Wednesday, May 16, 2012

Bah 2 : Kisah Unit Baru Dalam PKR-PAS-DAP....






Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Apa yang dikesalkan adalah MPSP jelas dipergunakan oleh mereka-mereka ini hanya untuk menurunkan bendera-bendera milik UMNO dan Barisan Nasional tetapi dalam masa yang sama membiarkan serta memberikan kelonggaran kepada parti-parti Pas dan Keadilan untuk terus menaikkan bendera-bendera mereka tanpa sedikit pun di ganggu gugat.


Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sentiasa melaung-laungkan pentadbiran yang Cekap,Akauntiliti dan Telus sepatutnya kejadian mengarahkan anggota PBT untuk menurunkan bendera merupakan satu pembohongan kepada rakyat malah telah meletakkan institusi PBT seperti MPSP sebagai sebuah badan yang tidak bermaruah.Jika dikira dari jumlah bendera daripada pihak Pakatan Haprak yang dinaikkan diseluruh negeri Pulau Pinang ianya sama sekali tidak pernah di usik malah dibiarkan sehingga reput.


UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah sesekali bertindak menurunkan mana-mana bendera milik parti lain dan ini membuktikan tindakan daripada pihak MPSP melalui arahan daripada pihak Pakatan Haprak jelas tidak menghormati hak parti-parti lain.


Jelas tindakan yang diambil merupakan satu lagi tindakan berniat jahat dan kurang senang pihak Pakatan Haprak terhadap UMNO dan Barisan Nasional.Melalui  maklumat terbaru yang disampaikan kepada penulis di kawasan Seberang Perai Utara khususnya di kawasan Sungai Dua tindakan bakal diambil lagi oleh MPSP terhadap bendera-bendera UMNO dan Barisan Nasional kerana laporan yang dibuat dan ianya memaksa pihak MPSP untuk mengambil tindakan.


Ketika artikel ini ditulis penulis dimaklumkan pihak MPSP sedang menurunkan bendera-bendera di seluruh kawasan Kepala Batas.Namun ramai di luar sana yang mungkin tidak tahu bahawa dalangnya adalah pihak MPSP sendiri bila mana yang terbaru Johari Kasim adalah orangnya yang melaporkan dan mengarahkan tindakan diambil.


Pendekar Siber : Sapa plak Johari Kasim ni.... nantikan pendedahan seterusnya...

No comments:

Post a Comment