Assalamualaikum & Salam 1 Muharram 1433H,
Penulis tertarik dengan kajian yang telah dijalankan oleh ILHAM Centre iaitu sebuah badan bebas yang menjalankan penyelidikan dari sudut ekonomi, politik dan sosial dengan bersandarkan kepada fakta dan bukti yang kukuh.
Kajian ILHAM pada kali ini lebih menjuruskan kepada persepsi dan tanggapan orang Melayu terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kini diketuai oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dari DAP. Penulis telah meneliti beberapa laporan kajian ILHAM mengenai beberapa siri PRK terdahulu dan penulis mendapati bahawa kajian tersebut tidak tersasar jauh dengan keputusan PRK tersebut.
DILEMMA DAN PERMASALAHAN PENGUNDI MELAYU
Dari sudut politik, orang Melayu Pulau Pinang di kawasan kajian memperlihatkan sikap tidak kondusif terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mereka melihat bahawa kuasa Melayu terhakis apabila DAP memerintah negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini telah dikuasai olen golongan Cina DAP yang cauvanis.
Dari sudut ekonomi pula, orang Melayu Pulau Pinang berasa mereka terus ketinggalan di dalam arus pembangunan ekonomi di mana orang Cina lebih dominan mengaut hasil ekonomi. Golongan mamak juga antara yang sering menjadi perbandingan kepada orang Melayu Pulau Pinang. Dalam isu hartanah pula, orang Melayu seolah-olah memahami bahawa mereka jauh ketinggalan untuk bersaing yang menyebabkan mereka akur bahawa kuasa jual beli tanah di Pulau Pinang itu tinggi. Mereka hanya mampu membeli hartanah di pinggir Pulau Pinang seperti di Kulim, Parit Buntar dan Sungai Petani kerana budaya orang Melayu yang sukakan suasana hidup harmoni serta tidak suka hiruk-pikuk kota di dalam kehidupan harian mereka.
Dari sudut sosial, generasi kedua Melayu Pulau Pinang juga agak rasional dan dilihat lebih terbuka dalam menilai prestasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Generasi ini juga menghadapi pelbagai cabaran pembangunan yang hebat untuk 'survive' dalam arus ini di Pulau Pinang terutama dalam peluang meriah peluang pekerjaan, pendidikan dan pendapatan sara diri.
SELEPAS INI : PANDANGAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI...
Pendekar Siber : Menarik sungguh kajian ni.... pening kepala la Guan Eng nak pikiaq.... tu la JAHAT sangat....
No comments:
Post a Comment