Monday, April 18, 2011

Skandal Video Seks

Penulis melihat blogger-blogger pro BN semakin galak menyerang DSAI mengenai skandal video seks yang dikaitkan dengan beliau. Kita masih menunggu pengesahan dari pihak polis mengenai video itu. Secara logik akalnya, cuba kita renungi bagaimana polis atau pihak peguam negara boleh mengenakan tuduhan atau hukuman terhadap DSAI. Atau mungkin pihak-pihak tersebut terpaksa merujuk kepada Jabatan Agama yang berkenaan kerana tuduhan yang boleh dikenakan mungkin di atas kesalahan melakukan persetubuhan haram.


Satu lagi aspek yang perlu kita ketahui adalah sesuai dengan amalan dan ajaran Agama Islam kita agar kita tidak membuka aib sesama kita apatah lagi sesama saudara Islam kita sendiri. Penulis difahamkan bahawa ganjaran dosa besar bakal diterima oleh sesiapa saja yang membuka aib saudaranya sendiri.

Adalah lebih afdal sekiranya para blogger menumpukan kepada pembelaan rakyat kerana rakyatlah yang menentukan pembentukan sesebuah kerajaan melalui undi mereka pada piliharaya dari terus fokus membantai DSAI dengan skandal video seks yang masih belum disahkan oleh pihak polis. Wajar juga difokuskan kepada kes liwat Saiful serta keengganan DSAI untuk menyerahkan DNA beliau kepada pihak berkuasa. Penulis tidak berniat untuk memihak kepada DSAI yang semakin gelabah tidak tentu arah apabila sesetengah pihak bertanyakan beberapa soalan 'cepu mas' tempohari. Bagi penulis, DSAI sudah semakin hilang kredibilitinya sebagai Ketua Pembangkang dengan sikap pembohongnya yang tiada kesudahan.

Rakyat sudah muak dengan tingkah laku DSAI dan konco2nya. Penulis yakin bahawa rakyat tidak lagi akan memihak kepada PKR kecuali realiti pengundi cina tidak akan memihak kepada BN. Persoalannya, adakah PKR mampu bertahan hanya dengan undi dari pengundi cina sahaja?..... Dalam keadaan sekarang, pengundi cina lebih cenderung menyokong parti DAP dan adakah PKR mampu bersaing dengan DAP?... Kita tunggu dan lihat....

No comments:

Post a Comment