Wednesday, June 29, 2011

Kisah Mengenai Komunis Di Kemboja

Penulis ingin membawa satu kisah benar yang berlaku di bumi Kemboja satu ketika dahulu. Kisah ini diceritakan salah seorang peserta kursus di sebuah negeri di utara tanah air.

Di negara Kemboja, pihak komunis telah mengambil pendekatan yang berbeza pada awalnya untuk menakluki hati penduduk-penduduk di sebuah kampung. Pihak komunis melalui anggota-anggota mereka ini telah masuk ke rumah-rumah penduduk kampung yang bertujuan untuk mengambil semua bahan makanan untuk dibawa kembali ke tempat persembunyian mereka. Apa yang menarik, setiap kali mereka mengambil barang keperluan harian dari setiap rumah penduduk kampung, pihak komunis ini akan meletakkan sejumlah wang sebagai 'gantian' kepada bahan keperluan yang mereka ambil.

Para penduduk kampung menganggap bahawa ini adalah salah satu punca rezeki mereka dan terus membiarkan anggota-anggota komunis ini terus mengambil barang keperluan harian kerana setiap barang keperluan yang diambil akan digantikan dengan sejumlah wang. Perkara ini berlarutan untuk sekian lama sehingga para penduduk kampung bersepakat untuk mengadakan satu majlis keraian untuk meraikan anggota-anggota komunis ini.

Sebagai tanda terima kasih kepada anggota-anggota komunis ini, para penduduk telah mengadakan satu majlis keraian di sebuah dewan dengan menjemput seluruh warga anggota komunis untuk hadir ke majlis tersebut. Majlis itu mendapat sambutan yang amat baik dengan kehadiran para pemimpin dan ulama-ulama di sekitar kawasan berkenaan.

Setelah hampir selesai majlis tersebut, secara tiba-tiba semua pintu masuk dewan tersebut ditutup dan pihak komunis telah mengambil kesempatan untuk menembak mati semua penduduk kampung yang ada di dalam dewan tersebut. Tiada seorang pun dari kalangan penduduk kampung yang berada di dalam dewan tersebut dapat menyelamatkan diri. Malah semua pemimpin dan ulamak sekitar kampung berkenaan mati bergelimpangan dan kesan darah mereka masih boleh dilihat di dewan berkenaan sehingga ke hari ini.

Itulah muslihat paling licik golongan komunis ini dan tidak mustahil golongan yang berpemikiran seperti komunis di negara ini akan mengambil pendekatan dan kaedah yang sama seperti golongan komunis di Kemboja. Adakah kita sedar dan benar-benar faham tentang bahaya ancaman komunis ini?... Fikirkanlah....

No comments:

Post a Comment