Monday, November 28, 2011

LAGI PANAS!!! Bahagian 3 : Lagi Bukti BN Boleh Rampas Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, sambungan dari posting terdahulu.


Siapa Juara Orang Melayu Pulau Pinang?
Adakah PAS menjuarai Melayu Negeri Pulau Pinang? TIDAK SAMA SEKALI! PAS Pulau Pinang tidak memberikan kesan di hati pengundi Melayu. Kehadiran PAS dan dilihat sebagai pembela Melayu-Islam tidak dirasai di sini. Tokoh-tokoh dan kepimpinan PAS kurang dikenali oleh pengundi berbanding tokoh-tokoh daripada UMNO. Ini adalah disebabkan PAS di bawah Pesuruhjaya, Ustaz Salleh Man terlalu lemah dan gagal meletakkan PAS dikenali dan disegani oleh pengundi sama ada dari segi kebajikan, program kemasyarakatan serta dakwah di mana semuanya tidak membekas dihati orang Melayu. Mengenai kepimpinan Tuan Haji Mohamad Sabu dan Dr. Mujahid Yusof Rawa (mereka ini berasal daripada Pulau Pinang) ternyata kedua-dua tokoh ini dilihat jauh daripada politik Pulau Pinang dan mereka dikatakan tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu Pulau Pinang. Tambahan PAS pula dikaitkan sebagai boneka DAP.
PKR tidak dilihat boleh membela Melayu walaupun Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman dan EXCO Abdul Malik Abul Kasim merupakan tokoh Melayu berjawatan tinggi di dalam Kerajaan Negeri. Ini juga kerana PKR dilihat sebagai parti "multiracial" yang agak tidak berideologi Melayu, maka pengundi Melayu melihat bahawa PKR tidak dapat membela nasib Melayu.Faktor Anwar Ibrahim tidak dilihat dapat mempengaruhi keseluruhan pengundi Melayu di Pulau Pinang, dan hanya berkesan dibeberapa kawasan terutama di Permatang Pauh. Selain itu, isu yang melibatkan PKR juga sedikit sebanyak memberikan perspektif negatif seperti isu Timbalan Ketua Menteri lama (Fairus) dan isu lompat parti.


Selepas ini : Siapa Juara Melayu Pulau Pinang? UMNO?...


Pendekar Siber : Nasib orang Melayu Pulau Pinang harus terus dibela tanpa mengira siapa yang memerintah nanti.... terpulang kepada orang Melayu Pulau Pinang untuk menentukan masa depan mereka...

No comments:

Post a Comment