Thursday, February 24, 2011

Bangsa Minoriti Yang Kurang Ajar!!....

Sebuah pertubuhan yang mewakili kaum minoriti di negara ini sudah semakin melampau dan kurang ajar. Malah ada pihak cuba menangguk di air keruh untuk mengujudkan kekecohan dan kekacauan dalam negara dengan meniru cara rusuhan perkauman 13 Mei 1969. Malah ada yang cuba menyamakannya dengan rusuhan dan kekacauan yang berlaku di Tunisia, Mesir, dan lain-lain negara di Timur Tengah.

Demikian menurut laporan yang disiarkan dilaman web pro-Anwar dan pro-pembangkang, www.humanrightspartymalaysia.com, www.malaysianmirror.com dan www.malaysiantoday.com yang menyiarkan rancangan demonstarsi revolusi tersebut dan surat W. Moorthy kepada pimpinan Pakatan pembangkang Anwar Ibrahim, Kit Siang & Ustad Hj. Hadi Awang untuk menyertai himpunan dan demonstrasi bantahan besar-besaran pada 27 Februari 2011 depan.

Isu yang cuba untuk dibangkitkan oleh pertubuhan yang tak sedar diri adalah berkenaan novel Interlok yang dikatakan mengandungi rujukan kepada satu kasta didalam masyarakat India iaitu "kasta pariah".  Tidakkah mereka tahu bahawa novel "Interlok" ditulis oleh Datuk Abdullah Hussain dan diterbitkan pada tahun 1971 oleh penerbit Angkatan Baru. Ianya sudah menjadi bahan bacaan lebih 40 tahun!! Belum pernah terdengar apa-apa komplen atau rungutan sepanjang 40 tahun itu. Mengapa sekarang? Dan yang peliknya, ada diantara mereka tidak pernah membaca pun novel tersebut!! Tetapi membuat bantahan dan rusuhan secara emosional dan membabi-buta tanpa tahu hujung pangkal cerita.

Sekiranya dihalusi coretan Datuk Abdullah di dalam novel tersebut,  masyarakat Melayu juga dikritik pedas oleh beliau didalam novel tersebut. Tak pernah pulak dengar orang Melayu nak mengamuk. Kerana apa yang ditulis oleh Datuk Abdullah adalah hakikat sejarah, dan cara kehidupan yang diamalkan masa lalu. Gunanya adalah supaya kita mengambul iktibar dari sejarah. Kerana bangsa yang tidak mahu mengakui sejarahnya sendiri adalah bangsa yang sudah mati!

Mereka perlu tahu bahawa Anugerah Sasterawan Negara telah diberikan kepada Datuk Abdullah dan panel Anugerah Sastera pada masa itu dipengerusikan OLEH YAB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, TIMBALAN PERDANA MENTERI pada masa itu. Kenapa pertubuhan yang tak sedar diri merujuk kepada DS ANWAR IBRAHIM berkenaan perkara ini.

Ingatlah wahai umat Islam! Ingatlah wahai bangsa Melayu! Janganlah keghairahan kita untuk berpolitik sehingga menggadai agama, bangsa dan tanah air kita! Janganlah politiking melampau yang kita amalkan sekarang menjadi bahan peruntuh watan kita! Janganlah menjadi politikus kalkatus, yang terpedaya dengan kilauan cahaya pembunuh, yang akhirnya memusnahkan kita sendiri. Ketepikanlah perbezaan fahaman, buanglah perbezaan politik, campaklah pertikaian sesama kita.

ALLAHUAKHBAR!!!.... 

No comments:

Post a Comment