salahguna kuasa di dalam FELDA;


Pendekar Siber : Balik kampung, tanah kachang....

No comments:

Post a Comment