Tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang memperlekehkan usaha menyelamat dan pemindahan ini, malah yang lebih teruk dan parah, ada segelintir mala'un yang cuba nak mempolitikkan musibah kemanusiaan yang menimpa rakyat Malaysia ini. Terdengar disana suara-suara sumbang yang memutarbelitkan cerita konon operasi menyelamat ini bersifat memilih, ada yang dianaktirikan kononnya (terutama mereka yang didakwa menyokong pihak tertentu); dan ada juga yang membawa cerita para pelajar dan warga dikenakan bayaran oleh Kerajaan untuk tambang dan kos menyelamat dan pemindahan ini! Begitulah segelintir pak jangoat yang tidak habis-habis nak berpolitik. Hatta dalam soal nyawa dan keselamatan rakyat pun nak main politik juga!! Memang musibat haibat mereka ini!
Penulis mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir yang telah berjaya melaksanakan operasi menyelamat dan memindah pelajar dan warganegara Malaysia yang terperangkap dalam kemelut rusuhan di Mesir. Kgigihan dan komitmen mereka yang tidak kenal penat lelah sangatlah dihargai.
Pada hakikatnya kesemua pelajar dan warganegara Malaysia yang secara sukarela mahu diselamatkan dan pulang ke negara telah selamat dikeluarkan dari bumi Mesir, tidak kira apa fahaman politik atau latarbelakang mereka. Lebih 11,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pemindahan ini. Yang tinggal pun adalah mereka yang memang telah membuat keputusan sendiri mahu terus tinggal di Mesir; samada dari kalangan pelajar (terutamanya pelajar perubatan yang menduduki peperiksaan) dan warga Malaysia yang berkahwin dengan rakyat tempatan. Itupun jumlahnya tidak sampai 300 orang. Yang lainnya semua telah dikeluarkan dan diselamatkan.
No comments:
Post a Comment