Wednesday, February 9, 2011

Antara Dua Darjat...

YAB Datuk Nik Aziz tidak berubah,dia tidak pernah menukarkan pakaiannya,kupiah lebai dan baju Melayu bersamping kain pelekat (bukan songket), dia tetap memberikan taskirah dan mengajar agama kepada orang kampung . Maka itu rakyat Kelantan tetap merasakan Nik Aziz sebagai salah seorang dari mereka, setaraf dengan mereka. Maka itu mereka mahu mengekalkan kerajaan mereka, kerajaan rakyat.

Rakyat tetap menghormati Nik Aziz sekalipun tidak berpakaian mahal atau mempunyai banyak motokar atau rumah seperti mahligai. Rakyat menghormatinya kerana dia tetap guru agama,guru pondok atau kerana ilmu agamanya. Samaada benar atau tidak ajarannya tidak diambil kira kerana dia berjaya membuatkan rakyat percaya kepadanya dengan kesederhanaanya dan kejujurannya, tidak hipokrit dan tidak berpura pura.

Kebanyakan pemimpin UMNO terutama di Kelantan sebelum pun menjadi wakil rakyat, hanya diperingkat Ketua Bahagian pun sudah mempunyai rumah lebih besar dari Tok Guru, menunjukan cita rasa dan gaya hidup yang tinggi yang berbeza dengan rakyat biasa, setelah menjadi wakil rakyat lagi banyak perubahan identiti berlaku dan apabila menjadi menteri menunjukan kekayaan yang melimpah limpah. Di Kedah baru menjadi menjadi Menteri Besar BN pun sudah naik private jet.

Perdana Menteri Najib cuba jadi rakyat biasa, turun padang minum teh tarik bersama rakyat di kedai India di Brikfield walaupun masih kelihatan agak janggal tetapi kita mesti angkat topi kepada usahanya ini. Seperti bapanya juga Najib berimejkan orang bangsawan tetapi Tun Razak dapat memahami masalah dan kehendak rakyat dengan tepat.

Maka itu bapanya dapat membrikan ubat yang mujarab dan sesuai dengan penyakit yang dihadapi oleh rakyat. Allahyarham menembak dengan tepat terhadap musuh rakyat dan membina Malaysia yang harmoni dan stabil. Bakat ini ada pada Najib dan baru mulai menyerlah. Beri masa kepadanya.

Persoalannya sekarang adakah golongan pemimpin UMNO mampu mengubah dari gaya hidup mewah ke kehidupan yang sederhana sesuai dengan kehendak rakyat? Persoalan itu bakal terjawab setelah selesainya PRU13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.... 

No comments:

Post a Comment