Wednesday, November 30, 2011

LAGI PANAS!!! Bahagian 6 : Lagi Bukti BN Boleh Rampas Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, sambungan dari posting terdahulu.


Keyakinan Pengundi Melayu


Tahap keyakinan para pengundi Melayu Pulau Pinang masih boleh dipersoalkan kerana majoriti pengundi tidak yakin BN (UMNO & Gerakan) boleh merampas kuasa dari DAP. Ini kerana pada pandangan mereka perpecahan dalaman Gerakan dan ketiadaan Pak Lah (Mantan Perdana Menteri) di dalam kepimpinan UMNO pusat telah menggelapkan harapan BN untuk kembali memerintah Pulau Pinang.


Walaubagaimanapun, untuk undi Calon Melayu PAS & PKR, majoriti pengundi 40 tahun ke atas (40 –80 tahun) tidak akan memberikan undi kepada calon PAS & PKR atas dasar setia pada parti UMNO dan atas sentimen Melayu. Namun pengundi Muda masih terbuka dengan melihat kepada perkembangan isu dan calon yang disegani serta berkaliber.


Fenomena ini berlaku disebabkan para pengundi sukar menentukan pilihan terbaik buat mereka memandangkan para pengundi melihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memihak kepada kaum Cina dan pada masa yang sama kemelut yang melanda GERAKAN yang memperlihatkan rakyat Pulau Pinang menolak sama sekali bekas Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga merupakan Presiden GERAKAN. UMNO pula dilihat masih tercari-cari pemimpin yang setaraf atau sehebat Pak Lah.


Selepas ini : Harapan Pengundi Melayu Pulau Pinang.


Pendekar Siber : UMNO Pulau Pinang perlu melakukan sesuatu yang luar biasa bagi menarik semula sokongan orang Melayu Pulau Pinang terutamanya para pengundi muda demi memastikan nasib orang Melayu Pulau Pinang terus terbela.

Harga Yang Perlu Dibayar Oleh Skuad Harimau Muda

Assalamuaikum & Salam 1 Malaysia,


Akhirnya skuad Harimau Muda tewas 2 kali berturut-turut di gelanggang sendiri. Ini adalah harga yang perlu dibayar oleh skuad Harimau Muda di atas kejayaan meraih pingat emas acara bolasepak di Sukan SEA 2011. Faktor keletihan menjadi punca utama kekalahan skuad ini walaupun cuba dinafikan oleh Ketua Jurulatih, Ong Kim Swee.


Penulis tidak berniat untuk menyalahkan jurulatih kerana beliau perlu berfikiran dan bertindak secara positif bagi memastikan skuad bimbingan terus bertahan dan tidak menyerah kalah begitu sahaja. Malah faktor kecederaan bertali arus yang menimpa para pemain juga menyumbang kepada faktor kekalahan. Bersaing di tahap tertinggi bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi skuad Harimau Muda ini.


Di dalam perlawanan menentang Syria, ternyata faktor keletihan menjadi penghalang kepada skuad negara kerana terpaksa beraksi setelah tamat final bolasepak Sukan SEA 2011 di samping skuad Syria ternyata menggunakan kelebihan fizikal para pemain mereka untuk bersaing pada perlawanan tersebut. Namun skuad Harimau Muda telah berjaya membuktikan bahawa mereka bukannya skuad belasahan yang boleh dipandang ringan dalam kumpulan kelayakan ke Sukan Olimpik 2012.


Faktor kecederaan bertali arus yang menimpa skuad Harimau Muda telah menyaksikan kita sekali lagi tewas tipis kepada Bahrain yang mana mutu permainan boleh dikatakan setaraf. Bayangkan beberapa pemain yang cedera tidak dapat diganti hanya disebab skuad negara tiada lagi pemain yang boleh digantikan. Apapun perjalanan masih lagi jauh dan penulis yakin skuad ini boleh pergi jauh kerana inilah skuad yang paling kental serta positif di dalam menghadapi rintangan yang melanda.


Sewajarnya selepas menguasai pentas Asia Tenggara, elok sekiranya skuad ini menumpukan segenap usaha di dalam mencapai status kuasa bolasepak Asia seperti yang pernah kita kecapi dahulu,


AYUH HARIMAU MUDA!!!... TERUSKAN KEMARAANMU!!!!!...


Pendekar Siber : Alangkah baguih kalau semua ahli politik Malaysia positif dan matang seperti skuad Harimau Muda.

LAGI PANAS!!! Bahagian 5 : Lagi Bukti BN Boleh Rampas Pulau Pinang


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, sambungan dari posting terdahulu.


Pandangan Terhadap Dasar Kerajaan Negeri & Lim Guan Eng


Mengenai Dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP, orang Melayu di kawasan kajian tidak mengetahui segala dasar baru kerajaan Negeri. Mereka lebih cenderung kepada segala manfaat yang mereka akan terima secara "one off" sama ada dalam bentuk bantuan kebajikan dan barang-barang keperluan harian seperti; beras, gula, tepung, telur dan wang tunai kerana ia lebih dirasai berbanding dengan pengumuman program dan rancangan pembangunan yang bernilai jutaan ringgit.


Populariti Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga adalah sama seperti mereka melihat DAP iaitu mereka meyakini bahawa pimpinan Negeri ini adalah Cina dan kerajaan Negeri dipimpin oleh Cina. Walaupun begitu, Lim Guan Eng lebih dikenali dan disegani dengan sikap "humble", mudah mesra dan sering kali dilihat turun padang. Namun, atas sentimen dan prejudis UMNO, beliau tetap dilihat sebagai Cina yang mengancam Melayu.


Selepas ini : Keyakinan Pengundi Melayu


Pendekar Siber : Kerajaan Negeri Pulau Pinang ibarat cerita wayang kulit di mana tok dalang adalah DAP yang menjadikan PAS & PKR sebagai boneka untuk tayangan pada umum.

Tuesday, November 29, 2011

PANAS!!! :ADA LAGI KOMEN TENTANG KEKALAHAH SKUAD BOLASEPAK INDONESIA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Ternyata masih ada warga Indonesia yang masih angkuh dan ego untuk mengakui tentang betapa buruknya sikap penyokong mereka pada perlawanan bolasepak Sukan SEA 2011 yang lalu. Malah mereka sangat berbangga dengan keupayaan atlit mereka meraih jumlah pingat emas terbanyak dan seterusnya menobatkan Indonesia sebagai Juara Sukan SEA tanpa mereka sedar banyak kontroversi berlaku dalam aspek pengadilan kebanyakkan acara. Mereka juga enggan akur bahawa secara tradisinya pingat emas acara bolasepak di Sukan SEA walaupun kecil tetapi SANGAT SIGNIFIKAN. Apatah lagi sukan bolasepak merupakan sukan no 1 di Indonesia dan di negara-negara ASEAN yang lain.


Komen penyokong mereka adalah seperti dipaparkan di bawah ini :


Arbi Syah Arif Bawono Surya itu teman saya di Kompasiana. menurut saya tulisannya terlalu tendensius krn mengedepankan nalar saja. kekalahan timnas Indonesia (negara saya) bkn disebabkan oleh opini yg ditulis rekan Arif, krn kedua tim sebenarnya memiliki kualitas prmainan dilengkapi daya serang yg impresif. Sebenarnyalah bhw Tuhan memang punya rencana lain. Tuhan maha adil. Indonesia sudah juara umum dgn perolahen mendali yg byk. Dan disanalah Sang Maha Maha Pengasih yg tak pernah pilih kasih menunjukkan keadilanNya. Demikian, dan sekian.


Ini memberikan gambaran seolah-olah tindakan dan sikap penyokong mereka itu betul dan langsung tidak memberikan kesan terhadap mana-mana pemain yang bertanding serta tidak memberikan kesan terhadap keputusan perlawanan. Mujurlah para penyokong dan pemain Malaysia tidak memberikan reaksi yang tidak diingini walaupun mereka diasak secara amat dashyat dan sangat negatif.

Pendekar Siber : Teringat satu cerita bahawa Bung Karno pernah menyatakan bahawa bangsa Indonesia adalah bangsa merdeka dan tidak memerlukan orang luar untuk memajukan negara sendiri kepada delegasi pelabur dari Jepun yang akhirnya delegasi tersebut memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka...

LAGI PANAS!!! Bahagian 4 : Lagi Bukti BN Boleh Rampas Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, sambungan dari posting terdahulu.



Siapa Juara Melayu Pulau Pinang? UMNO?...
UMNO Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu (berketurunan mamak). Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini. Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa UMNO adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang.
UMNO tidak mempunyai tokoh yang dikatakan berkaliber dan berdedikasi setelah kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat serta perletakan jawatan Pak Lah sebagai Perdana Menteri serta ketiadaan beliau di dalam UMNO Pusat, namun rakyat masih lagi bergantung harap dengan UMNO.
Kredibiliti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baru iaitu YBhg Dato Zainol Abidin Osman yang mempunyai pengalaman luas di peringkat nasional diharap dapat membela nasib orang Melayu Pulau Pinang. Namun begitu beliau juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa tsunami politik yang melanda pada tahun 2008 yang lalu. UMNO juga dilihat agak konsisten kerana telah berusaha untuk meningkatkan jumlah pengundi baru dalam daftar SPR berbanding dengan rakan-rakan komponen mereka di dalam Barisan Nasional yang sunyi sepi tanpa berita ibarat 'hidup segan, mati tak mahu'.
UMNO Pulau Pinang perlu memainkan peranan penting bagi memastikan parti-parti komponen di dalam BN berganding bahu bersama-sama memastikan nasib orang Negeri Pulau Pinang terutamanya orang Melayu Pulau Pinang terus dibela dan mendapat perhatian yang sewajarnya. Orang Melayu bergantung harap kepada UMNO dan BN kerana mereka melihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa ini hanya diperintah oleh DAP dan bukannya PAKATAN RAKYAT.


Selepas ini : Pandangan Terhadap Dasar Kerajaan Negeri & Lim Guan Eng


Pendekar Siber : Parti komponen dalam BN terutama di Pulau Pinang 'tgh dok rileks padang kota'... 

Monday, November 28, 2011

LAGI PANAS!!! Bahagian 3 : Lagi Bukti BN Boleh Rampas Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, sambungan dari posting terdahulu.


Siapa Juara Orang Melayu Pulau Pinang?
Adakah PAS menjuarai Melayu Negeri Pulau Pinang? TIDAK SAMA SEKALI! PAS Pulau Pinang tidak memberikan kesan di hati pengundi Melayu. Kehadiran PAS dan dilihat sebagai pembela Melayu-Islam tidak dirasai di sini. Tokoh-tokoh dan kepimpinan PAS kurang dikenali oleh pengundi berbanding tokoh-tokoh daripada UMNO. Ini adalah disebabkan PAS di bawah Pesuruhjaya, Ustaz Salleh Man terlalu lemah dan gagal meletakkan PAS dikenali dan disegani oleh pengundi sama ada dari segi kebajikan, program kemasyarakatan serta dakwah di mana semuanya tidak membekas dihati orang Melayu. Mengenai kepimpinan Tuan Haji Mohamad Sabu dan Dr. Mujahid Yusof Rawa (mereka ini berasal daripada Pulau Pinang) ternyata kedua-dua tokoh ini dilihat jauh daripada politik Pulau Pinang dan mereka dikatakan tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu Pulau Pinang. Tambahan PAS pula dikaitkan sebagai boneka DAP.
PKR tidak dilihat boleh membela Melayu walaupun Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman dan EXCO Abdul Malik Abul Kasim merupakan tokoh Melayu berjawatan tinggi di dalam Kerajaan Negeri. Ini juga kerana PKR dilihat sebagai parti "multiracial" yang agak tidak berideologi Melayu, maka pengundi Melayu melihat bahawa PKR tidak dapat membela nasib Melayu.Faktor Anwar Ibrahim tidak dilihat dapat mempengaruhi keseluruhan pengundi Melayu di Pulau Pinang, dan hanya berkesan dibeberapa kawasan terutama di Permatang Pauh. Selain itu, isu yang melibatkan PKR juga sedikit sebanyak memberikan perspektif negatif seperti isu Timbalan Ketua Menteri lama (Fairus) dan isu lompat parti.


Selepas ini : Siapa Juara Melayu Pulau Pinang? UMNO?...


Pendekar Siber : Nasib orang Melayu Pulau Pinang harus terus dibela tanpa mengira siapa yang memerintah nanti.... terpulang kepada orang Melayu Pulau Pinang untuk menentukan masa depan mereka...

LAGI PANAS!!! Bahagian 2 : Lagi Bukti BN Boleh Rampas Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, sambungan kepada posting terdahulu.


Pandangan Orang Melayu Pulau Pinang Terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Orang Melayu Pulau Pinang melihat bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini ditadbir oleh orang CINA. Walaupun dahulunya ditadbir oleh GERAKAN, orang Melayu Pulau Pinang tidak melihat bahawa Kerajaan Negeri tidak diperintah oleh orang CINA dan sebalik mereka melihat bahawa Kerajaan Negeri diperintah oleh BARISAN NASIONAL.


Ini menunjukkan bahawa doktrininasi terhadap Kerajaan Negeri dilabelkan sebagai 'KERAJAAN CINA atau DAP' memberikan kesan positif kepada orang Melayu dan dilihat sebagai berjaya. Oleh itu imej Kerajaan Negeri lebih menonjol sebagai KERAJAAN DAP dan bukannya Kerajaan Pakatan Rakyat yang sering dicanangkan oleh sesetengah pihak.


Walaupun imej Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sangat dikenali dan dihormati hampir 30% responden, orang Melayu Pulau Pinang masih yakin bahawa orang CINA yang mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukannya Kerajaan Pakatan Rakyat.


Selepas ini : Siapa Jaguh Orang Melayu Pulau Pinang?...


Pendekar Siber : LGE memang sangat baik dengan orang Melayu Pulau Pinang tetapi macam cerita P Ramlee la... BAIK ADA MAKNANYA TU.... dibelakang orang Melayu Pulau Pinang, hanya TUHAN SAHAJA YANG MENGETAHUI....

Sunday, November 27, 2011

LAGI PANAS!!! Bahagian 1 : Antara Bukti BN Boleh Rampas Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam 1 Muharram 1433H,


Penulis tertarik dengan kajian yang telah dijalankan oleh ILHAM Centre iaitu sebuah badan bebas yang menjalankan penyelidikan dari sudut ekonomi, politik dan sosial dengan bersandarkan kepada fakta dan bukti yang kukuh.


Kajian ILHAM pada kali ini lebih menjuruskan kepada persepsi dan tanggapan orang Melayu terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kini diketuai oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dari DAP. Penulis telah meneliti beberapa laporan kajian ILHAM mengenai beberapa siri PRK terdahulu dan penulis mendapati bahawa kajian tersebut tidak tersasar jauh dengan keputusan PRK tersebut.


DILEMMA DAN PERMASALAHAN PENGUNDI MELAYU


Dari sudut politik, orang Melayu Pulau Pinang di kawasan kajian memperlihatkan sikap tidak kondusif terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mereka melihat bahawa kuasa Melayu terhakis apabila DAP memerintah negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini telah dikuasai olen golongan Cina DAP yang cauvanis.


Dari sudut ekonomi pula, orang Melayu Pulau Pinang berasa mereka terus ketinggalan di dalam arus pembangunan ekonomi di mana orang Cina lebih dominan mengaut hasil ekonomi. Golongan mamak juga antara yang sering menjadi perbandingan kepada orang Melayu Pulau Pinang. Dalam isu hartanah pula, orang Melayu seolah-olah memahami bahawa mereka jauh ketinggalan untuk bersaing yang menyebabkan mereka akur bahawa kuasa jual beli tanah di Pulau Pinang itu tinggi. Mereka hanya mampu membeli hartanah di pinggir Pulau Pinang seperti di Kulim, Parit Buntar dan Sungai Petani kerana budaya orang Melayu yang sukakan suasana hidup harmoni serta tidak suka hiruk-pikuk kota di dalam kehidupan harian mereka.


Dari sudut sosial, generasi kedua Melayu Pulau Pinang juga agak rasional  dan dilihat lebih terbuka dalam menilai prestasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Generasi ini juga menghadapi pelbagai cabaran pembangunan yang hebat untuk 'survive' dalam arus ini di Pulau Pinang terutama dalam peluang meriah peluang pekerjaan, pendidikan dan pendapatan sara diri.


SELEPAS INI : PANDANGAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI...


Pendekar Siber : Menarik sungguh kajian ni.... pening kepala la Guan Eng nak pikiaq.... tu la JAHAT sangat....

Saturday, November 26, 2011

PANAS!!! : LAGI KOMEN TENTANG KEKALAHAH SKUAD BOLASEPAK INDONESIA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Bahang kemenangan skuad Harimau Muda di Sukan SEA 2011 masih lagi terasa. Malah masih lagi terdapat komen-komen mengenai perkara tersebut di Facebook & dan beberapa buah blog. Penulis tertarik dengan komen seorang warga Indonesia yang menetap di Perth, Australia mengenai kekalahan berturut-turut skuad Indonesia kepada Malaysia tempoh hari. 


Berikut adalah komen beliau :


‎"walo gak semua warga Indo menyumpah serapah saudara d Malay..tp, kelihatan org2 Malay punya akal & otak yg jauh lebih berbeda dr warga Indo..sedang kn "melayu" itu datangnya dr Parameswara..anak jati Indonesia..yg mau d maki, d sumpah itu..lg hebat..dasar..!!! O_o "

-Sang Garuda. Nov 20th 2011 at 1643pm-



Ada di kalangan mereka sedar tentang apa yang mereka telah lakukan tempoh hari dan tidak kurang juga yang masih ego dengan menyatakan bahawa kemenangan skuad negara hanya bersandarkan kepada nasib semata-mata (walaupun kalah 2 kali di tempat dan hadapan lebih 100 ribu penyokong sendiri).

Ternyaya aura negatif dari seluruh penyokong Indonesia di stadium terlalu kuat sehingga tidak ada pemain Indonesia berani tampil untuk mengambil sepakan penalti kecuali beberapa 3 orang awal yang tampil untuk berbuat sedemikian. Selebihnya hanya tampil setelah dipaksa oleh jurulatih untuk mengambil sepakan penalti.

Lebih hebat lagi apabila jurulatih mereka mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan para pemain kerana membiarkan pihak lawan menyamakan kedudukan. Gimana sih?...

Pasti akan ada juak-juak dari Malaysia yang akan terus menyemarkan api permusuhan Malaysia-Indonesia demi kelangsungan politik mereka di dalam menghadapi PRU13 tidak lama lagi.

Pendekar Siber : Kerja sapa lagi kalau bukan Al-Sheikh Al-Juburi..... pakar dalam membuat suasana kacau bilau... patut mahkamah tahan ja passport sesumpah tu....

GEMPAR!!!.... Projek Taman Tema Air Di Teluk Bahang.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.


Difahamkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng (LGE) melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah meluluskan  sebidang tanah berkeluasan 44 hektar yang bernilai RM120 juta untuk dijadikan Penang Theme Park (PTP). 


Fasa Pertama yang merangkumi keluasan sebanyak 17 hektar ini  akan dibangunkan sebagai 'adventure park' dan 'water park' dan dijangka siap pada tahun 2013. Tanah milik Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBAPP) akan dipajakkan (mungkin selama 60 tahun) kepada sebuah syarikat yang difahamkan telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri. Difahamkan juga ada beberapa pihak di PBAPP tidak bersetuju dengan cadangan ini memandangkan cadangan tersebut terlalu hampir dengan Empangan Teluk Bahang dan boleh menjejaskan sumber air utama rakyat negeri Pulau Pinang.


Penulis pernah belajar subjek Geografi di zaman persekolahan satu ketika dahulu dan penulis masih ingat bahawa di kawasan tadahan air, pokok-pokok dikeliling kawasan tersebut memainkan peranan agar sumber tidak terus melimpah ke bawah dan seterusnya dapat mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini.


Justeru itu Laporan Penilai Kesan Alam Sekitar atau Environmental Impact Accessment (EIA) adalah amat penting sekali bagi memastikan keberkesanan projek ini selaras dengan kehendak semasa di samping mampu memelihara alam sekitar. Namum penulis yakin bahawa projek ini bakal sedikit sebanyak akan mengganggu sumber air utama rakyat di negeri Pulau Pinang ini.


Kerajaan Negeri ternyata begitu rakus di dalam melaksanakan sebarang projek demi mengaut keuntungan segera tanpa memikirkan tentang kerosakan alam semulajadi yang bakal memberikan kesan jangka panjang kepada seluruh penduduk negeri Pulau Mutiara ini. Banyak lagi tapak yang difikirkan sesuai untuk tujuan itu. Semoga projek ini tidak berjaya dan rakyat negeri Pulau Pinang boleh menarik nafas lega serta tidur lena kerana sumber air mereka terjamin.


Pendekar Siber : Tempat tu kawasan hutan simpan.... depa main redah saja... teringat dulu-dulu dok mandi kat Sungai Tukun...

Friday, November 25, 2011

Satu Hari Di Rope Walk, Penang



Dengan berpakaian wanita, kebanyakan pondan yang berkeliaran mencari pelanggan di kawasan itu dan lorong lain yang berdekatan termasuk Jalan Pintal Tali, Lebuh Campbell dan Jalan Penang, tidak segan silu menawarkan perkhidmatan mereka. Tinjauan di sekitar kawasan itu mendapati pondan, sama ada berkumpulan atau berseorangan berpelisiran bermula jam 9 malam sehingga awal pagi di bawah cahaya lampu yang samar-samar mencari pelanggan.



Ada pondan yang berpakaian terdedah seperti model, malah ada yang hanya memakai kemeja-T serta berseluar panjang, yang sekali sekala muncul dari kawasan gelap.


Sekurang-kurangnya 10 pondan menunggu pelanggan di sepanjang Lebuh Chulia, malah mereka berani menahan kereta apabila pemandu memperlahankan kenderaan apabila aksi pondan itu mencuri tumpuan orang awam. Kelihatan juga pelanggan yang menunggang motosikal menghampiri pondan, dipercayai berminat dengan tawaran pondan berkenaan. Mereka juga mensasarkan pelancong asing serta pekerja asing di bandar ini.
Seorang pondan bernama Ema, 20, mendakwa sudah enam bulan mencari rezeki di kawasan itu dan menawarkan khidmat serendah RM20.


“Kamu boleh bawa saya pergi,” katanya yang beredar selepas curiga dengan penulis. Sementara itu, seorang peniaga runcit, Ali Abdul Rahman, 39, berkata senario itu bukan sesuatu yang baru di kawasan berkenaan, malah pelbagai tindakan diambil bagi membasmi gejala yang tidak sihat itu.


Ali yang berniaga di kawasan itu sejak 20 tahun lalu, berkata pondan yang menawarkan perkhidmatan seks itu, kini semakin ramai dengan bergerak secara berkumpulan atau berseorangan. “Peniaga di sini boleh mengenali wajah pondan kerana sudah lama cari makan di sini, malah ada juga muka baru setiap bulan. Bukan di sini saja, mereka juga merayau di Jalan Pintal Tali, Lebuh Chambel dan Jalan Penang.


“Ada beberapa lagi lorong ‘panas’ di pusat bandar ini yang menjadi tempat pondan menjalankan aktiviti tidak bermoral mereka,” katanya. Ali berkata, walaupun penguatkuasaan dijalankan, pondan berkenaan masih meneruskan kegiatan mereka. “Kegiatan itu boleh dibanteras jika masyarakat setempat bekerjasama, sekali gus dapat membersihkan nama kawasan ini. Jika tiada sokongan daripada pelanggan, mereka tidak akan dapat cari makan,” katanya.


Pendekar Siber : Jangan salahkan Lim Guan Eng... Dia bukan orang Penang... hehehehhe....



Thursday, November 24, 2011

Sekadar Renungan : Faktor Yang Menyebabkan Indonesia Kalah 2 Kali Di Tempat Sendiri....

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Syukur di atas kemenangan skuad Harimau Muda yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2009 dengan menewaskan skuad Indonesia. Malah paling membanggakan apabila skuad ini menewaskan pihak lawan sebanyak 2 kali.
Penulis percaya aura positif yang diterapkan oleh jurulatih Ong Kim Swee terhadap para pemain skuad ini menjadi azimat untuk menghadapi situasi seperti ini. Namun apa yang ingin penulis kongsikan bersama para pembaca adalah komen dari warga Indonesia tentang kekalahan skuad Indonesia pada perlawanan kali ini. Semoga kita mengambil ikhtibar dari komen beliau ini.


Tertarik dengan tulisan seorang warga Indonesia, Arif Bawono Surya dalam "Kompasiana".Begini analisis Arif mengenai kekalahan pasukan bola sepak Indonesia: Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu...... ...berkumpul di stadiom yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadiom yang menyumpah serapah negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul!"


APA PENDAPAT ANDA?....


Pendekar Siber :  Semoga kita menjadi bangsa yang tidak membenci orang lain walaupun orang lain membenci kita

Thursday, November 3, 2011

Seminar Pengurusan Kewangan & Platform Saving

PERHATIAN : Kepada anda menghadapi masalah kewangan yang kritikal, CRISS, CTOS, potongan gaji melebihi 60%, VSS atau tiada pekerjaan, muflis atau bankrap, kami ingin menawarkan Seminar Pengurusan Kewangan & Platform Saving.

Seminar Pengurusan Kewangan & Platform Saving (SPKPS) adalah satu seminar yang memberikan ruang dan kesempatan berkongsikan maklumat tentang apakah erti kebebasan kewangan yang sebenar. Di kalangan "orang kita" masih ramai lagi yang kurang pengetahuan mengenai pengurusan kewangan atau perancangan kewangan yang sempurna. Mungkin, ada di antara kita yang mengetahui cara-cara untuk menguruskan kewangan masing-masing tetapi adakah mereka mempraktikkannya?

Rahsia untuk keluar dari kemelut hutang dan juga menjadi seorang yang bebas kewangan adalah TUNAI. Tunai adalah kunci kepada pengurusan kewangan. Walaupun TUNAI atau Duit bukanlah segala-galanya, tetapi pada zaman sekarang segala-galanya memerlukan Duit. Seminar ini akan mendedahkan rahsia pengurusan kewangan tidak diketahui umum kerana rahsia ini tidak diajar secara formal di mana-mana
institusi pengajian di negara ini.

Seminar ini juga bakal mendedahkan rahsia bagaimana cara untuk mendapatkan Tunai yang banyak bagi menampung keperluan kewangan seseorang. Ianya langsung tiada kaitan dengan Pelaburan Internet, FOREX, MLM, Skim Labu Peram (Duduk Diam Diam Dapat Duit) dan apa jua yang bertentangan dengan Syariah atau Undang- Undang Negara. Seminar selama setengah hari ini hanya dikenakan bayaran sebanyak RM66 seorang dan sesuai untuk dihadiri oleh sesiapa saja yang inginkan Kebebasan Kewangan.

Walaubagaimanapun untuk mendapatkan tiket percuma ke seminar ini, sila SMS<JARAK>NAMA<JARAK>ALAMAT ANDA<JARAK>TARIKH LAHIR ANDA KE 014-396 9458 sebelum 10hb November 2011 kerana tempat adalah amat terhad.

Bertindaklah segera untuk mengubah kehidupan anda sekarang ke kehidupan yang lebih bermakna.


GEMPAR!!!.... Berita Terkini Tentang Program Selamat Tinggal PAS...

Salam 1 Malaysia,


Program Selamat Tinggal PAS (STP) semakin hangat apabila STP yang sebelum ini hanya melibatkan golongan pemuda sahaja kini telah menular ke golongan veteran dan muslimat PAS kawasan utara negeri Pulau Pinang. Sokongan dan sambutan yang mengalakkan ini dilihat sebagai satu momentum yang sangat kuat dan menunjukan bahawa rakyat negeri ini semakin menolak kepimpinan PAS dan Kerajaan Negeri.


Penulis difahamkan bahawa satu perjumpaan di antara mereka akan diadakan dalam masa terdekat ini dan penulis diminta untuk merahsiakan tentang perkara ini. Mereka ini terdiri daripada penyokong tegar PAS bertindak untuk menyertai program STP ini sebagai tanda hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PAS Negeri yang dilihat sebagai lembu yang dicucukkan hidungnya apabila hanya menjadi pak turut kepada DAP. Penulis difahamkan bahawa kepimpinan PAS peringkat kawasan berkenaan sudah tidak sehaluan dengan kepimpinan PAS negeri terutamanya perkara-perkara yang melibatkan isu-isu hudud dan sebagainya.


Penulis juga difahamkan bahawa inisiatif ini telah dimulakan individu-individu yang perihatin dengan nasib masyarakat setempat dan ianya tidak melibatkan mana-mana organisasi tertentu. Lebih malang lagi apabila ada organisasi tertentu memohon agar individu-individu tersebut memberikan senarai ahli-ahli PAS yang bakal keluar dari PAS untuk tindakan selanjutnya oleh organisasi berkenaan. Lebih kurang, " Lembu punya susu, sapi dapat nama." Ada pula orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas usaha dan inisiatif yang telah dilakukan oleh beberapa individu ini.


Pendekar Siber : UMNO Bahagian XXXXXX XXXXX dok buat apa ya... tak kan la dok tengok saja kot......