Sunday, August 21, 2011

AKU TIDAK SOLAT...TETAPI AKU TETAP BERJAYA...itu adalah istidraj...apa itu ISTIDRAJ???


Salam Ramadhan,


Satu artikel untuk renungan kita bersama.


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. 


Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?


Maka saya hendak bertanya kepada anda.


Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?


Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.


Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.


Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,


“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”


Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.


Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.


Nah… Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”


Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.


Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.


Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.


“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”


ALLAH menjawab,


“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”


Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?


Saya yakin tidak..


Anda tenang sekarang?


Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.


Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Thursday, August 18, 2011

Isu Larangan Menggunakan Pembesar Suara

Rakyat Pulau Pinang akhirnya berkesempatan untuk melihat dan mendengar penjelasan mengenai isu larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum masuknya waktu Subuh. Penulis masih teringat semasa penulis masih bersekolah di sebuah sekolah di Jalan Mesjid Negeri sekitar tahun 1990-an, penulis sering mendengar bacaan ayat suci yang penulis percaya dilaungkan dari Masjid Negeri berhampiran asrama tempat tinggal penulis.


Ternyata suasana pada waktu sangat syahdu dan membangkitkan rasa keinsafan kepada sesiapa yang mendengarnya termasuk penulis sendiri. Namum agak menghairakan kenapa baru sekarang setelah hampir 21 tahun, tiba-tiba larangan tersebut dikeluarkan. Kenapa larangan tersebut tidak dikeluarkan 21 tahun yang lalu? Apa kaitan larangan tersebut dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang?


Bukan niat penulis untuk mempertikaikan mana-mana pihak. Namum sebagai Hamba Allah yang dibesarkan dalam agama Islam sejak dari kecil dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu tentang Islam, penulis berasa penulis berhak untuk menyatakan sedikit pandangan tentang isu ini.


Penulis agak musykil kerana di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh YBhg Dato' SS Mufti semasa memperjelaskan tentang isu ini di satu sidang media, Dato' SS Mufti telah menyatakan secara lisan bahawa beliau adalah merupakan Ketua Agama bagi Negeri Pulau Pinang. Ini amat bertentang dengan Enakmen Negeri yang menyatakan bahawa Ketua Agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang adalah YDP Agong. Malah satu ketetapan mengenai pemilihan Jawatankuasa Qaryah Masjid Melalui Pilihanraya tidak dapat diadakan tidak lama dahulu kerana tidak mendapat perkenan Tuanku.


Dato' SS Mufti juga menyatakan bahawa kepada sesiapa yang tidak mengikuti larangan ini, maka tanggunglah dosa di akhirat nanti. Persoalannya adalah apakah larangan Rasullah SAW (seperti yang dimaksudkan oleh Dato' SS Mufti) hanya ditujukan khas untuk Negeri Pulau Pinang sahaja? Bagaimana dengan negeri-negeri lain di Malaysia? Penulis mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan dapat mengadakan musyawarah tergempar bagi menangani isu ini kerana ketidakseragaman ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia.


Dato' SS Mufti secara terbuka menyatakan kekesalan di atas kenyataan yang tidak profesional dari pihak-pihak yang berkenaan termasuk menuduh Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat pertuduhan secara melulu. Penulis difahamkan bahawa Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan telah menasihatkan agar Jawatankuasa Fatwa Negeri tidak mengambil tindakan secara melulu berkaitan dengan isu ini. Apakah Dato' SS Mufti menyatakan bahawa Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan tidak profesional?


Agak menghairakan apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri hanya memetik satu hadis Nabi sahaja dalam mengeluarkan nasihat hukum dan menyarakan agar umat Islam melihat laman web islamweb.net. Apakah orang-orang kampung yang sedang membaca Al-Quran berkesempatan untuk melihat laman web tersebut? Atau Dato' SS Mufti telah terperangkap dengan mainan politik DAP?...


Pendekar Siber : Semoga kita dijauhkan dari mainan politik halus DAP... Amin...

Sunday, August 14, 2011

JAIS Dan Isu Serbu Gereja

Apabila berlaku isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) masing-masing di kalangan masyarakat Islam melenting menyalahkan istitusi-institusi yang melaksanakan hukum Islam seperti Jabatan Zakat, Baitumal malah Jabatan Agama Islam.

Isu yang sebenar tidak kita ‘address’ sebaliknya kita melalut menyalahkan pihak-pihak kita sendiri dan inilah yang ingin dilihat hasilnya oleh gerakan anti Islam.

Kita sesama kita sudah mula menuding jari dan mempersoalkan integriti jabatan-jabatan ini. Sesungguhnya perbalahan dalaman seperti ini adalah tidak sihat dan dibimbangi kelak akan menjadi "out of proportion".  Inilah yang sebenarnya hasil yang ingin diraih oleh golongan anti Islam ini. Mereka bertepuk sorak melihat gelagat kita. 



Berhubung isu siasatan JAIS, Jais seharusnya diberi masa secukupnya untuk mengemukakan lapuran mereka, jangan didesak dan diasak oleh sesiapa dengan tekanan yang tidak munasabah.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerajaan negeri difahamkan JAIS mengalami kesulitan mendapatkan keterangan daripada 12 individu Islam yang menyertai upacara 'Thanksgiving' di DUMC kerana telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing.

Mana mungkin puak yang 12 orang ini muncul memberi keterangan kerana implikasinya jika mereka didapati salah, apakah hukum orang yang murtad?

Mereka akan dilindungi dan peguam-peguam hebat mereka akan membela habis-habisan dan mahkamah akan digunakan sebagai pentas untuk menghina umat Islam.

Konklusinya, sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam kita hanya menjawab kepada Allah SWT.

Saturday, August 13, 2011

Pakatan Selamatkan RM200 Bilion Wang Rakyat?

Kita kena beri kredit kepada Anwar, setelah sekian lama menjawat jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, sejarah telah dilakar untuk kali pertama Anwar berbicara tentang ekonomi dalam skala yang besar dan hebat. Mesyuarat kononnya PEMIKIR EKONOMI kepada Pakatan Rakyat bersetuju dan berjanji bahawa mereka mampu untuk menjimatkan duit kerajaan sebanyak RM200 b apabila mereka memerintah nanti. Bayangkan, kalau apa yang dirancang ini jadi kejayaan – maka RM200b boleh diagih-agihkan kepada rakyat secara terus.


Memang menarik cadangan Anwar. Menarik. Dalam semangat ramadhan, Anwar membangkitkan soal yang memang dekat dengan hati rakyat. Soal mem’belon’kan angka ini memang kehebatan Anwar. Benda RM20b pun boleh jadi RM200b. Ini kehebatan Anwar Ibrahim. Mungkin Anwar sudah terbiasa bercakap ‘bilion-bilion’ rupiah sewaktu melawat dan berjumpa Abu Rizal Bakrie dan Mochtar Riady di Indonesia.



Rakyat memang menantikan model ekonomi sebenar yang Anwar nak bawa. Janganlah bicara bab Buku Jingga lagi. Nampak sangat membohongnya. Bagi rakyat satu kerangka ekonomi yang lebih jelas dan menjanjikan. Jimat di mana? Berapa? Daripada mana? Apa yang perlu dipotong dan dikurangkan? Cukai mana yang boleh digantikan? Apakah Anwar juga mahu laksana GST? Bila? Dalam bentuk apa?
Penasihat Ekonomi janganlah berbicara tanpa sebarang statistik dan angka. Jadi menipu bunyinya. Penjimatan di mana? Apakah sebagai PM Anwar rela tinggal di Segambut berbanding di Putrajaya? Jual dan auction kan kediaman Perdana Menteri? Apa yang Anwar nak buat sebenarnya?
Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan satu belanjawan yang baik bagi tahun 2011 untuk semua rakyat di negara ini, di samping menyelamatkan RM200 bilion wang rakyat yang tiris dalam belanjawan yang disediakan dan diibentangkan oleh kerajaan BN bagi tahun lalu.
Bagi mencapai matlamat itu, Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan belanjawan yang menekankan kesemua subsidi akan disalurkan terus kepada rakyat, khususnya golongan sasar, bagi menjadikan belanjawan itu benar-benar berguna kepada pelbagai lapisan rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah belanjawan yang turut menekankan tentang penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Umno BN, sehingga menyebabkan peruntukan subsidi RM200 billion untuk petroleum tidak sampai kepada orang ramai.
Menurut beliau, peruntukkan tersebut cukup besar. Ia sepatutnya sampai kepada sasaran, tetapi terjadi di sebaliknya ekoran sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin Umno BN yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan subsidi itu bagi kepentingan mereka sendiri.
Kita tahu, kalau Mohamad Sabu mula bercakap pasal ekonomi – maksudnya memang kita akan ada dalam masalah besar. PAS selama ini bagai nak tenggelam dengan kemiskinan; sentiasa meminta belas kasihan PKR Selangor; boleh nak berbicara pasal bilion-bilion. Ini LAWAK apa?
Pendekar Siber : Pakatan Rakyat cuba buat kona baring...

Friday, August 12, 2011

Siapa YB Dato' Dr Hasan Ali : Bahagian 3

Hari ini, Dr. Hasan Ali tetap Dr. Hasan Ali. Perjuangan Islamnya tidak luntur. Memegang jawatan Exco Selangor bagi Hal Ehwal Agama bukan satu habuan bagi beliau, tetapi satu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH swt nanti. Beliau selalu bertanya kepada dirinya, "boleh kah aku jawab dihadapan ALLAH nanti". 


Bila ditanya Dr. Hasan Ali semasa isu rampasan arak oleh MBSA. Dengan berani dan tanpa takut sedikitpun kepada DAP atau mana-mana kafir, Dr. Hasan Ali membela tindakan MBSA merampas arak yang dijual dikedai-kedai runcit dan serbaneka secara terbuka dalam negeri Selangor. Tindakan yang mengundang kemarahan rakan sekongkol PAS iaitu DAP. 

Bila ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan jawatan, kata Dr. Hasan Ali, "ALLAH yang memberi, dan ALLAH boleh mengambilnya semula. Mungkin ALLAH ambil semula kerana mahu menyelamatkan aqidah kita". 
Tindakan JAIS yang bersesuaian bukan sahaja dengan membela dan mempertahankan Islam, malah menepati dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dikutuk sebagai campurtangan dalam urusan gereja. Tindakan DAP gereja menghina Islam tidak dipersalahkan, tetapi tindakan JAIS membela Islam pula yang jadi bahan cemuhan dan kutukan. Bukan sahaja dikalangan kaafirun, malah kepimpinan Melayu dalam pakatan pembangkang termasuk PKR dan PAS turut sama mengutuk JAIS. Malah MB berbangsa Melayu tiba-tiba menjadi begitu apologetik kepada gereja. Belumpun menerima lapuran penuh JAIS, MB Melayu yang bangang ini telah memohon ma'af terlebih dahulu kepadan kaum kristian dan pihak gereja la'natullah ini. Begitu bacul dan dayus segelintir bangsa melayu sekarang. 



Dalam keadaan itu, tiba-tiba Dr. Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Islam Selangor, yang sudah mendapat lapuran lengkap JAIS, bangkit mempertahan dan membela tindakan JAIS. Adalah difahamkan dalam mesyuarat tergempar Exco yang diadakan pada 04 Ogos, Dr. Hasan Ali diserang habis-habisan oleh kaum kafir la'natullah. Malangnya tiada seorangpun exco Melayu, yang berani bersuara membela dan mempertahankan Dr. Hasan Ali. 


Dan yang paling malang, kepimpinan PAS Selangor dan pusat juga langsung tidak membela Dr. Hasan Ali. Malah beliau dicemuh dan dikutuk oleh rakan sekongkolan PAS, dan dibiarkan tanpa pembelaan. Haji Hadi, Presiden PAS yang serban tak pernah lekang kat kepala juga tidak memilih untuk membela Dr. Hasan Ali. Sebaliknya beliau menghina Dr. Hasan Ali bila membuat kenyataan bahawa "PAS pusat akan berjumpa terus dengan JAIS dan gereja untuk mendapat penjelasan". Bukankah Dr. Hasan Ali Exco Hal Ehwal Islam, dan juga AJK PAS Pusat? Mengapa tidak diminta Dr. Hasan Ali, sebagai Exco, mendapatkan butiran dan maklumat lanjut daripada JAIS jika Haji Hadi berasa maklumat yang disampaikan oleh Dr. Hasan Ali tidak cukup? 


Apa hak PAS nak minta JAIS mengadap dan berikan penjelasan? Haji Hadi tak tahu kah nak bezakan antara parti dan kerajaan? JAIS adalah sebuah jabatan kerajaan, bukan lujnah dalam PAS. JAIS hanya menjawab kepada Tuanku Sultan, MAIS, Exco Hal Ehwal Islam atau MB. JAIS tidak langsung bertanggungjawab kepada mana-mana parti politik, samada UMNO atau PAS. Kalau PAS mahukan penjelasan lanjut daripada JAIS, mereka boleh buat sedemikian melalui Exco iaitu Dr. Hasan Ali. Meminta terus daripada JAIS melangkaui Dr. Hasan Ali adalah satu penghinaan besar terhadap Dr. Hasan Ali. Seolah-olah Haji Hadi tidak percaya kepada Dr. Hasan Ali! Seolah-olah suara Dr. Hasan Ali sudah tidak laku dan tidak diterima dalam PAS! 


Dan yang paling malang, Dr. Hasan Ali, insan yang bukan sahaja banyak berjasa kepada PAS, malah mengharumkan perjuangan Islam dengan pendekatan yang sangat praktikal, realistik dan Islamik, yang berjaya mengeluarkan PAS daripada kepompong kejumudan dan kelesuan hari ini menjadi bahan sepak terajang dan punching bag bukan sahaja oleh kaum kafir harbi, malah oleh partinya sendiri. Bak kata hadis Melayu, "abis madu sepah dibuang". Malah melalui maklumat terkini, mereka sedang merancang untuk menyerang peribadi Dr. Hasan Ali. Konon PAS banyak bantu Dr. Hasan Ali. Konon Dr. Hasan Ali banyak berhutang dengan PAS. Konon Dr. Hasan Ali menghadapi masalah perniagaan, dan memerlukan bantuan kewangan besar. Yang Dr. Hasan Ali sudah nak bankrap dan bermacam-macam lagi.


Kepada Dr. Hasan Ali, bersabarlah sebagaimana bersabarnya Rasulullah saw dalam berhadapan dengan karenah kaum musyrikin Mekah. Rasulullah saw sendiri berdepan dengan kata nista dan fitnah bukan dari orang lain, malah daripada ahli keluarga Baginda sendiri.


Berjuanglah demi AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


Pendekar Siber : Selepas ini Bajet Pakatan Rakyat Yang Bakal Menjimatkan Perbelanjaan Sebanyak RM200b... banyak tu... bakal diagih-agihkan kepada semua rakyat jelata....

Wednesday, August 10, 2011

Siapa YB Dato' Dr Hasan Ali : Bahagian 2

Dengan kemasukan Dr Hasan Ali, tiba-tiba PAS mendapat nafas baru. Dr. Hasan Ali dikompang keliling negara. PAS yang selama ini dilihat parti pak ustaz tiba-tiba mendapat wajah baru - wajah profesional. Kemasukan Dr. Hasan Ali membuka ruang baru kapada PAS bila ramai para profesional dan golongan iktisad menyertai PAS. PAS melihat gelombang baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Gema takbeer makin kuat mencecah pintu langit. Orang yang paling kecewa pada masa itu ialah Tun Dr. Mahathir yang melabel Dr. Hasan sebagai "ungrateful". 

Ujian pertama Dr. Hasan Ali ialah pilihanraya 1999, hampir setahun selepas Anwar dipecat. Buat pertama kali dalam sejarah negara, Dr. Hasan Ali memenangi dua kerusi serentak dalam satu pilihanraya umum, Parlimen dan DUN. Tidak pernah berlaku seorang calun menang kedua-dua kerusi yang terletak di dua negeri berlainan dan berjauhan. Dr. Hasan Ali mencipta sejarah, memenangi kerusi DUN Durian Burung dalam Parlimen Tanjung Karang, Selangor. Dan beliau juga memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar, Perak. Dan kedua-duanya adalah kubu kuat UMNO. Maka bertambah gemilang kedudukan Dr. Hasan Ali, sehingga tanpa sebarang keraguan beliau diminta menduduki kerusi Naib Presiden PAS, jawatan yang beliau menang dengan undi terbanyak.

Salah satu sumbangan terbesar Dr. Hasan Ali ialah dengan tertubuhnya Kompleks PAS Selangor di Tg. Karang. Dengan usaha beliau sendiri, mengumpul dana dan lain-lain, Dr. Hasan Ali berjaya membina sebuah kompleks untuk PAS yang besar dalam negeri Selangor, diwaktu UMNO dibawah Khir Toyo begitu berkuasa sehingga lupa diri di Selangor. Kompleks yang dinamakan KOMPAS. Kompleks PAS Selangor berdiri megah dibumi Selangor, lebih besar dan multifungsi daripada Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar.


Dr. Hasan Ali satu-satunya pimpinan PAS yang mengadakan siri kuliah dirumah. Dr. Hasan Ali mengadakan program tafaqquh fiddeen, program da'wah yang diadakan dianjung rumah beliau yang terletak berhadapan dengan Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Ramai tokoh ulama', professional dan iktisad dipanggil menyampaikan kuliah. Sambutannya sangat menggalakkan. Ramai yang hadir sehingga sesak rumah dibuatnya, ada yang datang dari jauh semata-mata mahu bersama dalam program tersebut. 

Dr. Hasan Ali sangat istiqomah dalam perjuangan Islam. Samada program motivasi, kem kecemerlangan diri atau keluarga, summer camp, forum perdana dan banyak lagi; satu mesej jelas yang beliau akan sampaikan ialah tentang keindahan Islam, kehebatan Islam, keunggulan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul. Tidak terbatas kepada hukum hakam halal haram sahaja, sebaliknya satu aplikasi kehidupan yang sangat relevan dan boleh dipraktikkan yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat; samada peringkat individu, kanak-kanak, remaja, dewasa, suami isteri dan lain-lain. Banyak buku dan hasil tulisan beliau yang diterbitkan dan dipasarkan yang mendapat sambutan luar biasa. Kaset ceramah beliau laku macam goreng pisang panas. Ceramah beliau dihadiri ribuan orang. Namun, Dr. Hasan Ali tetap seorang insan yang sangat merendah diri, cakap penuh hikmah dan nasihat, tidak pernah mendabik dada membangga diri. Dr. Hasan Ali muncul sebagai "the real walking Muslim". 


Pendekar Siber : Ikut bahagian seterusnya selepas ini...

Siapa YB Dato' Dr Hasan Ali : Bahagian 1

Dr. Hasan Ali mengasaskan sebuah entiti dinamakan Sabha Group, yang beroperasi daripada Bangsar Baru (depan Menara UOA sekarang). Melalui entiti ini, Dr, Hasan Ali memperkenalkan "kem motivasi" yang biasanya dibuat di kem Sabha di Ulu Langat. Beliau lah orangnya yang mempopularkan "kem motivasi". Berduyun-duyun ibubapa khususnya menghantar anak-anak mereka ke "summer camp" Dr. Hasan Ali. Ramai ibu-bapa menangis melihat perubahan anak mereka dalam hanya beberapa hari sahaja menghadiri kem tersebut.

Dikemuncak kegemilangan beliau, Dr. Hasan Ali dipanggil menjadi moderator satu program yang dipanggil "Forum Perdana Ehwal Islam". Program ini adalah forum yang dihadiri panel 2-3 orang ulama' atau ustadz yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 pada tiap malam Juma'at. Program ini sudah menjadi begitu hambar sehingga orang naik meluat menengoknya. Ia memberi persepsi buruk kepada uslub da'wah Islam.

Namun apabila Dr. Hasan Ali mengambil alih, beliau menukar format dan membuat re-branding kepada program ini. Diselitkan dengan unsur-unsur lawak bersahaja, dan mengupas isu semasa yang menjadi bualan umat dan orang ramai. Dibariskannya gabungan ulama' dan profesional, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum itu. Tiba-tiba program "Forum Perdana Ehwal Islam" meletup, menjadi program top hits dengan rating yang begitu tinggi. Nama "Dr. Hasan Ali-motivasi-Forum perdana" adalah sinonim. Tiba-tiba ramai yang meniru cara Dr. Hasan Ali. Muncullah pelbagai kem motivasi dan forum perdana macam cendawan tumboh merata-rata.

Diwaktu kemuncak kegemilangan Dr. Hasan Ali, tiba-tiba berlaku peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 02 Sept 1998. Orang Melayu Islam berpecah. Ramai yang menjadi terpinga-pinga. Dan ramai yang marahkan Tun Mahathir dan UMNO. Tetapi pada masa itu tiada alternatif lain bagi orang Melayu. Untuk menyertai PAS jauh sekali, kerana PAS pada masa itu adalah parti yang dilihat jumud dengan golongan penceramah yang syok sendiri, ceramah maki hamun dan kata mengata, fitnah memfitnah dan asyik menyalahkan orang lain.

Dalam keadaan itu, maka kepimpinan PAS masa itu menghantar beberapa misi berjumpa Dr. Hasan Ali untuk memujuk beliau menyertai PAS. Ringkas cerita, setelah beberapa usaha memujuk beliau berjalan, akhirnya Dr. Hasan Ali menerima pelawaan menyertai PAS.



Pendekar Siber : Ikut bahagian seterusnya selepas ini...

Monday, August 8, 2011

Apa Komen Anwar Mengenai Kes Serbu Gereja...


Serangan ala Perang Salib EXCO Pas di Selangor memang membuatkan Anwar bengang. Dalam pada Anwar bersungguh nak merapati pimpinan gereja, memberikan penerangan mengenai Buku Jingga, bajet 200 bilion Pakatan Rakyat, keterbukaan Guan Eng di Pulau Pinang, zuhudnya Tok Guru Nik Aziz di Kelantan – Selangor yang dipimpin oleh PKR pula jadi masalah. 


Anwar dikhabarkan memang sakit hati dengan Hasan Ali. Malahan, Anwar ada mengungkit pandangan bahawa Hasan Ali cuba SABOTAJ kerajaan PKR dengan mengambil tindakan ala-UMNO.
Anwar anggap Hasan Ali dah melebihi ekstrimnya Wahabi. Melampau. Macam nak buat Perang Salib. ‘This is not CRUSADE!’, tegas Anwar kepada Khalid Ibrahim.


Anwar naik marah kerana rating Pakatan Rakyat sudah mula naik sedikit. Dengan kes Bersih, dicampurkan dengan ‘cerita’ cincin, dicampur lagi dengan isu Scorpene, dicampur lagi dengan isu Israel dalam PDRM – Anwar yakin bahawa Pakatan Rakyat akan kembali membuat impak. Walaupun rating peribadi Anwar adalah rendah, namun apa yang lebih perlu difikirkan adalah kemampuan PKR mengekalkan hampir 30 kerusi yang dipegang PKR pada ketika ini. Anwar nak semua kerusi dikekalkan.


Pertukaran Kerusi


Memang banyak proses pembetulan yang bakal berlaku dalam PKR. Ini termasuk pertukaran kerusi antara pimpinan PKR. Antara yang dah hampir pasti disahkan:-


Nurul Izzah – bertukar ke Parlimen Permatang Pauh
Khalid Ibrahim – Parlimen Hulu Selangor
Saifuddin Nasution – Parlimen Bandar Tun Razak



Seorang lagi anak Anwar pun akan diletakkan di Setiawangsa. Pengalaman? Tak perlu. Anwar bergantung kepada sentimen rakyat.
Apa yang dilakukan Hasan Ali di Selangor memang mengundang kemarahan Anwar yang sentiasa membawa imej ‘renaissance’ dan friendly kepada semua agama. 


Cakap soal riddah dan murtad kepada Anwar; dia akan buat macam tak dengar dan kurang penting. Kepada Anwar; UNDI lebih utama daripada perkara seperti riddah dan murtad. Ini Anwar baru. Bukan Anwar zaman ABIM dan UM.
Anwar akan menggunakan isu ini bagi memastikan Hasan Ali ditunjukkan jalan keluar daripada barisan exco Selangor. 

Sunday, August 7, 2011

Satu Lagi Kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Pada mulanya penulis bercadang untuk berehat dari menulis di blog ini bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini.


Namun penulis berkesempatan untuk meninjau keadaan di sekitar Pulau Pinang dengan menaiki pengangkutan awam yang telah lama penulis tidak berkesempatan untuk berbuat sedemikian.


Setelah meletakkan kereta di kawasan terminal feri di Butterworth, penulis berjalan kaki untuk menaiki feri ke Pulau Mutiara. Ianya mengimbau kenangan silam memandang penulis pernah bersekolah di sebuah sekolah di Jalan Masjid Negeri sekitar tahun 1990-an dahulu.


Namum apa yang menarik perhatian penulis apabila penulis terlihat sebuah bas percuma Rapid Penang yang terpampang CAT Shuttle Bus pada layar LED bas tersebut. Ternyata ini adalah satu pembohongan kerana perkhidmatan ini digambarkan seolah-olah adalah hasil dari polisi yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan YAB Tuan Lim Guan Eng. Penulis masih ingat bahawa perkhidmatan bas percuma ini telah lama diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau MPPP sekitar tahun 2001 semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan Barisan Nasional dan telah diambil alih oleh Transit Link tidak lama selepas itu.


Kemudiannya perkhidmatan ini diteruskan oleh Rapid Penang dan dengan selambanya dinamakan sebagai CAT Shuttle Bus yang menggambarkan bahawa perkhidmatan bas percuma tersebut wujud hasil dari polisi dan amalan CAT oleh pimpinan YAB Tuan Lim Guan Eng. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Apa sudah jadi dengan Kerajaan Negeri ini? Sudah tiada modal untuk dijadikan umpan politik agaknya. Apa kaitan bas percuma dengan polisi CAT kerajaan negeri sekarang ini?


Akhirnya setelah puas meronda-ronda di sekitar Pulau Mutiara ini, penulis akhirnya mengambil keputusan untuk terus pulang ke Tanah Besar sambil terfikir apakah selepas ini Kerajaan Negeri akan mempropagandakan bahawa pembinaan Jambatan Pulau Pinang adalah juga hasil dari konsep CAT yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri yang sedia ada.


Pendekar Siber : Ada banyak lagi pendedahan yang akan dibongkar selepas ini...