Tuesday, November 29, 2011

LAGI PANAS!!! Bahagian 4 : Lagi Bukti BN Boleh Rampas Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, sambungan dari posting terdahulu.



Siapa Juara Melayu Pulau Pinang? UMNO?...
UMNO Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu (berketurunan mamak). Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini. Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa UMNO adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang.
UMNO tidak mempunyai tokoh yang dikatakan berkaliber dan berdedikasi setelah kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat serta perletakan jawatan Pak Lah sebagai Perdana Menteri serta ketiadaan beliau di dalam UMNO Pusat, namun rakyat masih lagi bergantung harap dengan UMNO.
Kredibiliti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baru iaitu YBhg Dato Zainol Abidin Osman yang mempunyai pengalaman luas di peringkat nasional diharap dapat membela nasib orang Melayu Pulau Pinang. Namun begitu beliau juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa tsunami politik yang melanda pada tahun 2008 yang lalu. UMNO juga dilihat agak konsisten kerana telah berusaha untuk meningkatkan jumlah pengundi baru dalam daftar SPR berbanding dengan rakan-rakan komponen mereka di dalam Barisan Nasional yang sunyi sepi tanpa berita ibarat 'hidup segan, mati tak mahu'.
UMNO Pulau Pinang perlu memainkan peranan penting bagi memastikan parti-parti komponen di dalam BN berganding bahu bersama-sama memastikan nasib orang Negeri Pulau Pinang terutamanya orang Melayu Pulau Pinang terus dibela dan mendapat perhatian yang sewajarnya. Orang Melayu bergantung harap kepada UMNO dan BN kerana mereka melihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa ini hanya diperintah oleh DAP dan bukannya PAKATAN RAKYAT.


Selepas ini : Pandangan Terhadap Dasar Kerajaan Negeri & Lim Guan Eng


Pendekar Siber : Parti komponen dalam BN terutama di Pulau Pinang 'tgh dok rileks padang kota'... 

No comments:

Post a Comment